Monday, September 11, 2017

Crocheted Ripple Blanket

Alhamdulillah, akhirnya siap juga ripple blanket ni. 
Saya start buat pada 24 April 2017. Tu dia, lebih kurang 5 bulan jugak nak siap. Memang speed siput. 😀  Bagi projek besar, saya suka tulis detail dia, macam tarikh start projek, dan bila kita mengait, kita tambah kos benang yang kita guna, supaya senang kira harga kita nak jual.


Ni masa mula start kait. Saya guna benang tempatan. Jenis akrilik.


Gambar atas masa mula nak panjang. Mencabar buat projek saiz besar ni, sebab mudah bosan, pattern berulang. Tapi saya bawak merata-rata satu rumah, kadang depan tv, kadang dalam bilik, sebab pattern dia dah ingat.
Ada satu ketika, pernah rasa nak simpan je, buat projek lain. Tapi saya tak boleh buat banyak projek pada satu masa. (ye lah tu.. ). Sebenarnya, saya ada satu projek cross stitch belum siap. Tapi tu projek sendiri, jadi bila-bila masa saya boleh get back pada projek tu, takde dateline. Tips saya kalau rasa boring kait projek besar-besar ni, sumbat telinga dengan headphone, dengar lagu. Haaa... tangan jadi laju je mengait.  


Dah siap pun. Saiz dia 120cm panjang X 92cm lebar. Boleh buat alas sofa atau selimut.


Yay! Suka saya, dapat  siap projek besar. Selimut ripple ni, saya masukkan sebagai ready stock dalam kedai online saya. Jemput singgah ye, terima kasih.

 Good luck pada anak-anak dan kawan-kawan yang ada anak ambil UPSR. Semoga beroleh kejayaan hendaknya. Saya dah lepas sorang. Yang anak tengah tahun depan, sekali ngan yang sulung, PT3. Erkk...

Baiklah. Jumpa lagi... 😊

https://yatiandstitch.blogspot.my/



4 comments:

  1. Cantiknya yati.
    Sekarang ni projek apa pula. Sharelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, cik azue. :)
      Sekarang ni, projek knitting pulak. Hehe..

      Delete
  2. Replies
    1. ha ah Lya. Bila buat projek colorful ni, rasa semangat sikit. :)

      Delete