Monday, July 17, 2017

Crocheted Small Rug



23 Syawal 1438H. 

 
Mula-mula dah gambar hamper. Hehe…. Husband saya yang dapat. Dia bila bertugas di hari raya je, dapatlah hamper sebijik. Alhamdulillah…

Saya kan, sekarang tengah mengait projek yang besar. Blanket atau sofa throw. Tengok la nanti, kejadiannya camana. Jadi, kalau buat projek besar, saya mesti ada projek selingan. Tadaaa…

 
Alas kaki crochet. Dah banyak kali dah buat ni. Saya jual dan ambil tempahan alas kaki ni. Satu harga RM10, tidak termasuk kos pos. 😁

Hari Isnin minggu lepas, saya ada appointment doctor. Routine check-up, setiap 3 bulan sekali, kena ambil darah dan jumpa doctor. Darah diambil untuk check hormone T4, TSH, Calcium dan Albumin. Semua ok, kecuali calcium saya rendah. Aiyak! Saya makan ubat ikut dos yang diarahkan. Cuma doctor 3 bulan lepas tukar ubat calcium tu dari Calcium Lactate 300mg ke Calcium Carbonate 500mg, sebab masa tu, result calcium atas border dah. Baru ni punya result, dah jadi low. Hohoho… musykil saya tau, sebab saya makan ubat ikut dos yang diberi. So, doctor tukar balik ubat calcium tu jadi yang asal semula ke Calcium Lactate 300mg, dan kita tengok lagi 3 bulan lagi camana. Doktor juga advise supaya saya stop makan apa-apa supplement, sebab dia memang akan kacau ubat tiroid. Baiklah. Saya currently minum liquid chlorophyll. Tapi dah lama dah saya minum liquid chlorophyll ni, result darah sebelum-sebelum ni ok je. Tapi buat masa sekarang, saya akan stop dulu. Kadang saya musykil juga, adakah sebab saya kuat minum Nescafe, sebabkan penyerapan calcium oleh badan tu kurang? Saya google, banyak yang cakap kalau setakat 1-2 cup of coffee tu, tak apa. Hmmm… lepas ni kena banyak amalkan pemakanan yang sihat dan bersenam juga, kata doctor. Bersenam tu ada. Saya akan cuba minum susu. Hehe… Tapi saya ok je, takde rasa kebas mana-mana walaupun calcium saya rendah. Takpe la tu, kita usaha! πŸ’ͺπŸƒ

Baiklah, sampai sini saja dulu. Semoga kawan-kawan semua sihat-sihat dan bahagia selalu ya! Take care, jumpa lagi.

2 comments:

  1. Tengah pregnant ya sis

    Semoga sihat selalu. Jaga kesihatan tu

    ReplyDelete
  2. Comel la akak....konon konon nk buat jugak...tapi tak gigih mcm akak...haha

    ReplyDelete