Saturday, February 20, 2016

Crocheted Beg Gemuk

Lebih kurang 3 tahun kot, last sekali yati kait beg gemuk ni. Dah lupa dah pattern dia, dan camana jahit lining dia. Refer balik nota lama. 

Beg gemuk atau fat bag ni adalah tempahan customer. Jom kita tengok.


Gambar kat atas masa nak jahit lining. Beg ni bila dah siap kait, dia tak flat, bentuk dia macam mangkuk. Kena jahit lining dia dulu, baru boleh kait handle bag tu. Nampak tak fat bag yang Yati gantung kat gambor kat atas? Tu cubaan pertama buat, tapi saiz dia kecik, tak muat letak tupperware square, tupperware bulat yang kecik tu je yang muat. Tapi customer nak buat beg ni sebagai letak lunchbox anaknya ke sekolah. Jadi, ni cubaan kedua. Yang uniknya bag gemuk ni tu ler, kita buat lining dulu, baru buat handle. Kalau beg pattern lain, kita boleh test dulu. Kalau tak muat, kita boleh tambah je stitches bahagian body beg. 


Ni benang yang Yati guna. Purple dan pink, warna pilihan customer. Bila kita amik punca benang dari tengah, camtu la rupanya, benang tu berlobang kat tengah. Tapi benang tu dok diam, tak golek sana-sini, jadi sekarang sudah suka ambik punca benang dari tengah buku benang.


Yeh.. dah siap beg gemuk. Meh kita test tengok...


Yeh... muat letak tupperware square saiz standard. 


Selamat dah bag ni sampai ke customer. Alhamdulillah, customer share gambor anaknya happy terima beg. Yati lagi lah happy berdouble-double bila customer suka. ^_^
Thank you, sudi order beg dari Yati ni. 

----------------------------------------------

Yati nak share beberapa gambor matahari naik, yang Yati sempat ambik masa pi berjalan exercise. Lokasi di Lumut Esplanade. Aman damai sini. 



Rasa lebih waras dan happy bila dapat jalan atau joging. Tapi ada hari rasa malas giler! Tu ler, kena lawan rasa malas tu kan.

Tu je untuk kali ni. Kita jumpa lagi ye.
^_^

http://yatiandstitch.blogspot.my/


4 comments:

  1. kain oren bear tu saya pun ada yati... hihihi... ;)

    menarik gak bag lunch box yati ni.. beg gemuk ni multipurpose kan.. macam2 boleh masuk dalam tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. ye ke Zila.. taste kita sama ler tu.. :D
      Ha ah, sebab dia bulat dan gemuk, boleh muat macam-macam.

      Delete
  2. cantikkkk!!!

    view tu nampak tenang n cantik sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Lya.
      Ye.. indah alam ciptaan Tuhan, cuma kadang-kadang kita lupa nak stop pandang, sibuk manjang kan..

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea