Saturday, March 19, 2016

Topi knit hijau cotton

Kebetulan pula, termasuk yang ini, ada 3 dah topi hijau yang saya knitted. Benang ada macam-macam color, tapi yang saya pilih, color hijau jugak. Hmmm... [garu kepala].

Hasil dari tempahan customer, saya jadi teruja nak try kait topi guna double pointed needles (DPNs) dari mula. Ni lah julung-julung kalinya saya cuba buat. Sebelum ni, saya guna jarum circular dari mula, dan bertukar ke DPNs bila sampai bahagian atas topi. Jom kita tengok...


Saya guna benang Passionknit Vintage Breeze Kiki 100% cotton, yang dibeli kat Spotlight Ampang Point. Antara sebab saya knit topi cotton ni juga, sebab niat nak join projek amal kelolaan kawan kait, Precious Craft by Zurainny, tapi hajat tak kesampaian, sebab saya knit slow, masa suntuk, sebab masa tu dok sibuk settle tempahan customer. Saya kait dulu topi ni, mana tahu next time kalau ada lagi projek amal, topi ready dah ada. 


Ni masa mula start knit topi. Camtu la ropanya. Segitiga. 


Ni masa dah mula panjang sikit topi tu. Saya rasa, macam lebih kemas pulak stitches kita, knit guna DPNs ni, banding guna circular needles. Huuu.. perasan.


Camnilah ropanya bila topi dah semakin panjang. Benang ni pun buat topi jadi lain kot, sebab kalau guna benang akrilik, mesti dah bergulung dah bahagian permulaan topi tu. 


Dah siap! Muat ni, saiz lelaki dewasa. Dia agak stretchy juga. 

Pandangan sisi
Berjaya dah, cobaan saya knit topi guna DPNs sepenuhnya. Saya suka, dengan hasilnya, dan masa proses knitting tu pun, lagi senang.

Ok. Lusa dah sekolah. Huhu... cepatnya masa berlalu bila cuti sekolah ni. Waaaa....

Jumpa lagi ye..

http://yatiandstitch.blogspot.my/


13 comments:

  1. wahh kagum dgn org pandai mengait..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. kembang lobang idung saya. Cik Seraa Rose pun boleh buat juga, kalau ada minat. :)

      Delete
  2. Memang teliti dengan tutorial utk membuat topi knit hijau cotton nie. I rasa nak cuba utk jahit satu utk anak I skrg.

    ReplyDelete
  3. Mmg terel sgt k.yati ni.anis yg tali air pn xpaham2 lg konsep.tihtih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. akak pun tak paham crochet dalam melayu ni, Anis. Sangat lain dia punya istilah. Kalau Anis minat, boleh tengok youtube, crochet tutorial for beginner, lagi senang akak rasa. :D

      Delete
  4. Mmg terel sgt k.yati ni.anis yg tali air pn xpaham2 lg konsep.tihtih!

    ReplyDelete
  5. wah....mmg best a yati.terror...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terror tu idok ler, kak Suzie. Baru memcoba juga. Dari segi speed, masih gear siput gitu. :D

      Delete
  6. menarik..untung nya ada bakat macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ler, buat cari rezeki sampingan dari rumah. Alhamdulillah...

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea