Tuesday, August 23, 2016

New PB dan keychain kucing

PB tu Personal Best. Kalau kaki lari, dah tentu target kita nak improve masa larian kita, tak kira lah berapa km pun.

Dah 8 bulan dalam tahun 2016 ni. Saya tengok balik senarai target atau azam yang saya buat, masa awal tahun. Lepas tu, baru saya perasan, yang saya dah pun berjaya capai salah satu dari target saya. 

Salah satu target, untuk lari 5 km dalam masa 45 minit. Kertas azam ni saya tampal kat tingkap bilik jahit. :D
Tahun lepas, kalau nak sampai 5 km, saya ambil masa lebih kurang 1 jam. Tahun ni, pada 21 May yang lepas, saya berjaya capai masa kurang 45 minit, iaitu....

print screen Endomondo app
44 minit..! Hehehe... ye, saya tau, bukannya laju pun, sebab ada ramai orang boleh lari 5 km dalam masa kurang setengah jam. Tapi saya bukan banding diri dengan orang lain. Saya cuma nak jadikan diri saya lebih baik dari sebelum ni. Tak leh compare diri kita dengan orang lain, sebab lain orang, lain journey nya. Saya tolak ke tepi dulu pasal weight loss, sebab saya on medication hyperthyroid. Asal sihat dan boleh laksanakan tanggungjawap saya sebagai isteri dan ibu, dah cukup Alhamdulillah.   

Lepas ni apa pulak? Cuba 5 km dalam 30 minit, nak? Giler... tapi tak mustahil. Kita tengok tahun depan ye, Insya-Allah. ^_^

-------------------------------------------------

Cerita hasil keras tangan pulak. Bila banyak mengait, kadang-kadang rindu nak buat kraf yang dah lama tak buat, contohnya felt crafts dan cross stitch. Hari tu, saya lepaskan rindu, buat keychain dari kain felt.


Dulu-dulu, memang saya suka sangat buat felt keychain ni. Kita jadi ralit buat benda-benda cinonet ni. Boleh klik sini kalau nak tengok album keychain felt yang saya jual dan terima tempahan. Kebanyakannya harga RM5 satu. 

Ok ler. Kita jumpa lagi ye. ^_^

http://yatiandstitch.blogspot.my/


6 comments:

  1. Yati... rindu cross stitch juga... jom kita rancakkan balik.. hihihi... (kena korek peti besi..hihihihi)

    Yati.. tahniah.. saya tak pernah terfikir buat target dlm larian. member2 ajak pergi fun run pun tak pernah join.. harap dpt ikut jejak langkah yati. :) kipidap ek.. demi kesihatan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. sama la kita, Zila, kena korek peti besi. Tapi belum cukup kuat seru tu, untuk ber-cross stitch. (alasan je, kan)
      Timasih, Zila. Join la fun run. Tak jauh pun, kalau lari dengan kawan-kawan. Lagipun, kalau kita join run, semangat dia lain macam, Zila. Cubalah! Zila pun rajin workout, tahniah tau! Dah slim Zila sekarang... ^_^

      Delete
  2. wowww..hebat ni kak.. mmg kna istiqomah nk maintain target tu..

    cantik sgt keychain tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Lya. Tapi ada kalanya, tewas juga dengan hasutan dari luar dan dalaman. Hehe..
      Timasih, Lya. :)

      Delete
  3. akak rasa x tahu lah berapa lama 5 km tu...hahaha tapi best juga yati ada target...kipidap...lepas ni mesti laju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timasih, kak Suzie. Yati download je free running app dari playstore. Baru kita boleh keep track progress kita bila joging. :)

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea