Wednesday, July 27, 2016

Bila fingerprint does not match...

Sekarang banyak sistem biometrik digunakan, kat bank-bank, pejabat pos, agensi kerajaan mahu pun swasta. Bagi yang pakai sistem biometrik ni untuk rekod kedatangan pekerja memang bagus, jadi pekerja tak boleh tolong punch card bagi pihak kawan. Susah sikit nak menipu.

Contoh sistem biometrik. Mycard reader dan fingerprint scanner. Photo credit to Sagem.

Tapi bila untuk urusan keluar duit misalnya, bila ibujari kita tak match dengan sistem, agak leceh juga, sebab pihak bank akan mintak photostat ic. Kalau bank tolong photostat kan, ok juga. Tapi camana kalau kita yang kena buat sendiri. Kalau rajin, boleh cari kedai, pastu pergi balik kat bank. Tapi kalau kita ada urusan lain ke, malas ke, nak pergi lagi, dah kena pergi hari lain. Itu lah yang terjadi kat saya, saya nak tukar kad ATM saya, tapi ibujari saya tak match dengan sistem. Mykad dah masuk. Bila tenyeh ibujari kanan, tak match. Tenyeh ibu jari kiri pun tak match. Benda ni berlaku masa nak ambik nombor giliran. Jadi, kena isi borang lain, sebab fingerprint tak match. (Cubaan pertama)

Jangan tanya saya, kenapa boleh jadi camni. Saya tak minta benda ni terjadi. Kalau boleh, sebagai pengguna, dah tentu kita nak urusan kita selesai secepat mungkin, tanpa masalah.

Saya kembali keesokannya, sebab kena photostat 3 benda, yakni ic, lesen dan kad atm, untuk pengesahan. 

Lepas ambil nombor, boleh proceed ke kaunter, kita cuba lagi letak ibujari. Sudah tenyeh ibujari kat hidung sikit, kasi berminyak. (mungkin ibujari kering). Tak boleh. Staff di kaunter bagi baby lotion, kita cuba lagi. Dua-dua belah ibujari tak match juga. (Cubaan kedua)

Bila sampai ke tempat pengeluaran card, kena test lagi thumbprint. Bila ada include photostat ic, lesen, bagai, dia tanya, kenapa ibujari tak match? Cuba bagitau saya, camna saya nak jawap soalan tu? Bahaya kalau tak match dengan sistem ni, kena minta jumpa branch manager dia, dia cakap. Aiyakk... saya faham, pihak bank mesti takut orang tipu ke kan, curi ic orang, lepas tu nak take over account orang.
Ok, sebelum tu, kita cuba dulu. (Cubaan ketiga). Dia bagi try lotion dia pulak. Calit sikit, sapu rata pada ibujari.

Bodyshop Cocoa Butter Lotion. Photo credit: Bodyshop
Sekali letak ibujari kanan, terus match! Wow... lega saya. Selesai sudah urusan, dapat kad baru. Yeh.. Alhamdulillah... 

Ini bukan entri berbayar. Saya tak terima komisen pun atas jualan losen Bodyshop kat atas. Saya cuma nak kongsi penyelesaian, bagi sesiapa yang ada masalah fingerprint tak match, macam saya. 

Saya ada buat bacaan sikit tentang masalah ibujari ni. Rupa-rupanya bukan saya seorang yang alami. Ada satu blog tu, saya baca, staff bank tu siap cakap makcik ni punya ibujari dah rosak. Dah jadi lumrah alam, kita cuma nampak salah orang lain, salah sendiri, cer selidik sikit, kot alat kita malfunction ke, dah berapa tahun pakai, tak tukor, sensor dia dah kurang ke, wallahualam... saya bukan pakar dalam hal ni. 

Apa-apa pun, setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Hikmahnya bagi saya, bila saya kena photostate lesen, baru saya sedar yang lesen memandu saya tu dah 2 bulan expired. Dah lebih 2 bulan saya drive sini sana, dengan lesen yang mati! Astagaaa..... first time ni, terjadi. Saya selalu renew sebelum birthday saya. Itu lah dia, hikmahnya, Allah ingatkan kita, kan.... Lagi satu, ada pendapat mengatakan sabun pencuci pinggan mangkuk boleh buat ibujari kita jadi hilang jalur-jalur unik pada jari tu, sebab benda tu kuat kan. Pun pendapat orang juga, tidak tahu sahih ke tak.

Sekian perkongsian saya. Harap bermanfaat pada yang berkenaan. ^_^

10 comments:

  1. uihh... mungkinkah sbb perubahan usia.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... boleh jadi jugak kot. Hehe..
      Adalah encik Zulhilmi ni suka makan tempoyak? :D

      Delete
  2. akak pun ada masalah ni, plan nak g JPN harini nak declare finger print rosak hahaha.. bleh ker rosak.
    Tapi betullah, jari akak ni memang teruk sgt, sejak selalu masak kat rumah ni. kadang malu nak salam orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mila dah pergi JPN ke? Ramai orang jadi macam ni, kak. Bukan kita je.
      Jangan macam tu kak, tangan kita jadi camni sebab kita kerje keras, pada pendapat yati. (mode sedapkan hati). :)

      Delete
  3. aslkm. kite takde masalah dengan benda tu. tapi x boleh kira juga kadang2 mau dia rosak tetiba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalakumsalam warahmatullah cik melor. Lama tak nampak mai sini. :)
      Bagus la takde masalah. Itu la dia, kadang tengok nasib jugak.

      Delete
  4. Mgkn betul jg tu Yati, jalur2 ibujari blh berubah akibat luka, bhn2 kimia dlm pencuci, dsbnya. Punya la susah bila thumbprint x match...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak Zurainny. Leceh sikit, urusan boleh settle sekejap, jadi lama pulak.

      Delete
  5. mmg secure sgt gna fingerprint ni..cuma y leceh bila xleh detect..kdg2 jari berminyak n ada luka mmg xleh detect..

    kat opis pon attendace xde punchcard..guna fingerprint camni.. cuma kdg2 dia buat hal..geram jgk.. tp berbaloi.. sbb org xleh tipu waktu msk / keluar kerta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu Lya. Ofis lama kak yati dulu pun pakai biometrik jugak. Nasib dulu time muda, jari ok lagi, jadi takde masalah untuk detect thumbprint.

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea