Monday, August 15, 2016

Crocheted Alas kaki

Ingat tak, saya ada cerita pasal projek recycle tu, yang kain dan baju lama, saya gunting-gunting, jadikan fabric yarn?
Repost balik gambar entri sebelum raya
Haa.. saya buat lapik kaki daaa.. 

Kalu kat rumah, memang selagi boleh pakai, selagi tu la saya pakai, walaupun koyak dan kolar dah tak serupa kolar. Bila sedara datang rumah, dia orang pun tegur, "Ape le daif benor baju hang ni...", tapi saya lagi suka, sebab selesa dipakai. Nak sedekah kat orang dah tak sesuai, jadi saya recycle buat benda lain, contohnya dalam kes ni, lapik kaki.


Lapik kaki ke, alas kaki, orang panggil, omputih panggil rag rug. Kali ni, saya cuba buat lain sikit. Saya crochet je kain-kain recycle tu, benang pulak saya guna baki projek lepas-lepas. Gambar di atas masa mula-mula start. 

Saya tak cantum-cantum pun kain-kain yang saya gunting tu, untuk jadikan fabric yarns. Mode malas. Ini je la cara senang saya jumpa. 

Kalau kain recycle tu nipis sangat, saya guna 2 je, bior tebal sikit.


Haaa... dah siap pun, buat alas kaki. Lebih kurang saiz alas kaki standard yang bulat tu. Kalau rajin, buat besor-besor, boleh jadi macam carpet tu. Hehe.. Saya letak dalam rumah. Kalau letak kat bahagian dapur ni, mesti jadi port kucing duduk. 

Ada lagi baki kain-kain recycle, boleh buat color lain pulak lain kali, time rajin (ye la tu). 

"Macam lawa je." Bukan saya cakap, suami cakap. 

"Sayang nak guna lap kaki. "
"Alaaa... guna je. "

Nanti saya buat lagi banyak-banyak, dalam setiap bilik tidor satu, masuk rumah satu, keluar setiap bilik air satu... hehe..

Sekian laporan hasil kraftangan terkini.

Eh, hari tu saya cerita pasal tragedi di bank tu kan... itu hari CIMB. Dalam minggu ni, saya ada ke Maybank, ok le pulak, sekali letak jari je dah pass, boleh kuor duit. Hehe.. Boleh jadi bukan salah jari saya ler, salah alat orang tu yang kurang peka, kikih... ops..

Jumpa lagi ye, take care semua... ^_^

http://yatiandstitch.blogspot.my/


8 comments:

  1. cantikknya kakk...
    hijau itu mendamaikan..

    hehe,,alat dia la tu x detect..maybe kna tuko tmpat touch tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. timasih, Lya.
      Ye, ye, akak setuju pendapat Lya. :)

      Delete
  2. cantiknyerr..buat la tutorial cane nak sulam2 gitu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timasih.
      Insya-Allah lain kali saya buat lapik kaki ni lagi, saya cuba buat tutorial sekali ye. :)

      Delete
  3. yati..cantik sangat.. camne yati selitkan benang kait ek... jadi berseri alas kaki.. tu yg org takut nak pijak... hihihi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timasih, Zila. Oh, dia macam biasa crochet in the round, macam nak buat amigurumi tu. Tapi macam kita nak sembunyi ekor benang mula kait tu, kita kait sekali kan. Ha.. macam tu la, kita selitkan kain recycle kita tu. Sama teknik. :)

      Delete
  4. cantik lah....buat byk2 jimat duit heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. betul, betul, kak Suzie. :D

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea