Monday, November 13, 2017

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2017

Pada hari Ahad lepas, bersamaan 12 November 2017, telah berlangsungnya Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah. Buat pertama kalinya saya masuk larian ni! Yay! Daftar sejak bulan Julai lagi. Suami saya pun ambil cuti. Kita orang duduk homestay kat Kuala Kangsar. Saya je lari. Husband dan anak-anak standby kat homestay, sebab laluan larian tu depan rumah je.
Sepatutnya saya dan kedua orang kakak saya lari sekali. Tapi kakak tengah saya tak dapat join. Jadi, saya lari dengan kakak sulung saya je la. Tapi dia jauh ke depan, maklumlah dia dah pro. Saya level siput lagi. Pace 9. Hehe...
Gambar di bawah masa run baru start, dilepaskan oleh DYMM Sultan Nazrin. Nak jugak ambil gambar dengan dia, walaupun orang ramai waktu ni. 

Heee... masa lalu depan dia, dia senyum la. Sukanya! Tak pernah saya sedekat ni dengan raja dan permaisuri perak. ^_^
Saya ada pacer. Thank you to abang coach. Kenalan kakak saya juga. Sepanjang perjalanan larian ini, ada je benda kat tepi jalan, ada group orang main kompang, anak-anak sekolah beri sokongan tepi jalan, ada makcik berzanji, ada band main muzik, ada kueh, ada water station banyak, ada station ayor nyor (air kelapa daaa...), air panas (teh), makcik kat bendang mancing ikan, banyak la benda menarik sepanjang larian. Pemandangan pun cantik-cantik belaka. Tu sebab ramai runners seluruh malaysia join larian ni. Yuran dia murah!

Ni saya dengan anak-anak sekolah yang beri sokongan.

Dekat bendang sawah padi ni la ramai orang selfie. Bukannya nak lari laju sangat pun. Nak enjoy run dan pemandangan. Sebab bukan boleh tengok tiap-tiap hari pemandangan macam ni. Ada kabus kat bukit bukau kat belakang. Nyamannya suasana. Saya rasa seronok sangat dan damai di hati. Tak rasa letih pun. Sebab saya memang looking forward masuk lari ni. Kat tempat saya, memang jarang ada event lari. Ni pun join kat Kuala Kangsar. Cuaca pun Alhamdulillah, sangat baik, mendung dan tak panas sangat.


Ni kakak saya selfie dengan Amirul, Sulaiman dan suami saya. Lagi sorang anak dalam rumah. Ni la homestay kami duduk 2 hari 1 malam, RM100 je. Gambar saya lari depan rumah takde, dalam telefon Amirul. Dia tak transfer kat saya lagi, dia sekolah waktu saya tulis entri ni. Dok mintak dengan dia dari semalam. Masa lari depan rumah ni dah km ke 10 dah.

Kakak sulung saya dan saya. ^_^
Yay! Selamat sudah. Saya suka sangat! Banyak freebies dapat!


Dapat backpack, medal dan finisher t-shirt. Tahun lepas kakak saya kata, takde finisher t-shirt ni. 
Syukur saya kehadrat Allah kerana beri saya nikmat berlari. Walaupun badan saya belum sampai berat yang saya idamkan. Takpa, kita semua work-in-progress. Berubah ke arah kebaikan sedikit demi sedikit. 

Sebelum bertolak balik Lumut, sempat lagi singgah tengok Victoria Bridge.

Sulaiman dengan mama
Siapa tengok cerita Cinta 11 Syarat tak lama dulu? Yang Aqasha dan Bella Dally tu. Sini la dia shoot. Hehehe...


Oh, lupa nak cerita. Result larian saya adalah seperti berikut:


Secara keseluruhan, saya dapat nombor 2059 daripada 3046 orang yang berjaya tamatkan larian. Cut-off time bagi jarak 15km adalah 4 jam.
Bagi kategori Women Veteran (35 tahun ke atas), saya dapat nombor 304 dari 496 orang.
Dari segi jantina, saya dapat nombor 526 dari 1040 perempuan yang tamatkan larian.
Yay! Satu accomplishment bagi saya.
Saya tamat lari 15 km dalam masa 2 jam, 33 minit, 26 saat.

Ni pulak dari app Nike Run Plus, dalam telefon saya. Tengok pace saya, tak laju pun. Duration larian tu lari sikit, tak sama dengan masa dari timing chip pada bib race tu. Alhamdulillah, tak ada semput, tak ada cramp kaki ke, sihat sejahtera sepanjang lari.

Sekian cerita lari saya. 
Harap anda semua sihat dan ceria-ceria selalu.
Jumpa lagi ye. ^_^

2 comments:

  1. Bgs join xtvt gini... Lya suka gak.. Tp x larat tu la. Stamina dh xde.. Hehe

    ReplyDelete
  2. Cantik betul permandangan tu. Syokla lari.
    Saya dah start lari sikit2, tapi joging je la. Nak kuruskan badan sikit. HArap2 dapat stamina hebat macam Kak Yati ^^

    ReplyDelete