Saturday, March 12, 2016

Knit topi ada butang dan nama

Kesinambungan dari entri sebelum ni, yakni di sini.


Bila sudah draf nama atas kertas, mula la kait. Pada mulanya, dalam gambar di atas, saya nak cuba method duplicate stitch, iaitu sulam atas knit stitches. Tapi, kalau ikut cara ni, besor satu huruf tu boleh sampai ke bahagian atas topi. Huu.. tak sesuai...

Jadi, saya pun mulakan projek baru, dan *fair-isle terus nama semasa knit topi. Topi yang dah siap tanpa nama ni, saya dah masukkan kat kedai.

*Fair Isle is a traditional knitting technique used to create patterns with multiple colours.

Ikut je draf huruf yang telah dibuat. 



Gambar di atas masa saya dah sampai bahagian atas topi. 




Dah pun siap... lega..




Begitulah hasil kait saya, topi dengan butang dan ada nama. 

Sudah pun pos pada customer. Semoga customer berpuas hati.

Cuti sekolah ni. Seronok la pada yang pi holiday atau balik kampung. Kami dok kat rumah je. 
Pagi tadi saya menebas. Rumput dah tumbuh macam hutan. Penat mokcik. 

Baiklah, pada yang nak pi mana-mana, be safe. Selamat bercuti sekolah pada anak-anak. ^_^

http://yatiandstitch.blogspot.my/


6 comments:

  1. wah tempahan baru ekk yati.
    terbaik la.
    moga bisnes yati terus maju tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Aida.
      Aminn.. mekasih, Aida.

      Delete
  2. cantik warna hijau tu.. I like.. hihihi..

    cuti seminggu rasa nak rehat je kan yati.. rehat iron baju.. hihihi... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..
      haa.. betul tu Zila. Malangnya cuti pun dah nak berakhir. Cepat, kan..

      Delete
  3. akak pun kat rumah je...tapi wafi sofiya sklh juga sampai selasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sian anak-anak yang sekolah time cuti. Cikgu pun kesian juga.

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea