Thursday, June 09, 2016

Road trip Kedah dan Kelantan

Lamanya tak update blog. Lamanya tak buka komputer. Enjoying masa cuti sekolah sebaik mungkin. ^_^

20 May yang lepas, birthday saya yang ke.. ke.. berapa? Cer teka, cer teka...
38 tahun ler.. 
Syukur pada Allah, diizinkan olehNya, I see things differently now. Setiap hari, anugerah untuk kita perbaiki diri sendiri, lebih baik dari semalam. Alhamdulillah...

Masa cuti sekolah baru mula hari tu, kami pi roadtrip. Sebenarnya, nak balik Kelantan, sebab anak sedara husband kawin. Tapi sebelum tu, kami ingat, nak nyongket sat, jalan-jalan, tengok orang dan tempat lama. 

Gambar ni diambil lepas keluar Taiping

Kami plan tak nak ikut highway. Maka perjalanan pun bermula ikut jalan kampung, dari Lumut - Taiping - Changkat Jering - Nibong Tebal - Perai - Butterworth - Kulim. Sangkut tau kat Penang. Sebab signboard semua suruh masuk highway. Tu tersesat sampai Kulim. Bukak google maps juga, jumpa jalan biasa sambung trip, Gelugur - Sungai Petani - Gurun - Alor Setar. Sampai Kedah je la kali ni. Lain kali kita pi sampai Perlis naa... 

Jalan-jalan semua dah lain. Untuk pengetahuan pembaca semua, saya pernah sekolah kat Alor Setar selama 2 tahun, yakni masa darjah 5 dan 6. Tu la tempat-tempat utara ni ada sentimental value pada saya. Suami saya pun pernah kat ikm sungai petani. Jadi, down memory lane ler road trip kami ni.

Singgah lunch dan zohor di tesco sungai petani. Sambung perjalanan ke Alor Setar. Pakai redah je, tak de booking hotel. Hotel kedua kami masuk baru ada bilik yang available untuk family. Hotel JP namanya. Lokasi dekat stadium aloq staq. Port makan banyak sini waktu malam, jalan kaki je. 

Ni bilik family. Hafizan dan Sulaiman dok tengok apa ler tu kat tipon.
Ada wifi hotel ni. Kuat juga line nya. Kami suami isteri bilik asing, honeymoon. Hehe...

Ada pantri dan tempat makan. Bole buat kopi, air, etc, sebab ada kemudahan air panas dan sejuk. Bakor roti pun boleh ada toaster. 
Harga bilik sangat berpatututan. Adik yang jaga front desk kata, hotel ni baru buka 2 bulan. 

Malam hari jalan-jalan pi Aman Mall. Besor gila mall ni.
Masa saya dok Aloq Staq dulu, shopping complex yang ada cuma pasaraya peladang, hankyu jaya dan city point je. Hehe..

Keesokan harinya, breakfast kat tempat dekat je ngan hotel. Jalan kaki je. Sedap! Makan roti canai cicah kari utara. Pastu baru perasan kedai makan tu depan pustaka union. Sini la tempat saya cari buku dulu, masa sekolah kat SRK Sultanah Asma. Ada lagi kedai buku ni.... ^_^

Pustaka Union, Alor Setar

Lepas breakfast kami bertolak pi Kelantan. Road trip hari tersebut dari Alor Setar - Gurun - Sik - Baling - Gerik - Jeli - Rantau Panjang - Tumpat.

Gunung Baling
Jalan ni kami tak pernah lalu. Sebab pertama kali dari Kedah pi Kelantan. Biasanya, dari Perak ke Kelantan. Sangat cantik jalannya. Ada masuk pekan kecik. Ada juga naik bukit. Sejuk je suasana.

Sulaiman dan Hafizan main ngan kucing mek

Alhamdulillah... selamat sampai Tumpat. Belum hari kenduri lagi, mari kita nyongket dulu.

Tunggu tuan depan pintu
Whopper! 
Tiba-tiba gambar whopper pulak. Masa ni belum masuk bulan puasa. Kat Perak takde Burger King. Kat Kelantan, sampai 3 Burger King. Oleh itu, serbu!!! Pejam mata la berapa kalori dia. 


Sulaiman dengan ayam gorengnya.

Amirul dan Hafizan

Gambar di atas, masa hari kenduri. Anak sedara husband saya yang kawin. Lepas makan-makan kenduri, kami terus bertolak balik ke Perak. Huu.. sangat rushing la. Terpaksa balik sebab saya ada appoinment doktor keesokannya. 

Alhamdulillah, dah selamat sampai. Roadtrip semua ok, takde masalah, anak-anak dah tak muntah dah. Dah besor kot. Bila lapor, berenti makan, solat. 

Senja masa dalam perjalanan ke Kuala Kangsar dari Gerik
Camtu la ceritanya. 
Macamana cuti kawan-kawan semua?
Selamat berpuasa ye. Semoga kita dapat improve amal ibadat kita pada tahun ni, banding tahun lepas. 
Jumpa lagi. ^_^



8 comments:

  1. happy birthday yati..semoga kekal sihat dan bahagia disamping famili :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Dinah.
      Aminn... mudah-mudahan. :)

      Delete
  2. saya juga lebih suka guna jalan lama dari highway sebab byk tpt menarik yg kita blh jumpa di tempt org ... citer bab kalori itu , puasa ini saya nekad tak sendtuh nasi . cuma maka lauk pauk sahaja . bila dah meratah daging sampai kenyang mcm org korea mkn daging panggang dgn daun salad , tetiba terfikir , mcm byk je kalorinya . daging ni pun jenis lambat khadam juga dlm perut ... alahaiiii ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kan.. sama la kita. :)
      Hehehe... cer download free app, nama dia My Fitness Pal. Kita boleh log in makanan yang kita makan dan tahu berapa calori dia. Sangat berguna bagi orang nak kurangkan berat. Yati pun bila guna app ni, baru tahu. Ok, makanan ini berapa, makanan itu berapa. Jadi kita boleh balance kan based on berat dan tinggi kita. :)

      Delete
  3. jauh pjalanann tu..timur k utara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah Lya, lebih kurang 700 km sehala.

      Delete
  4. lama daaa tak pegi Kelantan. masa arwah ayah ada mesti setahun sekali akan pegi sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke... boleh la Siti pi vacation sana. Banyak dah berubah, Kelantan.

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea