Monday, September 11, 2017

Crocheted Ripple Blanket

Alhamdulillah, akhirnya siap juga ripple blanket ni. 
Saya start buat pada 24 April 2017. Tu dia, lebih kurang 5 bulan jugak nak siap. Memang speed siput. 😀  Bagi projek besar, saya suka tulis detail dia, macam tarikh start projek, dan bila kita mengait, kita tambah kos benang yang kita guna, supaya senang kira harga kita nak jual.


Ni masa mula start kait. Saya guna benang tempatan. Jenis akrilik.


Gambar atas masa mula nak panjang. Mencabar buat projek saiz besar ni, sebab mudah bosan, pattern berulang. Tapi saya bawak merata-rata satu rumah, kadang depan tv, kadang dalam bilik, sebab pattern dia dah ingat.
Ada satu ketika, pernah rasa nak simpan je, buat projek lain. Tapi saya tak boleh buat banyak projek pada satu masa. (ye lah tu.. ). Sebenarnya, saya ada satu projek cross stitch belum siap. Tapi tu projek sendiri, jadi bila-bila masa saya boleh get back pada projek tu, takde dateline. Tips saya kalau rasa boring kait projek besar-besar ni, sumbat telinga dengan headphone, dengar lagu. Haaa... tangan jadi laju je mengait.  


Dah siap pun. Saiz dia 120cm panjang X 92cm lebar. Boleh buat alas sofa atau selimut.


Yay! Suka saya, dapat  siap projek besar. Selimut ripple ni, saya masukkan sebagai ready stock dalam kedai online saya. Jemput singgah ye, terima kasih.

 Good luck pada anak-anak dan kawan-kawan yang ada anak ambil UPSR. Semoga beroleh kejayaan hendaknya. Saya dah lepas sorang. Yang anak tengah tahun depan, sekali ngan yang sulung, PT3. Erkk...

Baiklah. Jumpa lagi... 😊

https://yatiandstitch.blogspot.my/



Tuesday, September 05, 2017

Misi WTD

WTD singkatan untuk Wang Tidak Dituntut. Korang mesti dah tahu yang kita boleh semak wang tak dituntut milik kita dari Jabatan Akauntan Negara. Wang tidak dituntut ni termasuklah dividen,insurans, wang dari akaun bank yang tidak aktif lebih 2 tahun, dan lain-lain lagi. Silalah google jika anda nak tahu lebih lanjut tentang wang tak dituntut ni. 
Jadi, pada satu hari bekerja pada cuti merdeka yang lepas, saya serta family saya berhajat untuk check wang tak dituntut ni, di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perak. Saya kan duduk kat Perak. Silalah google untuk tahu lokasi JANM di negeri masing-masing. Lokasinya di Ipoh. Rumah saya kat Manjung. Adalah lebih kurang 85 km plus plus. Saja, makan angin, jalan-jalan bawak anak sambil-sambil tu, kan.
Sampai kat ofis JANM, pukul 11 pagi lebih camtu, ramai sangat orang beratur. Rupanya bukan kami saje yek, nak check... belambak lagi orang nak check. Beratur sampai ke luar bangunan, tau. Ada kakitangan mereka yang cakap pakai microphone. Bagitau, nombor dah habis pada hari tersebut. Dia buka nombor sampai 300 sahaja. Sila datang semula pada hari bekerja yang lain. Ok.. begitulah ceritanya.
On the way balik ke kereta, ada sorang pakcik ni tegur suami, "Dapat nombor tak?". 
"Tak", cakap suami.
Dia cerita dia pun tak dapat. Dia sampai pukul 10 pagi. Dah 2 kali dah dia datang. Hari sebelumnya dia datang petang, memang tak dapat nombor. Datang pukul 10 pun tak dapat nombor. Hehe.. takde rezeki. Lain kalilah. Dia dan family dia dari Kuala Kangsor.
Itulah ceritanya. Misi nak check WTD tidak berjaya. Berita baiknya, JANM sedang bangunkan portal, supaya orang ramai boleh check online, mungkin tahun depan baru siap. Bagi kami ni, mungkin tunggu tahun depan kot. Boleh check online. Bagi kome orang Perak yang nak pergi Ipoh check sendiri, sila la keluor rumah awal-awal ye, takut tak dapat pulak nombor. Dah ler datang jauh-jauh.Takpe, takde tarikh akhir pun untuk kita check. Sekian laporan. Harap maklum. 😄