Saturday, January 16, 2016

Knitted pencil case

Mula-mula, susah bagi saya. Saya letih. Maksud saya, bila start sekolah ni. Barulah saya sedor kenapa ada ibubapa yang pilih bas untuk hantar dan ambik anak sekolah. Sebab letih sebenornya kerja mengambil dan menghantar anak sekolah ni. Kalau 1 sesi mungkin ok sikit, tapi kalau 2 sesi, letih mak. Ada hari depa keluor awal, kena hantor yang besor awal, supaya kecik tak menunggu lama. Pengajaran pertama: (Saya bercakap dari sudut housewife, bagi ibu bekerja, lain cerita)

1) It's ok untuk outsource korje hantor dan ambik anak sekolah. Ye, kena bayor lebih, tapi jimat tenaga dan tenaga yang dijimatkan itu boleh guna untuk benda lain seperti masak dan mengemas. Tenaga = energy, yakni benda paling berharga untuk kita jalankan tanggungjawap kita. Timing juga sangat penting. 

Break the record. Ye, minggu pertama dah hilangkan buku teks. Adoi, bertuah punya anak. Dia kata ada orang amik, sebab hilang sekelip mata atas meja. Tanya kawan sekeliling, sorang pun tak ngaku nampak buku dia. Puas kami ke semua kedai buku mencari buku teks yang hilang untuk gantikan. Tapi, gagal, takde dijual. Yang ada jual pun, bulan 3 baru stok baru mungkin sampai. Tiada jalan lain, jumpa cikgu kelas. Jumpa cikgu spbt. Malu mak nak, cikgu gelak, 3 hari sekolah buku teks dah hilang. tarappa.... anak nak belajor, kena hilangkan rasa malu. Mula-mula kena ganti buku baru. Tapi bila dah story kami dah cari dan tak jumpa, boleh bayor dan dapat buku baru. Lega, bayor dan isi borang buku. Penting buku, susah hati kalau takde, macamana anak nak belajor. Bila dah dapat buku teks baru, aik... ada kawan pulang balik, kata dia tak tau camana buku anak boleh ada pada dia. Terambik kot. Adoiiii.... bertuah betul. Pulang balik buku yang baru terima. Cikgu bagi balik duit.  Pengajaran kedua.

2) Tulis nama guna pen di senarai peminjam skim pinjaman buku teks. Selalunya ada di page paling belakang. Balut buku. Dan tulis nama guna marker atas plastik pembalut atau tampal sticker nama atau sebagainya. Kita bukan conteng buku, kita tulis nama je atas plastik balut buku, cikgu tak marah punya. 

Sorang lagi tak dapat buku. Dia tak tau buku tu dia belum dapat. Macamana nak tahu, sebab yang susun buku dia adalah saya. Pengajaran ketiga.

3) Kalau anak dah masuk tahap 2 tu, tak yah la tolong dia susun buku ikut jadual. Bior la dia buat sendiri. Bior la dia buat kerja lambat dari lepas zohor sampai nak maghrib. Asalkan dia susun sendiri dan kenal buku-buku dia. Mana yang ada, mana buku kerja yang cikgu belum bagi, dia tahu, kalau dia buat sendiri. 

Gitulah kaedahnya. Setengah benda kita buat sebab kita sayang anak, kesian anak. Tapi sebenornya benda tu kita tak perlu buat pun, supaya dia belajor berdikari. Buat sendiri. 

Fuh.... sekian maklumat terkini hiburan sensasi, mari kita cerita tentang hasil kraftangan pulak.

Projek knitting, yakni kait 2 jarum. Mood back to school, jadi saya pun buat la pencil case. 


Lega sikit dapat mengait. Satu terapi. Satu masa untuk diri sendiri. Walaupun ada kala bawa dalam kereta, sambil menunggu anak habis sekolah.

Bila dah panjang sikit

Masa menjahit lining. Saya jahit tangan je untuk lekat pada knitted pieces. Tapi kain lining tu, saya jahit mesin.


Sudah siap. Knitted pencil case. Saya masukkan dalam kedai dah.


Macam tak berapa lawa pulak bila tutup zip. Rasa macam kena jahit lebih rapat kot dengan zip. Saya bior jarak sebab takut sangkut knitted pieces tu bila buka/tutup zip. Takpe, lain kali boleh coba tengok camne, kalau jahit lebih rapat dengan zip tu, dia sangkut tak, atau nampak lebih cantik tak. 

Sekian cerita saya. Bukan ada anak masuk tahun 1 pun. Tapi kelam kabut juga. Tapi sekarang dah ok. Dah boleh adjust timetable dalam kepala. Pengurusan masa, dan take it easy. Niat buat kerana Allah, dan semoga Allah lindungi anak-anak kita di sekolah serta memudahkan mereka menuntut ilmu. Insya-Allah...

Jumpa lagi ye, take care... ^_^

http://yatiandstitch.blogspot.my/


12 comments:

  1. Cantiknya...orang tangan berseni ni macam2 boleh buat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih..
      Nik Azidah pun boleh buat juga, kalau ada minat. :)

      Delete
  2. busy ya anak-anak semua dah sekolah.. saya memang tak tolong anak-anak susun buku.. saya biar je dioarg susun.. kadang-kadang tolong cek bila tgk beg mcm berat sangat.. itu tanda diorang bawak semua buku sebab malas fikir nak susun.. hehe..

    cantik knitted pencil case tu.. :) pasal zip tu tak leh komen..sbb sendiri pun belum Berjaya jahit lining crochet.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan busy juga la, Zila. Penuh waktu, tak sempat nak lepak atas katil. Hehehe..
      Bagus Zila, bior anak berdikari, susun buku sendiri.
      Mekasih... Hehehe.. ye la Zila, kena jahit rapat knitted atau crocheted pieces kita dengan zip, baru dia nampak kemas. Confirm.. ^_^

      Delete
  3. nice pencil case ... teringatlak my anak buah yg diarahkan mamanya utk jahit sendiri lencana dan nama pada tudung . mlm sebelum sekolah buka , my kakak pi cek , mak aai , mau pengsan . dah la kedudukan x betul , stail jahitan suka suki pastu warna benang menjolok mata . tak memasal my kakak sengkang mata sampai kul 3 pagi membetulkannya ... heheheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih...
      laaa.. ye ke.. sian kakak.. patut ajar contoh jahit 1 kot, baru dia tahu camne. Tapi budak-budak kan.. :)

      Delete
  4. Rajin sungguh yati ni..
    Betul tu yati.. letih sebenarnya ulang alik ambil anak.. tapi nak jimat sikit kos .. kenalah dayakan jugakan..

    p/s akak ni Hypertiroid yati.. tu yg selalu letih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul.. udah tanggungjawap kita kan.. letih pun, kena kuatkan diri juga..
      Eh, sama la kita. Kak Yati on medication ke sekarang ni? Yati masih lagi 4 biji carbimazole 1 hari.

      Delete
  5. letih x tahu nak kabo kan...hehhe
    thn ni anak akak 5 sklh...wafi pt3 so blk lambat...tapi puas hati, husband akak kata biarlah penat sikit...sikit lagi dah nak besar...hehhe yg sikit tu rasa penat tu...hahah
    lawo...tgk kat fb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. betul, kak Suzie..
      Hehehe.. kak Suzie lagi la ramai dari yati.. semoga kita terus kuat jadi driver anak-anak ni.
      mekasih, kak..

      Delete
  6. Salam Yati, apa khabar? Baca cerita Yati, Yus senyum sendiri... Yalah dari dulu memang kerja yus keluar masuk ambik anak balik sekolah, lagi skrg ada yang sekolah menengah, dua sekolah rendah, 1 tadika, mmg waktu balik berbeza, campur sekolah agama lagi. Tapi kuatkan semangat je buat semua.... Apa pun enjoy....

    p/s: Ingat yus lagi kan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sihat. Yus pekabo? Ingat la.. dulu Yus pernah bagi yati award blog. Hehehe...
      Huhu.. Yus lagi ramai kan.. betul, betul.. kuatkan semangat, chaiyok untuk kita semua.. ^_^

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea