Tuesday, October 27, 2015

Beg bulat

Tiap-tiap bulan, ada kejadian curi kabel TM kat kawasan rumah saya ni. Adalah dalam 3-4 bulan juga benda ni berlaku. Tarikh kejadian lebih kurang time orang dapat gaji. Bila kabel kena curi, telefon takde dial tone, jadi tak boleh online, sebab saya online guna wifi. Setiap kali terjadi, lebih kurang 5-7 hari tak dapat check email dan sebagainya. Handphone saya tak boleh check email dan facebook. Orang curi kabel pun nak gaji juga tiap bulan. Bila tak dapat online, suka juga sebab saya ada lebih masa mengait. Tapi bila ada urusan dengan customer, susah juga. Tapi nasib baik boleh berurusan melalui whatsApp, beli paket data. Sekian berita terkini.

Saya ada buat satu bag ni. Base beg ni bulat, tu pasal nama beg ni beg bulat.

Haa... kan bulat tu, bahagian dasar beg.
Ni sebab terlampau banyak benang lebihan projek lepas-lepas. Jadi, saya campur-campur warna ala-ala kek lapis. :-)


Ni masa dah separuh siap. Heee... lambat bebenor mengait.


Tudiaaa... dah siap.


Bahagian dalamnya, saya jahit lining, beserta magnetic button. Tak pernah jahit lining untuk bag yang dasarnya bulat. Berjaya juga, dengan bantuan google.


Gitulah rupanya. Lama dah tak buat ready stock. Beg ni saya masukkan ke kedai online saya. Sila la singgah, kalau nak tengok hasil-hasil kerjatangan saya yang lain.

Jumpa lagi semua.... ^_^

http://yatiandstitch.blogspot.my/

Saturday, October 03, 2015

Bantal kenit kucing hitam

Semalam cuaca ok. Sudah 2 hari hujan waktu pagi kat Lumut ni. Hari ni tiba-tiba bau asap kembali. Jerebu. 

Baru-baru ni saya ada siapkan bantal kenit. Customer nak kucing hitam. Projek knitting, atau kait 2 jarum.

Masa baru tampal mata dan hidung kucing

Bila kait guna benang hitam ni, mata jadi berbalam-balam. Waktu malam tak boleh buat, sebab tak nampak.

Telinga baru siap sebelah
Perasan tak... kebanyakan kucing hitam, whiskas dia tak pernah hitam. Kalau tak color putih, kelabu. Ha ah, saya google cari gambar kucing hitam, tak tau mula-mula nak guna benang warna apa untuk misai tu.

Yeh.. dah siap!
Sumbat fiberfill banyak-banyak, bagi gemuk. ^_^

Pandangan sisi
Bantal kenit kucing hitam ni dah selamat sampai pada tuannya.

Sekarang ni kadang-kadang conpius dibuatnya. Ada hari, waktu pagi, tak tau sama ada kabus dari hujan atau asap jerebu. 

Selamat hujung minggu semua, dan take care.... 

http://yatiandstitch.blogspot.my/


 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea