Tuesday, November 01, 2016

Wip Knitting

Sudah pun masuk bulan November. Bulan terakhir sekolah untuk tahun ini.Yay!
Bab cuti memang suka. ^_^
Saya tidak berapa produktif sangat sejak kebelakangan ini. 

Work in progress saya sekarang ini adalah projek kait dua jarum, bantal lari untuk kakak saya. 


Saya ada buat satu bantal motivasi lari untuk diri sendiri, yang saya ada cerita di entri ini. Bila saya tunjuk di instagram saya, dia pun berkenan juga, dan dia minta satu. 

Sepatutnya, lebih banyak hasil yang sudah siap, tapi saya ada buat silap, jadi saya buka semula hasil kaitan saya dan saya mula semula dari awal. Pengajaran di sini ialah, sila jangan mengait di waktu anda mengantuk. Seperti kata pepatah Don't Drink and Drive, bila jarum kait anda salah masuk tempat, tiada jalan untuk kembali. 

Adakah anda berasa pelik dengan cara penulisan saya? Ini adalah kerana saya menulis guna perkataan lengkap, seperti di dalam karangan sekolah. Hehe..


Gambar di atas menunjukkan perkembangan terbaru hasil saya mengait. Saya berharap agar saya dapat siapkan bantal motivasi ini secepat mungkin, kerana saya sudah tidak sabar untuk memulakan projek yang sudah lama saya tidak buat, iaitu jahit silang pangkah. ^_^

Bulan ini adalah bulan yang menakutkan bagi saya. Setelah 13 tahun saya mengalami masalah tiroid, kemuncaknya ialah, saya bakal menjalani pembedahan pembuangan kedua kalenjar tiroid saya pada penghujung bulan ini, Insya-Allah. Tarikh-tarikh penting sudah pun diatur lebih awal, dan saya berharap agar semuanya berjalan lancar. Tolong doakan saya, ya. 

Saya doakan kawan-kawan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia selalu. Sila jangan berdukacita di saat harga minyak kereta dan minyak masak naik. Setiap yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. 

http://yatiandstitch.blogspot.my/

Looking for #Quotes, Life #Quote, Love Quotes, Quotes about Relationships, and Best #Life Quotes here. Visit http://curiano.com "Curiano Quotes Life"!:

13 comments:

  1. Yati.. semoga dipermudahkan urusan operation yati.. semoga cepat sembuh.. amin..

    cantik knitting tu..

    nape guna bahasa formal yati? untuk google boleh translate ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, amin... terima kasih, Zila. Hugsss...
      Hehehe... Zila pandai la! Tapi pelik juga ayat kita bila translate to google.

      Delete
  2. comel je yati guna bahasa formal...nak cs balik ye? yeayyyy...tak sabar nk tgk project apa..😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. kak Nisa dah tau dah, projek Beacon Ridge tu la. Yati dah start dah, 2 hari lepas. Bestnya cross stitch, rasa seronok sebab dah lama sangat tinggal. ^_^

      Delete
  3. akk pn xsabar tunggu cutiiii.......wah cantiknya....yati mmg kreatif
    *floating market tu baru 2 bln bropersi yati.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tima kasih, kak Nza. Kak Nza pun kreatif juga, hari tu akak share projek seni kat fb. :)
      Baru lagi ye tempat tu. Tq for the info, kak.

      Delete
  4. semoga semuanya dipermudahkan ye...

    ReplyDelete
  5. Rajinnya mengait. Tambah kemahiran kan. Lagipun baik untuk kemahiran tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengait ni hobi isi masa lapang saya, merangkap menambah pendapatan dari rumah. :)

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea