Wednesday, March 23, 2016

Baju Kurung Moden Terkini



Sejak akhir-akhir ini, kita dapat lihat trend fesyen Muslimah semakin popular. Ini pastinya kerana, atas usaha penggiat fesyen tempatan yang bersungguh-sungguh cuba memperkenalkan trend baju Muslimah ke peringkat antarabangsa. Hasil daripada usaha tersebut telah membuahkan hasil yang cukup baik dan positif. Kita dapat lihat fesyen Muslimah berkembang maju dan diterima ramai di peringkat global.

Di Malaysia, trend dress Muslimah sebenarnya sudah lama sebati dalam kalangan pembeli. Namun jika hendak dibandingkan dengan dahulu, kini lebih banyak pilihan boleh dilihat dalam pasaran. Seiring dengan trend fesyen semasa, kita boleh mendapatkan baju kurung moden dengan rekaan yang lebih stylish. Selain daripada itu, jenis-jenis pakaian tradisional lain masih popular contohnya baju kurung, baju kebaya, jubah dan kaftan. Namun baju kurung masih dan dilihat akan terus menjadi pilihan utama dalam kalangan pencinta fesyen.



Setiap negara mempunyai jenis pakaian tradisional tersendiri dan tidak ketinggalan buat Malaysia. Namun kerana negara kita ini adalah negara yang berbilang kaum, kita dapat lihat lebih daripada satu jenis traditional wear yang ada. Namun pakaian tradisional Melayu adalah antara yang paling disukai dan mudah didapati. Hampir di mana-mana sahaja kita boleh mendapatkan baju kurung.

Apakah yang membuatkannya begitu popular di kalangan rakyat Malaysia? Antara faktornya adalah kerana, baju kurung sangat selesa untuk digayakan dalam apa jua keadaan dan ke mana jua kita mahu pergi lagi-lagi jika kita pakai baju kurung cotton yang diperbuat daripada kapas. Selain mencerminkan budaya Melayu yang penuh adab sopan, memakai baju ini akan membuatkan kita kelihatan lebih ayu dan manis. Bukan sahaja boleh dipakai ke majlis-majlis formal dan istimewa, malah ianya begitu sempurna untuk dipakai walau ke pejabat sekalipun.



Bagi Yati sendiri, sebagai surirumah, walaupun jarang mengenakan baju kurung, Yati lebih suka beli yang ready-made banding tempah di tailor. Memang dah lama tak tempah. Bila bulan puasa, atau hari biasa pun, senang je kalau nak beli baju kurung yang dah siap.


Terdapat banyak butik Muslimah online Malaysia di luar sana serta butik fesyen online yang menampilkan pelbagai koleksi baju kurung moden terkini dengan pilihan yang hebat. Jadi, apa tunggu lagi? Jom dapatkan baju kurung murah terkini secara online kerana ianya lebih mudah!

8 comments:

  1. sekarang fesyen muslimah ni win betul... kalau betul2 nak ikut trend memang penuh ler lemari.
    Akak lebih suka sederhana jer, tak suka nak menonjol sgt walaupun masih lg dlm kategori menutup aurat, bimbang tabarruj kan

    Kalau tshirt muslimah banyaknya beli, tapi baju kurung akak memang jahit sendiri jer... puashati. Lately ni suka dgn fesyen jubbah jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul, betul.
      Untung kak Mila boleh jahit sendiri baju kurung. :)

      Delete
  2. haishh....org sihat mcm sy boleh tengok ajer lah..pakai karang jadi sarung cempedak plak...ekekke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. dia ada saiz. Saya pun bukan saiz S dan M. Saya tengok kat Zalora tu, certain baju ada dari saiz XS ke XXL.

      Delete
  3. Mcm2 fesyen baju raya skrg ni, kan Yati - harga pun blh tahan jg. Akak & doter2 cuma beli kat Zalora ja, kalau tempah lagi mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah betul tu, kak Zurainny, macam-macam fesyen baju raya sekarang ni.
      Setuju, kalau tempah lagi mahal dari yang ready-made. :)

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea