Friday, August 25, 2017

A Simple Life

Saya punya impian, satu hari nanti, saya nak menetap jauh dari orang. Dalam hutan ke, pinggir hutan ke, kat kampung ke, yang jauh dari kota. Sebenarnya, saya dah lama dah berhajat nak duduk dalam hutan. Suami saya selalu memperlekehkan impian saya ni, tau, sebab saya bila jumpa lipas pun dah jerit, suruh dia bunuh. 😁 Ala, orang nak bermanja je. Apa gunanya ada laki, kalau tak tolong kita, ye tak? Hehe... Berbalik kepada impian saya ni, waktu tu nanti, saya nak makan apa yang saya tanam. Sayur dan buah ke. Lepas tu, ternak ayam, turkey, dan kuda. 


Tunjuk sikit gambar bunga. Bunga ni asalnya dalam pasu, arwah mak saya tanam, tapi saya dah transfer dia  kat tanah. Kesian sebab dia duduk dalam pasu kecik je. Terus subur.  
Satu perangai saya ni, saya rasa serabut bila ramai orang. Ni ikut perangai arwah mak saya kot. Dia kan, kalau pi shopping complex yang buka pukul 10, pukul 9.30 dia dah duduk depan pintu shopping complex tu, tunggu bukak. 😀 Entah la. Korang perasan tak sekarang ni, kebanyakan orang dah hilang adab sopan, selfish dan ridiculous? Tengok je bila kita drive. Yang masuk lorong motor, potong belah kiri, potong dekat bonggol, bawak laju, ikut bontot orang dekat-dekat, parking tak betul, bila traffic light hijau tak jalan sebab tengok handphone, bila kita stop kat simpang tak jalan sebab ada kereta, dia marah kita pulak dan jegil biji mata macam nak makan kita, dan lain-lain lagi lah. Selain sikap orang, saya juga kurang gemor zaman duit adalah segala-galanya ni, saya lebih rasa nak slowdown. On day to day basis, duit adalah sangat penting, untuk bagi anak-anak makan dan belanja rumah. Suatu waktu ketika dulu, suami saya punya gaji cuma RM600 lebih sebulan. Waktu tu, everytime suami dapat gaji je, saya nangis. Sebab saya yang bayar bil-bil rumah through online banking. Tapi kuasa Allah kan, cukup makan waktu tu. Kalau tak berapa nak ada tu, kami pergi fishing. Dapat ikan, boleh buat lauk. Masa tu duduk kat Seri Iskandar. Anak kecik-kecik lagi. Walaupun cuma ada 50 ringgit dalam poket, saya buat nasi lemak ke, sandwich ke, bawak anak-anak mandi kat Ulu Kenas, enjoy giler! Tapi tu dulu, sebelum zaman GST. Korang pernah baca tak, yang ada satu masa bila kita masuk 40an, Tuhan sentuh hati kita, untuk bertaubat atau berubah ke arah kebaikan? Saya terasa-rasa macam tu lah, dalam tahun ni. Saya sedang mencuba ni. Susah betul nak istiqamah. Selalu kalah dengan hasutan setan.

   
Tunjuk gambar bunga lain pulak. Bunga raya kuning ni saya beli kat nursery bunga tepi jalan nak ke Lekio tu. Semut suka kat pokok ni. Siap duduk dalam bunga, boleh buat rumah pulak. Belakang pokok bunga raya tu, pokok kunyit. Saya bila rajin datang, saya siram air basuhan beras kat pokok-pokok ni. Selain tu, saya ada tanam pokok cili, dari cili-cili yang dah kering. Tapi kucing suka lepak dalam pasu pokok cili tu. Jadi, anak-anak pokok cili tu macam rebah, tak tegak. Bertuah betul. 
Itulah antara usaha saya, untuk impian saya ni. Cuba menanam pokok-pokok. Tapi pokok cili yang saya tanam yang tak berapa nak tegak kena timpa dek kucing tu, saya ada asingkan dan tanam dalam 3 pasu lain. Tiga-tiga anak pokok tu layu hari ni. Kena cuba lagi. 
Korang ada tak tengok cerita Living Free with Kimi Werner? Dia kat saluran National Geographic ada, kat Nat Geo People pun ada. Dokumentari tentang orang-orang yang hidup jauh dari orang, terasing. Macam impian saya ler. Ada satu episod tu, dia ada cerita tentang satu family ni, duduk di Lenggong, Perak, dalam hutan. Takde jalanraya bertar ke rumah, kena naik 4 wheel drive, dia bercucuk tanam, bela binatang macam ayam, lembu. Merata-rata la si Kimi Werner ni pergi, tempat sejuk, kat pulau, cari orang-orang yang hidup in isolation dan tinggal dengan dia orang dalam 2 minggu camtu. Suka tengok cerita macam ni. 😀 Itulah dia, cerita pasal impian saya. Biarlah anak-anak habis sekolah dulu, Insya-Allah, kalau ada rezeki. Apa pulak impian anda? Semoga kita diberi kekuatan untuk berusaha, mengejar impian kita. 
Jumpa lagi...   
https://yatiandstitch.blogspot.my/

5 comments:

  1. sama lah. saya pun kalau boleh nak duduk di kawasan kampung yang tak ramai orang. sesak lah kepala. sebab itu saya dah undur diri dari fesbuk. saya rasa sesak

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik azue, saya tak sangka boleh jumpa orang yang sama cam saya jugak. Wow, hebat cik azue ni, berjaya undur diri dari fesbuk. Saya pun pernah undur diri dulu, tapi sekejap je, masuk balik. :)

      Delete
  2. Thank you for sharing in this article
    I can learn a lot and could also be a reference
    I hope to read the next your article updates

    [-] Hammer Of Thor

    ReplyDelete
  3. Semoga impian akak terlaksana.. Amin..

    Saya pun teringin nak duduk terasing.
    Saya bayangkan nak ada sebidang tanah, letak rumah kat tengah2. Belakang ada kebun kelapa, kiri ada kebun sayur dan buah, kanan ada reban ayam, lembu dan kambing.
    Bukan dalam skala besar la, cukup la untuk sekeluarga uruskan.
    Last2 saya makan apa yang saya ternak dan tanam. Pakaian pun jahit sendiri.

    Tapi tu la bila citer kat orang, dorang pakat gelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. samalah bagi Asma juga ye.
      Meh sini, high five sekali! Bestnya kan, dapat tinggal macam tu.
      Sabor je la ye, jangan peduli apa orang kata. Yang penting kita tak susahkan orang dan tak buat salah. :)

      Delete