Wednesday, June 14, 2017

Post Total Thyroidectomy

19 Ramadhan. Lama gila kan, saya tak update blog ni. Setengah tahun dah. Ini adalah post pertama tahun 2017! Hahaha... adoiii... computer saya rosak sebenarnya. Lepas tu tak hantar repair-repair pun. Cuma baru-baru ni je dapat hantar ke kedai. 

     Saya tak adalah jadi gila ke, meroyan ke apa, sebab saya masih dapat online di facebook, instagram dan twitter, guna telefon. Cuma kadang-kadang tangan ni rasa rindu gila nak menaip guna keyboard, nak update blog.😀

      Jadi, apa yang berlaku pada saya selama setengah tahun saya senyap ni? Saya selamat operate tiroid. Sihat sejahtera, Alhamdulillah. Hidup seperti biasa, macam orang normal yang lain, walaupun tanpa kalenjar tiroid. Ha ah, saya jalani total thyroidectomy. Maknanya, kedua-dua kalenjar tiroid saya dibuang, bukan sebelah saja. Bermakna, sampai ke akhir hayat saya on medication. Takpe lah tu, saya bersyukur kerana saya masih boleh jalankan tanggungjawap saya sebagai isteri dan ibu dengan sihat dan kuat. 

    Kalau sebelum operate dulu, saya boleh dengar dengan jelas jantung saya berdegup kencang sepanjang masa, ibarat jantung tu duduk kat tepi telinga, tapi selepas operation, rasa jantung tu dah pindah balik masuk dalam dada. Tak boleh dengar dah.😀

     Duduk kat hospital masa tu adalah satu kenangan yang manis pada saya. Sebab saya tak pernah masuk hospital kerajaan. Masa beranak dulu lain cerita, sebab kat swasta je. Tipulah kalau saya kata saya tak takut. Potong leher tu. Huhu... tapi doktor-doktor kita pakar belaka, nurse-nurse pun baik-baik. Saya jumpa orang yang baik-baik masa kat hospital. Orang yang saya tak kenal, tolong saya masa saya kurang upaya waktu tu. Pertolongan kecil-kecil saja, contohnya, tolong tarik langsir tutup katil saya masa saya kena salin baju operate, tolong buka penutup tray makan, tolong bawa tong sampah dekat pada katil, dan lain-lain, tapi benda tu saya akan kenang sampai akhir hayat saya.  

    
Ni saya, 2 bulan selepas operate. Dah lari dah. 😁

Kueh raya siput dan semperit di atas saya buat masa cuti sekolah 2 minggu tu, dibantu oleh suami dan Hafizan. Update terkini selepas sahur pagi tadi, siput dah tinggal 2 setengah balang, manakala semperit tinggal 3 balang. 😁

Ok la buat masa ni. Rasa seronok dapat tulis balik kat blog ni. Tak sabar nak baca cerita baru kawan-kawan semua. Selamat berpuasa ya...

No comments:

Post a Comment