Tuesday, September 05, 2017

Misi WTD

WTD singkatan untuk Wang Tidak Dituntut. Korang mesti dah tahu yang kita boleh semak wang tak dituntut milik kita dari Jabatan Akauntan Negara. Wang tidak dituntut ni termasuklah dividen,insurans, wang dari akaun bank yang tidak aktif lebih 2 tahun, dan lain-lain lagi. Silalah google jika anda nak tahu lebih lanjut tentang wang tak dituntut ni. 
Jadi, pada satu hari bekerja pada cuti merdeka yang lepas, saya serta family saya berhajat untuk check wang tak dituntut ni, di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perak. Saya kan duduk kat Perak. Silalah google untuk tahu lokasi JANM di negeri masing-masing. Lokasinya di Ipoh. Rumah saya kat Manjung. Adalah lebih kurang 85 km plus plus. Saja, makan angin, jalan-jalan bawak anak sambil-sambil tu, kan.
Sampai kat ofis JANM, pukul 11 pagi lebih camtu, ramai sangat orang beratur. Rupanya bukan kami saje yek, nak check... belambak lagi orang nak check. Beratur sampai ke luar bangunan, tau. Ada kakitangan mereka yang cakap pakai microphone. Bagitau, nombor dah habis pada hari tersebut. Dia buka nombor sampai 300 sahaja. Sila datang semula pada hari bekerja yang lain. Ok.. begitulah ceritanya.
On the way balik ke kereta, ada sorang pakcik ni tegur suami, "Dapat nombor tak?". 
"Tak", cakap suami.
Dia cerita dia pun tak dapat. Dia sampai pukul 10 pagi. Dah 2 kali dah dia datang. Hari sebelumnya dia datang petang, memang tak dapat nombor. Datang pukul 10 pun tak dapat nombor. Hehe.. takde rezeki. Lain kalilah. Dia dan family dia dari Kuala Kangsor.
Itulah ceritanya. Misi nak check WTD tidak berjaya. Berita baiknya, JANM sedang bangunkan portal, supaya orang ramai boleh check online, mungkin tahun depan baru siap. Bagi kami ni, mungkin tunggu tahun depan kot. Boleh check online. Bagi kome orang Perak yang nak pergi Ipoh check sendiri, sila la keluor rumah awal-awal ye, takut tak dapat pulak nombor. Dah ler datang jauh-jauh.Takpe, takde tarikh akhir pun untuk kita check. Sekian laporan. Harap maklum. 😄

3 comments:

  1. laa, wak yg baca ni pon iye2 je ingtkan dpt check WTD mkcik tuuu., huhu2 takper usaha tangga duit tak dituntut juta2 tuu., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betul tu, wak. Mana tau,kan... sedangkan ada orang tu WTD dia sampai 14 ribu, kan... :D

      Delete
  2. ni google maps untuk ke jambatan Victoria Bridge Kuala Kangsar ya., Jgn ckp wak x payong.,

    https://goo.gl/maps/xfvRAAa9Ybp

    ReplyDelete