Monday, November 21, 2016

October run dan bantal knit

Mula-mula, saya nak update jumlah run saya untuk bulan Oktober.

Keratan email dari Endomondo app

Alhamdulillah, bulan lepas saya cuba kalau saya pergi sendiri, paling kurang 5 km sehari. Tapi kalau dengan husband, lebih banyak pok pek pok pek ngan dia sambil jalan, bukan lari pun. Hehe...

Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Ikut perancangan, saya operate tiroid akhir bulan ni, tapi ditunda ke bulan depan. Allah Maha Mengetahui, mungkin Dia nak bagi body saya recover lebih lama lagi, sebab minggu lepas saya minor oral surgery, cabut gigi geraham bongsu. Ni memang tak plan, tiba-tiba dia sakit gigi pulak dah, gigi tu tumbuh senget. Jadi, memang kena cabut. Masa saya taip entry ni, dagu saya masih kebas sikit-sikit tau, sebab dentist cakap, dah nampak saraf dah masa korek gusi, keluarkan gigi paling belakang tu. Itu la dianya, kalau tidak, saya kena jalani 2 operation bulan ni, satu minor, satu major. Tapi Tuhan itu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, kan. Bersyukur saya sangat-sangat. 

Bantal yang saya kait dah pun siap. 


Gambar di atas adalah masa saya jahit invisible seam untuk mencantumkan 2 sisi bantal.


Tadaaa! Dah siap! Bantal kat dalam pun saya buat juga, habis dah fiber kat rumah ni. Tak sia-sia beli fiber sebundut, habis terus. Kena beli stok baru, Insya-Allah. 


Bahagian atas bantal saya letak butang banyak-banyak, sebagai penutup. Boleh je basuh sarung bantal kait ni, kalau kotor. Handwash je. 


Ni bahagian belakang bantal, sebab kakak saya punya peberet color biru, saya kait guna tone benang biru yang ada. Gemuk la pulak dari belakang. Baru best peluk. Hehe...


Dah ada 2 bantal motivasi lari. Belakang yang color hijau tu, saya punya. Depan, untuk kakak tengah saya. Nampak bezanya tak? Yang depan saya guna 1 helai benang, manakala yang belakang saya kait 2 benang sekaligus, jadi stitches belakang lebih besar, manakala yang depan lebih halus. Guna 1 benang je, berjanggut juga nak siap. ^_^

Hujung minggu ni alam ria cuti sekolah bermula! Yippieee...!!! Suka, suka! Selamat bercuti pada kawan-kawan yang nak pergi holiday tu. Take care, dan be safe. 


http://yatiandstitch.blogspot.my/


Tuesday, November 01, 2016

Wip Knitting

Sudah pun masuk bulan November. Bulan terakhir sekolah untuk tahun ini.Yay!
Bab cuti memang suka. ^_^
Saya tidak berapa produktif sangat sejak kebelakangan ini. 

Work in progress saya sekarang ini adalah projek kait dua jarum, bantal lari untuk kakak saya. 


Saya ada buat satu bantal motivasi lari untuk diri sendiri, yang saya ada cerita di entri ini. Bila saya tunjuk di instagram saya, dia pun berkenan juga, dan dia minta satu. 

Sepatutnya, lebih banyak hasil yang sudah siap, tapi saya ada buat silap, jadi saya buka semula hasil kaitan saya dan saya mula semula dari awal. Pengajaran di sini ialah, sila jangan mengait di waktu anda mengantuk. Seperti kata pepatah Don't Drink and Drive, bila jarum kait anda salah masuk tempat, tiada jalan untuk kembali. 

Adakah anda berasa pelik dengan cara penulisan saya? Ini adalah kerana saya menulis guna perkataan lengkap, seperti di dalam karangan sekolah. Hehe..


Gambar di atas menunjukkan perkembangan terbaru hasil saya mengait. Saya berharap agar saya dapat siapkan bantal motivasi ini secepat mungkin, kerana saya sudah tidak sabar untuk memulakan projek yang sudah lama saya tidak buat, iaitu jahit silang pangkah. ^_^

Bulan ini adalah bulan yang menakutkan bagi saya. Setelah 13 tahun saya mengalami masalah tiroid, kemuncaknya ialah, saya bakal menjalani pembedahan pembuangan kedua kalenjar tiroid saya pada penghujung bulan ini, Insya-Allah. Tarikh-tarikh penting sudah pun diatur lebih awal, dan saya berharap agar semuanya berjalan lancar. Tolong doakan saya, ya. 

Saya doakan kawan-kawan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia selalu. Sila jangan berdukacita di saat harga minyak kereta dan minyak masak naik. Setiap yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. 

http://yatiandstitch.blogspot.my/

Looking for #Quotes, Life #Quote, Love Quotes, Quotes about Relationships, and Best #Life Quotes here. Visit http://curiano.com "Curiano Quotes Life"!:

Wednesday, October 05, 2016

Kisah Dua Sahabat






Hehehe.. saje, saka rajin edit gambar datang, kita pun buat la. Turut serta sebagai pelakon extra di atas adalah kucing kami, sekor nama Ketot, sekor lagi Segitiga, juga Hafizan, putera kedua saya.

Baiklah, jumpa lagi semua... ^_^

Friday, September 30, 2016

Amigurumi Pikachu

Pikachu ni comei kan.. Pika pika.. sekarang orang gila main Pokemon Go. Dulu, tahun 2000 ke 2001, masa tu saya belajar lagi, hari apa ntah dah lupa, ntv7 ada tunjuk kartun Pokemon. Saya selalu tengok. Hehe.. lagi hari sabtu, ada Doremon, pastu Shinchan. Sekarang sekali sekala je tengok, tu pun bila anak tengah tengok.

Banyak-banyak amigurumi saya pernah buat, inilah yang paling susah nak buat. Mari kita tengok...


Mula-mula siapkan badan, telinga, kaki, tangan, ekor dan pipi. Sepasang semuanya, kecuali badan. Ambil masa. Saya buat on and off. Bila settle kerja rumah baru dapat mengait. Kadang satu hari, kaki sebelah pun tak siap. 


Gambar di atas masa saya berjaya cantum semua bahagian kecuali ekor je belum, dan berjaya buat dia berdiri. Camana lah dia nak berdiri, kaki dia tu kecik kat bawah badan dia yang gemuk tu. Saya dah jahit sebenarnya, pastu saya test dirikan dia. Asyik nak jatuh tak ke depan, ke belakang. Saya buka balik, dan adjust position kaki ke belakang sikit, baru dia boleh berdiri sendiri. 

Mata merah-merah buat menatang ni. Cepat mengantuk. Faktor usia mungkin. Dan kurang nampak. Saya kena jauhkan kerja saya dari mata, baru nampak clear. Bila makan nasi pun camtu jugak, nasi dalam pinggan nampak blur je. Benda dekat kabur, benda jauh takde masalah. Macam nak kena check mata je, kan.. huhu... ok, sambung balik citer kait...


Gambar di atas masa saya jahit belang kat belakang badan si Pikachu ni. Ada meja kecik dalam bilik jahit saya. Meja ni la Hafizan selalu duduk buat homework sambil saya mengait atau buat kerja online. ^_^


Haa.. ni la dia, bahagian paling susah. Ekor dia, kena letak wayar. Bagi menegak keras gitu. Kan si Pikachu ni power dia, keluar elektrik kan. Jadi, bahagian ekor tu tak boleh le lembik. Saya kepit wayar di dalam, dan cantum 2 bahagian ekor tu. Pastu satu lagi, masa jahit cantum kat badan dia, kena selalu test, sama ada dia masih boleh berdiri ke tak. Saya adjust je ekor dia tu. Kalau saya buat memanjang je, dia macam berat ke belakang. Jadi, saya jahit menegak je ekor dia.


Masa buat bahagian muka, kena google, tengok muka dia camana. Mata dan hidung dia, saya lekat kain felt guna gam UHU. Pastu saya jahit pulak, bagi secure.


Mulut dia pulak saya jahit je, guna benang hitam. Macam tak lawa je kan. Itu pun saya buka balik masa first saya jahit tu. Lagi lah tak jadi. 


Akhirnya, siap juga. Hehe.. Suka benda comei macam ni. Hari tu masa tengok Star Wars, rasa macam nak buat BB8. Tapi tak terbuat lagi. 

Dah pun hujung bulan September. Cepat betul masa tu berjalan. 
Semoga kawan-kawan sekalian sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu. 
Jumpa lagi ye... ^_^

http://yatiandstitch.blogspot.my/

Monday, September 19, 2016

Bantal motivasi dan hasil larian Julai dan Ogos

Seronok betul bermalas-malasan masa cuti sekolah. Kalaulah hari-hari cuti sekolah. Hehe.. tapi hari ni dah start semula rutin kerja macam biasa. Oleh itu, marilah kita bekerja sekuatnya... 

Sepanjang blog ini senyap tanpa update, saya ada kait bantal. Projek knitting. Guna straight needles saja. Guna baki benang projek lepas-lepas yang masih ada. Mengait ikut sesedap rasa.

Saya draft dulu tulisan dan gambar yang saya nak kait.


Bantal motivasi untuk diri sendiri. Tak berapa puas hati part gambar orang. Saya tarik kuat sangat masa mengait tu, jadi tak berapa nak lawa rupa orang perempuan tengah berlari tu.

Ni bahagian belakang. Penat nak weave in ekor benang yang banyak color tu.
Dah siap!

Haa.. kan... tak lawa kan... yang gambar perempuan lari kat bawah tu.. tapi takpe la, kita belajar dari kesilapan. Lain kali kalau kait 2 benang sekaligus projek counted knitting camni, janganlah kita tarik kuat sangat ye benang tu. Konon nak bagi rapat stitches nya. Tengok-tengok jadi berkedut bahagian tu.


Sarung bantal dah siap, bantal dalam pun saya jahit jugak, sebab tak ada saiz bantal yang sesuai kat rumah ni yang boleh muat sarung bantal ni. Tu gemuk semacam je, bantal baru. Saya sumbat fiber filling banyak-banyak.


Bahagian tutup bantal tu, saya guna butang-butang. Boleh ler, siap bantal motivasi lari satu! ^_^

Ni dah nak masuk hujung September. Marilah kita tengok hasil larian bulan Ogos. Huh.. lambat benor update sini.

Larian bulan Julai
 Bulan Julai jumlah jarak joging adalah 41.4 km, manakala bulan Ogos pulak...

Larian bulan Ogos
haa... meningkat sikit, bulan lepas 84 km saya joging. Bertambah rajin sikit je. Bulan September ni, macam kurang je, sebab banyak hari hujan waktu pagi. Saya lagi suka beriadah waktu pagi, jadi kalau hujan, saya workout kat rumah je (itupun kalau rajin). Kalau husband ada, lagi banyak keluar dating dari workout. Huhu... kena kerja keras lepas ni.

Baiklah.. tu saja nak share kali ni. Semoga kawan-kawan semua dilimpahi rahmat Allah dan dipermudahkan urusan segala. Take care... 

^_^

http://yatiandstitch.blogspot.my/

Tuesday, August 23, 2016

New PB dan keychain kucing

PB tu Personal Best. Kalau kaki lari, dah tentu target kita nak improve masa larian kita, tak kira lah berapa km pun.

Dah 8 bulan dalam tahun 2016 ni. Saya tengok balik senarai target atau azam yang saya buat, masa awal tahun. Lepas tu, baru saya perasan, yang saya dah pun berjaya capai salah satu dari target saya. 

Salah satu target, untuk lari 5 km dalam masa 45 minit. Kertas azam ni saya tampal kat tingkap bilik jahit. :D
Tahun lepas, kalau nak sampai 5 km, saya ambil masa lebih kurang 1 jam. Tahun ni, pada 21 May yang lepas, saya berjaya capai masa kurang 45 minit, iaitu....

print screen Endomondo app
44 minit..! Hehehe... ye, saya tau, bukannya laju pun, sebab ada ramai orang boleh lari 5 km dalam masa kurang setengah jam. Tapi saya bukan banding diri dengan orang lain. Saya cuma nak jadikan diri saya lebih baik dari sebelum ni. Tak leh compare diri kita dengan orang lain, sebab lain orang, lain journey nya. Saya tolak ke tepi dulu pasal weight loss, sebab saya on medication hyperthyroid. Asal sihat dan boleh laksanakan tanggungjawap saya sebagai isteri dan ibu, dah cukup Alhamdulillah.   

Lepas ni apa pulak? Cuba 5 km dalam 30 minit, nak? Giler... tapi tak mustahil. Kita tengok tahun depan ye, Insya-Allah. ^_^

-------------------------------------------------

Cerita hasil keras tangan pulak. Bila banyak mengait, kadang-kadang rindu nak buat kraf yang dah lama tak buat, contohnya felt crafts dan cross stitch. Hari tu, saya lepaskan rindu, buat keychain dari kain felt.


Dulu-dulu, memang saya suka sangat buat felt keychain ni. Kita jadi ralit buat benda-benda cinonet ni. Boleh klik sini kalau nak tengok album keychain felt yang saya jual dan terima tempahan. Kebanyakannya harga RM5 satu. 

Ok ler. Kita jumpa lagi ye. ^_^

http://yatiandstitch.blogspot.my/


Monday, August 15, 2016

Crocheted Alas kaki

Ingat tak, saya ada cerita pasal projek recycle tu, yang kain dan baju lama, saya gunting-gunting, jadikan fabric yarn?
Repost balik gambar entri sebelum raya
Haa.. saya buat lapik kaki daaa.. 

Kalu kat rumah, memang selagi boleh pakai, selagi tu la saya pakai, walaupun koyak dan kolar dah tak serupa kolar. Bila sedara datang rumah, dia orang pun tegur, "Ape le daif benor baju hang ni...", tapi saya lagi suka, sebab selesa dipakai. Nak sedekah kat orang dah tak sesuai, jadi saya recycle buat benda lain, contohnya dalam kes ni, lapik kaki.


Lapik kaki ke, alas kaki, orang panggil, omputih panggil rag rug. Kali ni, saya cuba buat lain sikit. Saya crochet je kain-kain recycle tu, benang pulak saya guna baki projek lepas-lepas. Gambar di atas masa mula-mula start. 

Saya tak cantum-cantum pun kain-kain yang saya gunting tu, untuk jadikan fabric yarns. Mode malas. Ini je la cara senang saya jumpa. 

Kalau kain recycle tu nipis sangat, saya guna 2 je, bior tebal sikit.


Haaa... dah siap pun, buat alas kaki. Lebih kurang saiz alas kaki standard yang bulat tu. Kalau rajin, buat besor-besor, boleh jadi macam carpet tu. Hehe.. Saya letak dalam rumah. Kalau letak kat bahagian dapur ni, mesti jadi port kucing duduk. 

Ada lagi baki kain-kain recycle, boleh buat color lain pulak lain kali, time rajin (ye la tu). 

"Macam lawa je." Bukan saya cakap, suami cakap. 

"Sayang nak guna lap kaki. "
"Alaaa... guna je. "

Nanti saya buat lagi banyak-banyak, dalam setiap bilik tidor satu, masuk rumah satu, keluar setiap bilik air satu... hehe..

Sekian laporan hasil kraftangan terkini.

Eh, hari tu saya cerita pasal tragedi di bank tu kan... itu hari CIMB. Dalam minggu ni, saya ada ke Maybank, ok le pulak, sekali letak jari je dah pass, boleh kuor duit. Hehe.. Boleh jadi bukan salah jari saya ler, salah alat orang tu yang kurang peka, kikih... ops..

Jumpa lagi ye, take care semua... ^_^

http://yatiandstitch.blogspot.my/


Wednesday, July 27, 2016

Bila fingerprint does not match...

Sekarang banyak sistem biometrik digunakan, kat bank-bank, pejabat pos, agensi kerajaan mahu pun swasta. Bagi yang pakai sistem biometrik ni untuk rekod kedatangan pekerja memang bagus, jadi pekerja tak boleh tolong punch card bagi pihak kawan. Susah sikit nak menipu.

Contoh sistem biometrik. Mycard reader dan fingerprint scanner. Photo credit to Sagem.

Tapi bila untuk urusan keluar duit misalnya, bila ibujari kita tak match dengan sistem, agak leceh juga, sebab pihak bank akan mintak photostat ic. Kalau bank tolong photostat kan, ok juga. Tapi camana kalau kita yang kena buat sendiri. Kalau rajin, boleh cari kedai, pastu pergi balik kat bank. Tapi kalau kita ada urusan lain ke, malas ke, nak pergi lagi, dah kena pergi hari lain. Itu lah yang terjadi kat saya, saya nak tukar kad ATM saya, tapi ibujari saya tak match dengan sistem. Mykad dah masuk. Bila tenyeh ibujari kanan, tak match. Tenyeh ibu jari kiri pun tak match. Benda ni berlaku masa nak ambik nombor giliran. Jadi, kena isi borang lain, sebab fingerprint tak match. (Cubaan pertama)

Jangan tanya saya, kenapa boleh jadi camni. Saya tak minta benda ni terjadi. Kalau boleh, sebagai pengguna, dah tentu kita nak urusan kita selesai secepat mungkin, tanpa masalah.

Saya kembali keesokannya, sebab kena photostat 3 benda, yakni ic, lesen dan kad atm, untuk pengesahan. 

