Saturday, April 16, 2016

Puasa dan progress granny square

Ok ke... template baru blog saya ni? Hehehe... template lama saya berubah warna, dulu sidebar kedua-dua belah color hijau, tetiba jadi putih, dah expired gamaknya template header burung tu. Errr.. template pun boleh expired ke? Itu lah sebabnya, saya tukor yang baru la pulak. Lagi pun, rasanya dah bertahun-tahun saya tak tukor template. Kemas-kemas apa yang patut. ^_^

Ate, apa citer? Misi ganti posa ler. Tapi, saya posa ari Isnin ngan Khamis je. Ingat kan, sempat la abiskan hutang. Tup tup itu bendera sudah naik, to be continued la pulak. Tinggal 1 ari je lagi.. ha... posa lone ranger ni mencabor sungguh yek. Menahan diri tengok orang lain makan. Lagi-lagi cuaca yang panas. 


Gambar di atas menunjukkan menu sahur pada satu hari. Nasi, kicap, sambal tumis ikan bilis, telor mata dan ikan masin. Walaupun nasi semalamnya kehabisan, pukul 4 pagi kena masak nasi juga buat bersahur, untuk kekal bertenaga sepanjang posa. Jenis kena makan nasik juga.

Tolak hari Isnin dan Khamis, hari lain kadang tak sempat nak beriadah. Anak yang sekolah petang ada aktiviti waktu pagi, jadi kena standby antor dan ambik. Kalau pi joging, berkejor-kejor pula. Jadi, elok dok rumah saja. 

Tapi bila ada kesempatan, saya coba pi lari juga.


Alang-alang lari, bior basah lenjun. 

Dari segi aktiviti mengait, tidak lah begitu membanggakan progress saya. Berikut progress projek granny square...


Saiz terkini baru mencecah lebih kurang 23 inci X 23 inci. Tak cukup gi nak jadi alas meja pun. Slow-slow kayuh.

Selamat berposa pada kawan-kawan yang berposa. 
Jaga diri dan keluarga di musim panas ini. 
Jumpa lagi ye. ^_^

http://yatiandstitch.blogspot.my/


12 comments:

  1. Hermmmm masa sahur, memang tula menu wajib saya. Nasi telur mata n kicap. Selera baq ang ! Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu tu ka.. betoi, betoi, betoi..! :D

      Delete
  2. saya suke blog template macam ni ...comel sgt nih

    ReplyDelete
  3. wah cantiknya granny square tu...x sabar nak tunggu siap sepenuhnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih. Itu la, masih dalam usaha nak siapkan projek granny square tu. Tapi progress macam siput. Huuu...

      Delete
  4. Template ni cantik.. cuma setting blog ni blom set utk henpon ye?. Sbb berkali2 td klik baru dpt baca entry.
    Lawo hasil knitting tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke.. saya dah set dah, custom untuk mobile.
      Tima kasih. Tengah usaha nak siapkan projek crochet tu.

      Delete
  5. sekarang rmai ambk kesempatan puasa sunat rejab n trs puasa ganti.. lya dh settle lps raya dlu.. skali puasa 6...

    hehe.. xpekak..pelan2 kayuh..lama2 siap la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..akak pun ingat tahun ni nak posa ganti dengan posa 6 la. Insya-Allah.
      :)

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea