Monday, July 03, 2017

Selamat Hari Raya! ^_^



9 Syawal. Macamana raya kawan-kawan semua? Bestnya tengok korang, pergi beraya bersama keluarga, jumpa saudara-mara, tok nenek, ayah bonda, balik kampung. Suami saya kena kerja, jadi kami tak balik kampung kat Kelantan tahun ni.

Saya sambut pagi raya 4 beranak je. Saya dan ketiga-tiga anak. Suami kerja pagi raya. Tapi dia balik petang raya. Hehe… nasib baiklah kan. Tapi masa first raya je dia ada gap, hari-hari seterusnya dia kerja double shif, jadi… paham-paham je la. Dia balik pun macam dia takde, sebab dia tidor je.

Nama pun hari raya. Jadi, mestilah masak rendang! Gambar bawah ni adalah bekal untuk suami saya di pagi raya.



Atas dari kiri ialah rendang ayam, nasi beriani dan acar.
Bawah ialah nasi putih dan daging goreng kunyit dengan kacang panjang.

Mungkin ada di kalangan kawan-kawan yang baca blog ni musykil, saya takde mak bapak ke? Orang kalau laki kerja, mesti awal-awal dah balik kampung, ke rumah orang tua. Bagi pembaca yang tak tahu, mak saya dah takde, meninggal tahun 2012. Dah 5 tahun pun ma pergi. Raya rasa sunyi dan tak lengkap tanpa mak, tau. Tapi jadi ibu ni kita kena kuat dan buat bodoh je. Janganlah ditangisi orang yang dah takde, kerana anak-anak kita berhak untuk beraya, untuk merasa kemeriahan raya, kerana mereka berpuasa sebulan, maka dia orang berhak untuk meraikan kemenangan! Sementara bapa saya pula telah mendirikan rumahtangga lain sejak 3 tahun yang lepas, dan dia sambut raya dengan family baru dia ler, di rumah dia.

Oleh sebab raya pertama je suami saya punya masa lapang sikit di waktu petang, jadi kami terus berkunjung ke rumah bapa saya, di Teluk Intan. Lumut ke Teluk Intan lebih kurang sejam juga.

Dari kiri belakang Amirul, suamiku dan Sulaiman. Depan, Hafizan, saya dan bapak saya.


Kita orang ok je. Saya tak pernah pun membantah bila bapa saya nak kawin lain dulu. Dia pun berhak untuk hidup gembira. Siapalah kita ni sebagai anak untuk menghalang. Kalau bapa kita happy, kita pun tumpang happy untuk dia. Mak tiri saya baik. Adik-beradik tiri saya pun semua baik-baik belaka.

Semalam adalah hari terakhir saya puasa enam. Alhamdulillah, selamat dah settle. Saya rasa, raya tahun ni lebih bermakna banding tahun-tahun lepas. Walaupun kakak-kakak saya tak balik beraya. Tapi dia orang dah balik time bulan puasa, jadi ok ler. Sebenarnya, terletak kat diri kita je. Kalau kita pilih untuk happy, maka kita pun happy ler, walau pun tak cukup sana-sini. Allah dah atur hidup kita cukup cantik dah. Mesti ada hikmah di sebalik sesuatu. Jangan compare keadaan kita dengan orang lain, buat rasa stress je. Journey kita semua pun tak sama, kan.

Selamat hari raya kepada kawan-kawan semua yang baca blog ni. Maaf zahir batin kalau ada tulisan saya selama ini yang menyinggung perasaan anda. Salam sayang dari saya… raya sebulan, hati-hati bila memandu untuk beraya ya! Jumpa lagi. ^_^

6 comments:

  1. selamat hari raya yati.. comel molek gambar raya yati.. mcm kakak dengan adik@.. hihihi... ;)

    maaf zahir batin yati.. alfatihah untuk arwah mak yati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Zila.. :) hehe.. ye la tu, umur dah lanjut dah..
      maaf zahir batin juga, Zila.
      Terima kasih.. hugggsss...

      Delete
  2. Replies
    1. selamat hari raya, Melor. Maap zahir batin ya.

      Delete
  3. Selamat hari raya....raya saya seminggu jer...lepas tu lepak kat rumah pulak makan biskut layan ainur mardhiah...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, nini.
      Hehe...

      Delete