Lepas ambil nombor, boleh proceed ke kaunter, kita cuba lagi letak ibujari. Sudah tenyeh ibujari kat hidung sikit, kasi berminyak. (mungkin ibujari kering). Tak boleh. Staff di kaunter bagi baby lotion, kita cuba lagi. Dua-dua belah ibujari tak match juga. (Cubaan kedua)

Bila sampai ke tempat pengeluaran card, kena test lagi thumbprint. Bila ada include photostat ic, lesen, bagai, dia tanya, kenapa ibujari tak match? Cuba bagitau saya, camna saya nak jawap soalan tu? Bahaya kalau tak match dengan sistem ni, kena minta jumpa branch manager dia, dia cakap. Aiyakk... saya faham, pihak bank mesti takut orang tipu ke kan, curi ic orang, lepas tu nak take over account orang.
Ok, sebelum tu, kita cuba dulu. (Cubaan ketiga). Dia bagi try lotion dia pulak. Calit sikit, sapu rata pada ibujari.

Bodyshop Cocoa Butter Lotion. Photo credit: Bodyshop
Sekali letak ibujari kanan, terus match! Wow... lega saya. Selesai sudah urusan, dapat kad baru. Yeh.. Alhamdulillah... 

Ini bukan entri berbayar. Saya tak terima komisen pun atas jualan losen Bodyshop kat atas. Saya cuma nak kongsi penyelesaian, bagi sesiapa yang ada masalah fingerprint tak match, macam saya. 

Saya ada buat bacaan sikit tentang masalah ibujari ni. Rupa-rupanya bukan saya seorang yang alami. Ada satu blog tu, saya baca, staff bank tu siap cakap makcik ni punya ibujari dah rosak. Dah jadi lumrah alam, kita cuma nampak salah orang lain, salah sendiri, cer selidik sikit, kot alat kita malfunction ke, dah berapa tahun pakai, tak tukor, sensor dia dah kurang ke, wallahualam... saya bukan pakar dalam hal ni. 

Apa-apa pun, setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Hikmahnya bagi saya, bila saya kena photostate lesen, baru saya sedar yang lesen memandu saya tu dah 2 bulan expired. Dah lebih 2 bulan saya drive sini sana, dengan lesen yang mati! Astagaaa..... first time ni, terjadi. Saya selalu renew sebelum birthday saya. Itu lah dia, hikmahnya, Allah ingatkan kita, kan.... Lagi satu, ada pendapat mengatakan sabun pencuci pinggan mangkuk boleh buat ibujari kita jadi hilang jalur-jalur unik pada jari tu, sebab benda tu kuat kan. Pun pendapat orang juga, tidak tahu sahih ke tak.

Sekian perkongsian saya. Harap bermanfaat pada yang berkenaan. ^_^

Thursday, June 30, 2016

Fabric yarns

25 Ramadhan 1437H.


Projek kitar semula baju-baju lama, yang dah koyak. Saya gunting-gunting, dari minggu lepas lagi, tak siap-siap. Buat sikit-sikit, bila lapang.

Kueh raya pun saya tak buat lagi. (tapi kueh tunjuk ada ler beberapa jenis). Baru-baru ni, ada ujian yang menimpa keluarga kami. Tulang ibu jari suami saya dislocated.  


Saya tak nak la cerita in detail sangat, sebab saya ngeri. Saya takut sangat masa tengok doktor-doktor tarik kaki suami saya, nak betulkan tulang tu. 2 hospital tau, pergi. Masa kat wad pemerhatian, 4 doktor tau, tarik kaki suami saya, guna wayar! Tapi tulang tu tak nak balik ke posisi asal.

Mula-mula ikhtiar ubat kat Batu Gajah. Cuma baru-baru ni, dapat pergi urut tak berapa jauh dari sini. Setelah 2 kali urut, baru ok. Alhamdulillah... kalau tak ok, tak tau la camana nak balik raya, jauh Kelantan tu. Saya drive ke Kelantan? Huhu... mau 10-12 jam jugak baru sampai, bawak kete tak berani potong kalau lori dok depan. Hehe..

Syukur Alhamdulillah... semua dah ok. 

Seandainya tiada entri baru lagi lepas ni sampai raya, saya nak wish pada pembaca blog saya yang saya sayangi dan hargai sangat ni, minta ampun dan maaf kalau ada tulisan saya yang menyinggung perasaan dan sebagainya. Selamat hari raya puasa, hati-hati di jalan raya, habiskan masa  berkualiti dengan keluarga, and be safe. 

Take care, jumpa lagi. Selamat Hari Raya! Maap zahir batin... ^_^