Sunday, November 22, 2015

Result UPSR dan Ripple Blanket

Lambat sikit nak cerita. Amirul dapat 5A dalam UPSR dia. Alhamdulillah... syukur sangat. 

Slip result


Trial dia 3A,2B. Ingat ke, Pemahaman tu dia dapat B. Alhamdulillah...

Mama dengan Amirul
Apa la mama ni, amik gambar, tengok arah lain. Hehe.. ramai mak bapak yang datang ke sekolah masa hari result diumumkan tu. Saya tak hantar Amirul tuition, tapi dia tak pernah miss kelas tambahan yang sekolah dia buat. Usaha dia sendiri la, dengan tunjuk ajar cikgu-cikgu. Saya tolong dia sikit sangat, kalau ada soalan dia tak boleh buat, baru dia tanya saya. Syukur pada Allah.

*****************************

Baiklah, saya cerita pasal selimut pulak ya. Selimut ni antara 2 projek besar yang ditempah customer. Lagi satu projek, yang saya ada cerita dalam entri sebelum ni.

Projeknya, selimut ripple.


Ni masa mula start projek. Letak semua bahan dalam bakul. Senang dibawak ke hulu ke hilio. Sat depan tv, sat dalam bilik, ikut mood.


Itu keadaan masa mengait dalam bilik. 


Ni perkembangan, semakin besar nampaknya.


Gambar atas menunjukkan benang yang saya guna, semuanya benang local. Brand wina, nona, ondori dan minlon. Hampir nak siap.

Sulaiman kiri, Hafizan kanan, pegang selimut yang sudah siap

Bertuah betul si Sulaiman, suka buat muka waktu ambik gambar.
Dah siap dah pun blanket. 

Hafizan punya result periksa, dia kekal dalam kelas pertama, dan dia juga dapat offer jadi pengawas. Mama pun tak pasti Hafizan boleh jadi pengawas ke tak, badan keding sekeping tu. Takut kang budak lain tolak, tumbang. Tapi cikgu yang offer tu, jadi agaknya cikgu nampak kot potensi Hafizan.
Sulaiman pulak kekal kelas kedua. Tak naik, tak turun. Kena usaha lebih Sulaiman ni. 



Yeh.. dah siap. Alhamdulillah.. lega, customer pun dah dapat kedua selimut yang ditempah.

Sekarang dah pun cuti sekolah. Boleh la rileks sikit. Pada kawan-kawan yang nak pi bercuti, take care dan be safe. 
Jumpa lagi. ^_^

http://yatiandstitch.blogspot.my/

Friday, November 13, 2015

Selimut Bintang

Hari ni saya nak ceritakan tentang salah satu hasil kerja tangan besar yang baru saya siapkan. Besar pada saya, sebab ia adalah projek yang tak pernah saya terima tempahan, yakni blanket baby. Cabarannya pula, customer hendak design star tapi blanket bentuk square. Dari carian saya di internet ni, banyak sangat pattern star blanket yang tetap kekal bentuk star hingga siap. Tapi, ni dah lain, blanket star tapi bentuk empat segi. Takpe, kita cuba buat. Berusaha!

Berikut gambar-gambar sepanjang proses saya mengait... 

Ni masa baru start

Bertambah warna..
Lagi bertambah warna
Lagi bertabah besar...

Setakat gambar di atas, siap sudah bentuk star. Seterusnya, saya kait background pula. Saya google, tapi tak jumpa pattern square star blanket. Jadi, hasil kaitan berikutnya lahir sepenuhnya dari kepala otak saya ni. Ada 2 cara boleh kait backgorund supaya jadi square, 
1) Kait keliling star terus
2) Buat bahagian demi bahagian setiap sisi star

Saya pilih cara kedua. Nampak benor saya ni tak boleh multitasking, ye dak. Tapi saya lebih selesa siap bahagian demi bahagian. Saya nampak blanket ni macam bintang yang dilukis atas kertas dan perlu diwarna. Mesti kita color bahagian demi bahagian, kan. Jom...

Background bawah
Tudia, saya kait dari bawah, background star. Pattern? Sendiri punya, dengan teori bahawa slip stitch adalah stitches yang terpendek dan double treble adalah stitch yang tertinggi. 

Background tepi
Kalau saya terkurang, takpe, saya boleh cover. Kalau terlebih, kena buka balik kaitan. Itu pun bagi setiap sisi, tak tau la berapa ratus kali saya tarik, kait, tarik buka balik, kait balik. Camtu la ceritanya.

Background atas kiri
Saya kait ni, pembaris panjang duduk kat tepi. Guide supaya lurus segiempatnya.

Backgroung atas kanan
Bahagian kanan bawah
Ok, ada bahagian yang ada lebih stitches. Kalau tengok gambar di atas, ada bahagian saya kelepet kan. Boleh repair lagi nanti.

Background dah siap!
Mana stitches terlebih, saya kurangkan, supaya jadi se-segiempat yang boleh. Jadilah seperti gambar di atas.

Buat border pulak..
Border pun ikut color star.



Yeh.. dah siap.


Saya ambil masa hampir 2 bulan juga nak siapkan selimut baby ni. Terima kasih pada customer yang memahami. 

Satu lagi projek besar, saya akan ceritakan dalam entri akan datang. 
Minggu depan adalah minggu terakhir sekolah. Lepas tu cuti panjang. Bestnya... 
Jumpa lagi, dan take care... ^_^

http://yatiandstitch.blogspot.my/