Wednesday, November 08, 2017

Knitted owl

Dulu-dulu, saya ada kait burung hantu ni. Tapi dah dibeli orang. Jadi, saya ingat, saya nak kait satu la, masuk ready stock.


Saya guna 3 benang minlon sekaligus kait. Biar tebal.


Lepas cantum 2 bahagian badan dan telinga, masa untuk sumbat fiber banyak-banyak, sampai gemuk. 😁


Bahagian mata dan hidung, saya guna kain felt.
Siap!


Jemput singgah blogshop saya ya, kalau berminat nak tahu saiz dan harga burung hantu ni.



Cuaca kat sini hari-hari mendung dan hujan. Kain baju tak kering letak kat luar, kena sidai dalam rumah baru kering. Tidur pun kena pakai selimut, sejuk!
Semoga banjir di Pulau Pinang dan Kedah surut segera. Macamana keadaan cuaca kat tempat korang?

Saya stop sini dulu. Jumpa lagi ye.. ^_^

7 comments: