Saturday, February 27, 2016

santau?

Kalau boleh saya tak nak cerita benda yang tak elok kat blog ni. Tapi benda realiti. Lagi pun, sementara benda masih segar di ingatan, baik saya tulis.

Semalam lepas beli barang, dok minum sat kat mamak ngan suami. Sedap menghirup air limau panas, ada bunyi kaca pecah, selang beberapa meja. Saat tu, kaca melayang. Ada yang sampai ke kaki saya. Mata saya pada ketika itu pada air saya, cuma dapat cerita dari sudut ekor mata. Ingat ke, ada keta langgor pagar rel mamak ni, kena headlight keta, pecah ke. Tapi gelas minuman yang pecah. Pecahnya bukan pecah sopan, tapi pecah meletup. Burst. Meja yang ada gelas meletup tu ada 2 orang pompuan. Sorang dok lap-lap ngan tisu tangan dia yang basah. Sorang lagi macam tercengang sambil tangan pegang handphone. Chinese couple tak jauh dari meja situ pun tengok juga. Semua mata tengok meja tu. Semua muka pelik.Theme 'Twilight Zone' bermain-main dalam kepala saya.

Cepat-cepat 3-4 orang mamak datang ke meja tu, sorang bawak kain buruk lap, sorang bawak mop, sorang bawak penyapu dan penyodok, sorang lagi suruh customer pompuan 2 orang tu pindah meja lain, sebab dia orang nak cuci, banyak kaca kecik-kecik kat situ, atas meja, atas lantai. Pompuan yang pegang handphone tu cakap sikit dengan mamak tu, dan blah dari situ. Tak bayor. Kawan dia pergi basuh tangan kak sinki, dan blah juga. 

Pertama kali tengok benda berlaku depan mata. 

Seseorang pernah cakap, jangan makan kat Pantai Remis. Tapi kejadian di atas berlaku di Manjung ye. Bila nak pi Taiping dari Lumut, lalu jalan Pantai Remis. Orang yang pesan tu, dok kat Pantai Remis. Dia sendiri tak makan luor. Makan kat rumah je. 

Seseorang pernah cakap, tuan punya ilmu tu kena lepas juga, setahun sekali. Kalau tak, ilmu makan tuan.

Saat kecanggihan teknologi ni, masih ada benda ni. 
Semoga kita semua dilindungi dari benda-benda tak baik ni. Mintak jauh dari kita, keluarga kita dan kawan-kawan kita. 

Wallahualam...


7 comments:

  1. Yer ada lagi cerita mensyirik kan Allah . Kawan akak pun ada mengadu juga pasal syirikkan Allah ni .Semoga orang yang amalkan tu bertaubat dah diberi petunjuk kan yati .

    ReplyDelete
  2. uish... menakutkan.. semoga Allah lindungi kita semua dari ilmu sesat ni semua.. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, takut kan.. lagi2 kalau orang takde kena mengena yang jadi mangsa.

      Delete
  3. btul tu kak..perkara2 mcm ni msh wujud dlm dunia teknologi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik kan, kadang-kadang bila pikir.

      Delete
  4. ada orang cerita pada saya , perkara sebegitu sering berlaku di perak ... saya pernah lalui perkara itu di kampung . sedang makan malam , tetiba gelas di depan saya pecah ... saya positifkan diri je bhw gelas tu alami tekanan dan sampai masa nak berderai ... ermmm .

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea