Saturday, May 14, 2016

Progress projek kait

Pagi tadi, saya ikut workout di channel Lifetime (Li HD, channel 728). Blast belly fat workout. Ikut 50 minit je. Pengsan! Huii.. saya lebih suka lari dari buat cardio ler...! Mintak nyawa, mintak nyawa!

----------------------------------------

Projek granny square saya bergerak juga. Sikit-sikit.

Ni gambor dalam entri lepas yang saya ada update tentang projek ni.


Berikut pulak gambar progress saya, setakat semalam.


Semakin membesor... saiz terkini, 30 inci X 27 inci. 
Rasa macam nak buat projek baru. Tapi kalau saya start projek baru, takut projek yang ini jadi terbengkalai pulak. Ni la yang bosannya buat projek saiz besor ni. Harap kekuatan terus ada untuk saya siapkan. May the force be with me. Huuu...

Orait. Saya tak tau nak tulis apa lagi. Semoga hujung minggu kawan-kawan semua ceria, produktif dan bahagia bersama keluarga tersayang. 

Jumpa lagi ye... ^_^




14 comments:

  1. akk la tu..belum siap yang lama sudah mula yang baru..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. rasanya semua crocheters/knitters camtu kan. :D

      Delete
  2. wah! besarnya projek kali ni yati...nk buat apa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rajin, dia jadi alas atas sofa. Kalau malas, dia jadi alas meja kopi. Hehe..

      Delete
  3. Replies
    1. Mekasih, Lya. Harap akak dapat siapkan projek ni, sebab mood dah ke laut dah. Huhu..

      Delete
  4. Saya jarang ikut kt LI. Sbb xde ulangan. Lagi 1 saya suka senam berjemaah. Hihi..
    Cantik crochet tu yati.. semoga siap dengan cantiknya.. hehe..
    Selamat bercuti2 sekolah yati.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betul juga tu Zila. Senam berjemaah lagi meriah, dan tak de rasa nak berenti, lagi motivate kita adalah.
      Mekasih, Zila. Tu ler, tengah usaha ni, nak siapkan. Walau pun kadang sehari tak sampai satu square pun bole siap. Waaaa...
      Zila pun ya. Selamat bercoti, masih ada lagi cuti sekolah ni, tinggal sikit hari lagi. :)

      Delete
  5. sumpah cantik crochet tu...
    geram tengok!

    ReplyDelete
  6. 50 minit? Saya 15 minit dah semput. Suka buat walking je...hihihi... Bestnya buat granny square - tapi kena kuat hati, sebab slalu ada ja cabaran, benang abis, hilang minat, dll. Semoga berjaya yati! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe exercise mana-mana pun, ikut kemampuan masing-masing. :)
      Betul cakap Zurainny tu. Ni tengah cuba ler ni, nak habiskan juga. Mekasih, Zurainny.

      Delete
  7. ada hati juga nak belajar crochet ni . arwah bonda pandai buat tapi masa tu tak de hati nak belajar . byk juga yg arwah bonda pernah buat seperti alas meja tapi la ni dah x nampak bayang doh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la. Kalau ada minat, mesti boleh. :)

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea