Tuesday, September 15, 2015

I'm back...!

Lebih kurang 3 bulan juga saya tak update sini. 

Ada order besar. Bukan 1, tapi 2 order besar. Lepas tu, sambung buat order orang lagi. Alhamdulillah, semua dah settle sekarang. Tak boleh cerita lagi pasal projek kait ni, nanti bila customer dah selamat dapat barang, baru Yati share di sini ye.

Anak sulung, Amirul, pun dah habis periksa UPSR. Lega... Masa percubaan dia dapat 3A,2B. 
2B tu, untuk subjek BM Pemahaman dan Sains. Huhu... saya terima je, dapat result apa pun. Dia dah usaha. Ibubapa lain sibuk isi borang asrama penuh, tapi anak saya tak mau masuk asrama. Saya pun lagi suka dia sekolah dekat sini. 

Alkisah cerita 3 bulan lepas, saya ada masuk run. 5 km je. Saya sorang. Saje, nak mencabar diri, nak cuba benda yang tak pernah buat. Lari dalam hujan. Basah lenjun habis. Dah la salah jalan, tak ada signboard u-turn untuk 5 km, saya dan orang-orang lain dalam kategori sama lari over 7 km. Tak kisah la tu, lebih kilometer. 


 Tak ada medal untuk 5 km, dapat sijil je. Tapi saya sangat suka. Alhamdulillah...

Kurus? Belum. Still long way to go, untuk capai berat ideal. Tapi saya bersyukur sebab sihat. Syukur sangat-sangat. Saya pernah cerita dulu, yang saya sudah sembuh dari asma, kan, kat sini.
Ada satu lagi berita gembira. Setelah 2 tahun on Carbimazole (ubat untuk tiroid), dan lepas follow-up check darah 3 kali, Yati dah sembuh dari hyperthyroid. Tak perlu operate. Hormon T4, TSH, normal. Tahun 2015 ni memang Yati tak makan ubat tiroid langsung. Tak perlu pergi hospital lagi check darah. Alhamdulillah... syukur atas nikmat kesihatan Allah bagi. Doktor cuma pesan kalau simptom dia keluar, baru pergi hospital balik. Setakat ni, Alhamdulillah... 

Suka tak? Suka, suka. Yati harap kawan-kawan juga dalam keadaan baik hendaknya. Setiap hari adalah anugerah. Peluang untuk kita mula baru, dan atasi kesilapan semalam. Lepas ni nak blogwalk rumah kawan-kawan yang lamaaa sangat Yati tak singgah ni.. ^_^

Sebelum stop, ni gambar masa raya, Yati dan anak-anak.


Raya puasa lepas. Suami kerja di pagi raya. Kakak-kakak Yati dari KL balik beraya di Perak. 

Ok lah, jumpa lagi ye. ^_^



http://yatiandstitch.blogspot.my/
 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea