Saturday, June 18, 2016

Gambar makanan dan Granny Square dah siap!

13 Ramadhan.

Saya baru baca aritu kat twitter, lepas tu ada baca kat blog yang saya follow juga, yang rupa-rupanya ada orang kurang senang bila kita update gambar tentang makan, lagi-lagi di bulan puasa ni. 

Pada saya, saya suka tengok gambar makanan. Tak kira sama ada orang tu masak dan update, atau pun orang tu pergi makan luar dan update. Sebab saya boleh dapat idea nak masak apa. Sekarang dah masuk fasa termenung depan peti ais, tak tau nak masak apa dah. Jadi bila kita tengok news feed orang kat facebook ke, instagram ke, pasal makanan, kita boleh dapat idea atau inspirasi nak masak apa, kan. Kalau kita nampak buruk, maka buruk la ia. Kalau nampak baik, maka baik la ia. Pendapat saya saja.

Hmmm.. meh kita tengok gambar hidangan yang saya masak, dan ingat nak snap.

Ikan keli berlada
Saya ada pengalaman buruk dengan ikan keli. Saya pernah beli, pastu bila saya goreng, bau busuk satu rumah. Ikan keli tu masa saya beli nampak fresh je, tapi bila goreng boleh jadi camtu pulak. Camana nak makan benda yang bau camtu. Bukan bau wangi ikan goreng tau, bau busuk yang kena tutup hidung. Lepas tu, lama sangat saya tak masak ikan keli. Hingga lah baru-baru ni, ada pergi pasar Sitiawan, jumpa ikan keli hidup lagi. Wow.. ikan fresh ni, terus rasa nak makan. Kena mintak pakcik yang jual tu tolong 'katok' kepala ikan tu, ngan siang sekali. Saya takut pegang ikan yang masih hidup ni. Hehe.. Jadi, masak lah ikan keli berlada. Hmmmm... dap! ^_^

Ayam masak merah in the making...
Ayam masak merah ni memang peberet Sulaiman ngan Amirul. 

Sambal telor dan ikan bilis
Yang ini saya ikut resepi dari fb. Lain dari saya masak sambal cam biasa. Simple je, tapi boleh tahan juga, selera sikit makan nasi sahur.

Ayam kicap pedas
Lama tak masak ayam kicap. 

--------------------------------------------------------------

Cerita hasil kait pulak.

Dah siap dah projek granny square saya! Yahoooo...! Lega...


Besar tu je la yang saya mampu buat. Tak larat dah. Saya cukup tabik dengan orang yang boleh kait sampai jadi saiz cadar tu. Memang terer la. 


Boleh la buat alas sofa 2 seater. Den tak mampu nak teruskan sampai sofa 3 seater, lain tahun la pulak yo.. 


Jemput ke kedai kalau nak tahu saiz dan harganya, mekasih. 

Dah boleh dah nak start projek kueh raya ni. Kena carik buku resepi kueh raya ni, mana pulak saya dah campak. 
Saya tak beli kueh atau kerepek raya lagi setakat ni, baju raya pun tak ada lagi. Saya dah 2-3 tahun pakai baju raya lepas-lepas. Baju kurung yang ada semua elok-elok lagi, sebab setahun pun pakai masa hari raya dan kenduri je. Tapi tudung raya saya beli, tiap-tiap tahun. Hehe... Mungkin beli baju untuk anak-anak, sebab deme ni kaki dah panjang, cepat benor membesor. 

Selamat ye, jumpa lagi... ^_^



14 comments:

  1. Betul tu kak. Saya pun cedok idea nk masak apa kat fb. Ada lg dorang share resepi, dapat juga masak benda baru. Harap2 dorang tak stop sharing..

    Canteknya alas sofa tu. Saya tunggu 2 3 tahun lagi baru mampu buat mcm ni kot (slow sket) :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. :)
      Mekasih, Asma. Hehe.. tak susah mana pun. Sekarang pun Asma boleh buat kot. Pattern berulang, jadi bole ingat dalam pala. :)

      Delete
  2. betul yati kalau pandang baik baik lah jadinya, kdg2 resepi ni mcm2 dan seronok nak cuba....lain orang lain menunya boleh cedok2 kan.akak pun dah blur nak masak apa. tanya anak2 asyik x tahu nak makan apa

    ReplyDelete
  3. Lain orang lain pendapat. Fikir positif je ye :D

    ReplyDelete
  4. waaa.. rajinnya memasak.. saya suka tgk resepi kt fb tu.. mcm2 ado.. cuma masak je tak.. hihihi..

    cantiknya GS tu.. kipidap yati!
    selamat mengcookies ek... jgn lupa tayang hasil.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..
      Mekasih, Zila. :)
      Hasil takde la, Zila. Sibuk dan letih je lately. Cookies tunjuk je banyak. :D

      Delete
  5. salam ramadhan kak yati..smoga stiasa sihat hendaknya..

    meriah lauk pauk tu..

    agaknya mmg ikn keli tu dh busuk dr dalam..maybe dr luar j nmpk fresh.. biasa ikn keli org beli y hidup2 kan...


    waaa..kalerful..cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. mekasih, Lya.
      akak tak tau Lya, sebab jarang jumpa pun ikan keli ni. Hehe.. tu yang agaknya tak reti pilih.
      Mekasih, Lya.. :)

      Delete
  6. cantiknyaaa.. ambik tempahan ke ada jual ke ? comel =)
    CT ok jeee orang up gambar makanan. lagi2 yang suggest nak makan kat mana coz i love food.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Siti. Akak tak terima tempahan (takut customer tunggu bertahun baru siap), akak kait bagi siap, baru masuk ke kedai online. (link ada kat entri).
      Hehe.. sama lah kita. Suka makan. ^_^

      Delete
  7. Wow, sedapnya! Saya beli sepasang baju raya ja thn ni, recycle baju2 lama sbb bila dah x kerja ni mmg jarang pakai baju2 kurung tu. Bab tudung, kita serupa. :D

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea