Sunday, August 06, 2017

Jamuan Raya


Syawal dah berlalu, tapi masih dok cerita pasal raya lagi. 😀

Masa minggu terakhir Syawal tu, ada jamuan raya di ofis husband. Jamuannya pada waktu malam, hari sekolah. Hafizan dah tidor. Jadi kami pi berempat je.

Alamak, gambar gelap. Suamiku, saya dan Sulaiman.
Kata berempat, tapi gambar bertiga je. Amirul tak suka bergambar, seperti biasa, dia melarikan diri. Gambar sedikit gelap. Maap ye. Jamuan tu outdoor, open air.
Saya takde ambil gambar makanan langsung. Bertuah betul. Masa sampai lepas Maghrib, perut dah keroncong. Jadi, lepas ucapan bos apa semua, terus serang!! 😄

Ada kambing golek, hidangan steamboat, selain lauk raya seperti lemang, rendang, nasi himpit, lontong dan sebagainnya.
Sedap, Alhamdulillah….

Sulaiman dan mama

 Semangat tak Sulaiman? Mama pun sama naik 'semangat' juga. Bila nak kurus ni... 😆

Lepas makan, ada sesi anak-anak terima duit raya dan karaoke.
Dapat jumpa dengan isteri-isteri staf yang lain, yang hanya dapat jumpa masa join family day. Bila pukul 10 malam je, Sulaiman ajak balik.
Alhamdulillah, masih merasa dapat pergi jamuan dan erat silaturrahim sesama kita.

Sekarang dah pun masuk bulan Ogos. Cepat saja masa tu, kan. 
Selain tu, saya juga ada terima tempahan dari customer, Alhamdulillah. Lama dah saya tak transfer gambar ke pattern cross stitch, sebab komputer saya rosak sebelum ni.

 
  Jika ada pembaca blog ni yang berminat untuk tahu lebih lanjut macamana nak jahit cross stitch muka gambar sendiri macam ni, boleh la klik ke Blogshop Yati ya. 

Semoga hari anda semua ceria, dan sihat-sihat selalu. 
Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment