Friday, August 25, 2017

A Simple Life

Saya punya impian, satu hari nanti, saya nak menetap jauh dari orang. Dalam hutan ke, pinggir hutan ke, kat kampung ke, yang jauh dari kota. Sebenarnya, saya dah lama dah berhajat nak duduk dalam hutan. Suami saya selalu memperlekehkan impian saya ni, tau, sebab saya bila jumpa lipas pun dah jerit, suruh dia bunuh. 😁 Ala, orang nak bermanja je. Apa gunanya ada laki, kalau tak tolong kita, ye tak? Hehe... Berbalik kepada impian saya ni, waktu tu nanti, saya nak makan apa yang saya tanam. Sayur dan buah ke. Lepas tu, ternak ayam, turkey, dan kuda. 


Tunjuk sikit gambar bunga. Bunga ni asalnya dalam pasu, arwah mak saya tanam, tapi saya dah transfer dia  kat tanah. Kesian sebab dia duduk dalam pasu kecik je. Terus subur.  
Satu perangai saya ni, saya rasa serabut bila ramai orang. Ni ikut perangai arwah mak saya kot. Dia kan, kalau pi shopping complex yang buka pukul 10, pukul 9.30 dia dah duduk depan pintu shopping complex tu, tunggu bukak. 😀 Entah la. Korang perasan tak sekarang ni, kebanyakan orang dah hilang adab sopan, selfish dan ridiculous? Tengok je bila kita drive. Yang masuk lorong motor, potong belah kiri, potong dekat bonggol, bawak laju, ikut bontot orang dekat-dekat, parking tak betul, bila traffic light hijau tak jalan sebab tengok handphone, bila kita stop kat simpang tak jalan sebab ada kereta, dia marah kita pulak dan jegil biji mata macam nak makan kita, dan lain-lain lagi lah. Selain sikap orang, saya juga kurang gemor zaman duit adalah segala-galanya ni, saya lebih rasa nak slowdown. On day to day basis, duit adalah sangat penting, untuk bagi anak-anak makan dan belanja rumah. Suatu waktu ketika dulu, suami saya punya gaji cuma RM600 lebih sebulan. Waktu tu, everytime suami dapat gaji je, saya nangis. Sebab saya yang bayar bil-bil rumah through online banking. Tapi kuasa Allah kan, cukup makan waktu tu. Kalau tak berapa nak ada tu, kami pergi fishing. Dapat ikan, boleh buat lauk. Masa tu duduk kat Seri Iskandar. Anak kecik-kecik lagi. Walaupun cuma ada 50 ringgit dalam poket, saya buat nasi lemak ke, sandwich ke, bawak anak-anak mandi kat Ulu Kenas, enjoy giler! Tapi tu dulu, sebelum zaman GST. Korang pernah baca tak, yang ada satu masa bila kita masuk 40an, Tuhan sentuh hati kita, untuk bertaubat atau berubah ke arah kebaikan? Saya terasa-rasa macam tu lah, dalam tahun ni. Saya sedang mencuba ni. Susah betul nak istiqamah. Selalu kalah dengan hasutan setan.

   
Tunjuk gambar bunga lain pulak. Bunga raya kuning ni saya beli kat nursery bunga tepi jalan nak ke Lekio tu. Semut suka kat pokok ni. Siap duduk dalam bunga, boleh buat rumah pulak. Belakang pokok bunga raya tu, pokok kunyit. Saya bila rajin datang, saya siram air basuhan beras kat pokok-pokok ni. Selain tu, saya ada tanam pokok cili, dari cili-cili yang dah kering. Tapi kucing suka lepak dalam pasu pokok cili tu. Jadi, anak-anak pokok cili tu macam rebah, tak tegak. Bertuah betul. 
Itulah antara usaha saya, untuk impian saya ni. Cuba menanam pokok-pokok. Tapi pokok cili yang saya tanam yang tak berapa nak tegak kena timpa dek kucing tu, saya ada asingkan dan tanam dalam 3 pasu lain. Tiga-tiga anak pokok tu layu hari ni. Kena cuba lagi. 
Korang ada tak tengok cerita Living Free with Kimi Werner? Dia kat saluran National Geographic ada, kat Nat Geo People pun ada. Dokumentari tentang orang-orang yang hidup jauh dari orang, terasing. Macam impian saya ler. Ada satu episod tu, dia ada cerita tentang satu family ni, duduk di Lenggong, Perak, dalam hutan. Takde jalanraya bertar ke rumah, kena naik 4 wheel drive, dia bercucuk tanam, bela binatang macam ayam, lembu. Merata-rata la si Kimi Werner ni pergi, tempat sejuk, kat pulau, cari orang-orang yang hidup in isolation dan tinggal dengan dia orang dalam 2 minggu camtu. Suka tengok cerita macam ni. 😀 Itulah dia, cerita pasal impian saya. Biarlah anak-anak habis sekolah dulu, Insya-Allah, kalau ada rezeki. Apa pulak impian anda? Semoga kita diberi kekuatan untuk berusaha, mengejar impian kita. 
Jumpa lagi...   
https://yatiandstitch.blogspot.my/

Wednesday, August 23, 2017

Restored

Hi, hi.. hello everybody... Assalamualaikum...
Saya delete blog ni. Sebab saya rasa, saya dah tak mampu nak maintain. Saya cuba, tapi banyaknya kerja kena buat kat rumah ni. Kadang, saya tak sempat online. Kalau anda kawan saya kat whatsApp, anda klik profile saya, dan boleh tengok bila last saya online. Memang kadang-kadang satu hari, saya online satu kali je. Saya online guna wifi. Dan saya tak selalu on wifi di handphone saya, jimat battery. 😀 Kadang saya naik hairan camana ada orang boleh update status facebook sampai 6, 7, 8 kali new update. Saya langsung tidak. Wow, hebatnya, punya banyak masa lapang untuk online. Tapi saya ambil keputusan hari ni untuk restore balik blog personal saya ni. Macam facebook juga, kalau kita delete, kita ada masa untuk restore balik dalam tempoh masa yang diberikan. Saya harap anda tak boring baca blog saya ni. Saya dah start blog ni sejak tahun 2007. Itu bermakna, dah 10 tahun dah blog ni wujud. Pheww.... sayang pulak yang saya pernah tulis entri tutorial sebelum ni, kongsi ilmu ciput yang saya tahu. Saya pun ambil keputusan untuk tidak delete blog ni. Kalau takde entri pun, saya akan biarkan saja. Saya juga rasa pelik kenapa iklan nuffnang dah tak keluar kat blog. Hari ni saya cuba masuk nuffnang dan saya dapat screen ni....


Apakah maksudnya tu? Cer korang try masuk, boleh ke idok?
***updated - masalah selesai. Lepas saya clear cookies, dah boleh buka nuffnang 😃
Tu ler salah satu sebab kenapa saya delete blog. Sebab iklan tak keluar dah kat blog saya. Huhuhu... apa punya sebab ntah... dah takde entri baru, blog tak aktif, dah tentu lah takde publisher nak letak iklan kat blog saya, ye tak? Entahlah... saya lupa kenapa saya buat blog ni mula-mula dulu. Bukan untuk meraih keuntungan. Blog ni adalah hubungan saya dengan dunia luar. Sebab saya housewife, ini adalah salah satu cara saya interaksi dengan orang lain di luar. Yang tu saya lupa. 
So, sekarang, saya akan cuba tulis entri seminggu sekali paling kurang. Walau pun saya terpaksa korbankan masa tidor saya. Waaaa... apedaaa... semangat, semangat! 
Baiklah, saya wish good fortune and happiness untuk diri saya sendiri dan anda semua yang sudi baca blog saya ni. 😁 Jumpa lagi..

Sunday, August 06, 2017

Jamuan Raya


Syawal dah berlalu, tapi masih dok cerita pasal raya lagi. 😀

Masa minggu terakhir Syawal tu, ada jamuan raya di ofis husband. Jamuannya pada waktu malam, hari sekolah. Hafizan dah tidor. Jadi kami pi berempat je.

Alamak, gambar gelap. Suamiku, saya dan Sulaiman.
Kata berempat, tapi gambar bertiga je. Amirul tak suka bergambar, seperti biasa, dia melarikan diri. Gambar sedikit gelap. Maap ye. Jamuan tu outdoor, open air.
Saya takde ambil gambar makanan langsung. Bertuah betul. Masa sampai lepas Maghrib, perut dah keroncong. Jadi, lepas ucapan bos apa semua, terus serang!! 😄

Ada kambing golek, hidangan steamboat, selain lauk raya seperti lemang, rendang, nasi himpit, lontong dan sebagainnya.
Sedap, Alhamdulillah….

Sulaiman dan mama

 Semangat tak Sulaiman? Mama pun sama naik 'semangat' juga. Bila nak kurus ni... 😆

Lepas makan, ada sesi anak-anak terima duit raya dan karaoke.
Dapat jumpa dengan isteri-isteri staf yang lain, yang hanya dapat jumpa masa join family day. Bila pukul 10 malam je, Sulaiman ajak balik.
Alhamdulillah, masih merasa dapat pergi jamuan dan erat silaturrahim sesama kita.

Sekarang dah pun masuk bulan Ogos. Cepat saja masa tu, kan. 
Selain tu, saya juga ada terima tempahan dari customer, Alhamdulillah. Lama dah saya tak transfer gambar ke pattern cross stitch, sebab komputer saya rosak sebelum ni.

 
  Jika ada pembaca blog ni yang berminat untuk tahu lebih lanjut macamana nak jahit cross stitch muka gambar sendiri macam ni, boleh la klik ke Blogshop Yati ya. 

Semoga hari anda semua ceria, dan sihat-sihat selalu. 
Jumpa lagi.