Tuesday, May 03, 2016

Gambor makanan dan crochet bekas air

Misi ganti posa pun dah berakhir dengan jayanya, Alhamdulillah. 
Lepas tu, ada hari tak berapa sihat. Mood mengait pun ke laut. 
Hari tak sihat bagi seorang ibu bukannya ada mc, kan. Kena kuatkan badan dan buat keje macam biasa, jadi berikut hasil masakan saya, yang saya sempat ambik gambar. Hehe..
Selalu tunjuk gambor produk kait je, kali ni, kita jamu mata tengok makanan pulak.

Daging masak black pepper
Beli daging sepeket je kat tesco, pastu campak kentang yang digoreng dengan lada benggala hijau dan merah. Makan lauk tu je, dengan nasi. Mmmm... dap! 

Le' cucuq ladoq
Cucur ikan bilis adabi tu, saya suka modify sebab kalau goreng yang dalam 1 paket tu, tak puas makan kami anak beranak. Jadi, saya campur tepung gandum dan self raising flour, sebiiji telor, gula, dan siaplah... cucuq buat minum petang.

Karipap kosong, takde inti.
Satu hari cuti tu, saya buat projek karipap ni. Lama dah rasanya tak buat karipap. Hafizan suka makan karipap kosong. Dia, Sulaiman dan husband sekali tolong buat karipap. Gambor di atas menunjukkan variasi doh karipap tu, bermacam bentuk dia orang buat, trip ketiga yang digoreng, baru sempat ambik gambar. 

Karipap inti ayam dan kentang
Saya pakai minced chicken je, sebab tu yang ada dalam peti ais. Tak pernah buat karipap inti ayam. Selalu daging je. Boleh ler. Anak-anak bila karipap takde inti dia orang habis, karipap berinti ni pun dia makan. Kita makan berapa bijik je. Huuu... anak, anak. 

Nak kata tak mengait langsung tu, idok juga. Adalah buat projek untuk Sulaiman. Poket tepi beg sekolah dia dah koyak, jadi nak letak bekas air dia tu, bahaya ler jugak, boleh tercicior tercicir kang botol air tanpa sedor. Oleh itu, saya pun kait satu super quick bekas botol air. 


Tudia.. pakai benang daiso yang tebal tu, cepat siap. Hehe..

Sekian la cerita. 
Maajun kuat salasa! Lemah-lemah anggota badan ler.. harap kawan-kawan semua sihat dan sejahtera belaka..

Jumpa lagi... ^_^

https://yatiandstitch.blogspot.my/


8 comments:

  1. Seleranya tengok daging masak black pepper tu. :)) Favourite betul, kentang wedges tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka kentang wedges. Buat sendiri pun sedap kan, walaupun tak sama cam kfc tu. :D

      Delete
  2. Alhamdulillah.. lega kan dah abis byr hutang puasa.. hihihi... ;)
    rajin nya yati memasak.. kipidap.. :)
    musim panas ni kena jaga kesihatan extra sikit. rajin2 minum air masak ek.. take care yati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, lega rasanya. Rasanya tahun ni, azam nak ganti terus ler, takmo tunggu lama-lama untuk ganti posa lagi. Hehe..
      Rajin tak rajin, ada hari yati pi beli lauk tunjuk juga. Huhu..
      Thank you, Zila. :D

      Delete
  3. sedapnya daging masak blackpaper tu kak..

    waaa..cantek bekas air tu..kak, kalo order brape rm ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, Lya. Sekali sekala buat. :)
      Bekas botol air tu, kalau benang import RM35. Kalau benang local, RM25. Kalau nak, email kak Yati ialah yatistitch@gmail.com
      Hehe..

      Delete
  4. Tiap2 thn saya azam nak qadha puasa time syawal tapi last2, 2-3 minggu sblm Ramadhan jg baru selesai...:D Masi cuti2 lg ka Yati?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... takpe tahun ni kita cuba qada awal yek.
      Oh, dah balik rumah dah. Cuma jarang online, banyak layan drama bulan posa. Hehe...

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea