Monday, September 19, 2016

Bantal motivasi dan hasil larian Julai dan Ogos

Seronok betul bermalas-malasan masa cuti sekolah. Kalaulah hari-hari cuti sekolah. Hehe.. tapi hari ni dah start semula rutin kerja macam biasa. Oleh itu, marilah kita bekerja sekuatnya... 

Sepanjang blog ini senyap tanpa update, saya ada kait bantal. Projek knitting. Guna straight needles saja. Guna baki benang projek lepas-lepas yang masih ada. Mengait ikut sesedap rasa.

Saya draft dulu tulisan dan gambar yang saya nak kait.


Bantal motivasi untuk diri sendiri. Tak berapa puas hati part gambar orang. Saya tarik kuat sangat masa mengait tu, jadi tak berapa nak lawa rupa orang perempuan tengah berlari tu.

Ni bahagian belakang. Penat nak weave in ekor benang yang banyak color tu.
Dah siap!

Haa.. kan... tak lawa kan... yang gambar perempuan lari kat bawah tu.. tapi takpe la, kita belajar dari kesilapan. Lain kali kalau kait 2 benang sekaligus projek counted knitting camni, janganlah kita tarik kuat sangat ye benang tu. Konon nak bagi rapat stitches nya. Tengok-tengok jadi berkedut bahagian tu.


Sarung bantal dah siap, bantal dalam pun saya jahit jugak, sebab tak ada saiz bantal yang sesuai kat rumah ni yang boleh muat sarung bantal ni. Tu gemuk semacam je, bantal baru. Saya sumbat fiber filling banyak-banyak.


Bahagian tutup bantal tu, saya guna butang-butang. Boleh ler, siap bantal motivasi lari satu! ^_^

Ni dah nak masuk hujung September. Marilah kita tengok hasil larian bulan Ogos. Huh.. lambat benor update sini.

Larian bulan Julai
 Bulan Julai jumlah jarak joging adalah 41.4 km, manakala bulan Ogos pulak...

Larian bulan Ogos
haa... meningkat sikit, bulan lepas 84 km saya joging. Bertambah rajin sikit je. Bulan September ni, macam kurang je, sebab banyak hari hujan waktu pagi. Saya lagi suka beriadah waktu pagi, jadi kalau hujan, saya workout kat rumah je (itupun kalau rajin). Kalau husband ada, lagi banyak keluar dating dari workout. Huhu... kena kerja keras lepas ni.

Baiklah.. tu saja nak share kali ni. Semoga kawan-kawan semua dilimpahi rahmat Allah dan dipermudahkan urusan segala. Take care... 

^_^

http://yatiandstitch.blogspot.my/

12 comments:

  1. Akak dah lama tak jogging n bersenam.. konon perasan kurus kiki.. baru nak start balik ni.. lutut pun dah berbnyi2 dahhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, kak Mila memang kurus pun. Hehe.. macam sama je kita. Yati pun bila solat, bunyi tulang kruk kruk bila nak sujud.

      Delete
  2. comel layout baru blog k.yati..nmpk beno la sy ni jarang ber blog skrg ni hihi..

    BTW comel bantal tu..nmpk gebussss je mst bes peluk tu..

    addeh..dh lama beno x jogging huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. mekasih, cikgu. Dah lama dah tukor. Takpe, kawan-kawan blogger faham, kerja cikgu ni sangat sibuk, kan.
      Ha ah cikgu, dah jadi bantal peluk dah. Harap tak bertukor jadi bantal busuk. Hehehe..
      Kena ambil masa sikit, untuk exercise cikgu. Kurang sejam sehari jadi ler.. :)

      Delete
  3. cantik sgt hasilnya..
    rsa nk tempah jgk srung bantal camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Lya. Kalau Lya berminat untuk tempah, boleh email kak Yati di yati_my@yahoo.com ye. Atau boleh pm di fb kak Yati. Search je Yati and Stitch. :)

      Delete
  4. Replies
    1. Tu ler Melur ni, tak nak singgah blog kita. Kita je singgah blog dia. Hehe.. :P

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea