Sunday, January 24, 2016

Pencil case lagi...

Kesinambungan tak puas hati hari tu, pasal knitted pencil case yang berzip. Saya pun buat la pencil case lagi. Projek jahit. Akhirnya saya baru tahu macamana nak guna tapak zip untuk mesin jahit tu dengan betul. Hehe.. apedaaa... 


Yeh.. saya sangat suka. Patutla tapak zip tu dibuat sedemikian rupa. Supaya kita boleh jahit dekat dengan zip tu. Saya juga rasa saya ada idea camana nak aplikasikan untuk projek kait lain kali yang ada guna zip. 


Itu la dia, saya budak baru belajor. Disebabkan suka dengan hasil pencil case ni, yang saya rasa kemas banding yang pernah saya hasilkan dolu-dolu, saya pun buat la lagi...


Suka, suka... ^_^

Ok, cerita lain pulak. Ada satu tempat sarapan sini, letaknya di Kampung Sitiawan. Tempat makan roti canai, nasi lemak, minum kopi, sambil tengok matahari naik. Tenang je datang sini. Tengok nelayan balik dari laut, pergi ke laut...



Kalau kami pi sini, lepas hantar anak pi sekolah la. Kalau hari minggu, ramai, susah cari tempat duduk, sebab penuh. Hari kerja, kalau awal pagi camni tak ramai. 

Cantik ye.. tengok sunrise. 

Ok la.. sehingga kita jumpa lagi... selamat ye semua...

http://yatiandstitch.blogspot.my/


7 comments:

  1. Yati.. comel pencil case tu.. saya ni lama dah x menjahit zip.. lupa dah cemaner.. hehe.. ;)

    Macam x pernah sampai sitiawan.. cantik pemandangan situ.. Subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. mekasih, Zila. :D
      Zila lagi la pandai jahit banding yati. Mesti lagi kemas jahit zip.
      Tempat ni, dalam kawasan kampung kat Sitiawan. Orang luar ramai tak tahu. Tapi memang cantik.

      Delete
  2. Yati.. comel pencil case tu.. saya ni lama dah x menjahit zip.. lupa dah cemaner.. hehe.. ;)

    Macam x pernah sampai sitiawan.. cantik pemandangan situ.. Subhanallah...

    ReplyDelete
  3. pencil castu , boleh guna kedua2 belah ya . mcm cantik juga cover dalam tu ... bkn mudah nak dpt tgk matahari naik ... nice .

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, tak la. Dia bukan reversible case. Cuma lining bahagian dalam, guna kain cotton juga. Bagi dia tebal sikit. :)

      Delete
  4. bagus ...dah pandai jahit zip.akak x lepas nak jahit zip sorok ...bkn x boleh tapi x cantik....lama juga x buat pencil case..
    best a sambil mkn tgk sunrise...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, kak Suzie.
      Zip sorok yati belum coba lagi. Banyak guna untuk buat baju, kan.

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea