Monday, May 25, 2015

Bazaar di UM

Assalamualaikum kawan-kawan di Lembah Klang,

kakak Yati ada buka booth di UM. 


Booth number: 23
Lokasi: Dewan Perdana Siswa, Universiti Malaya.
Tarikh: 25-27 Mei 2015 (3 hari saja, Isnin hingga Rabu)
Masa: 10 pagi hingga 7 petang.

Jemput la datang....! 

Barang yang ada adalah seperti di bawah...


Instant shawl dewasa, install shawl budak, jubah, blouse dan macam-macam lagi la. Pakaian muslimah la.


Produk kait dari Yati and Stitch pun ada juga... ^_^


Tu dia, barang-barang handmade yati buat pun ada. Tapi masa entri ni ditulis, bantal owl kat atas dah takde dah, dah dibeli orang. Alhamdulillah.. 


Shawl-shawl dijahit oleh kakak saya sendiri.


Jubah-jubah yang selesa dipakai dan mesra wuduk, katanya...


Tengok tu, brooch bunga kat install shawl budak. Ada less harga. Kakak saya turunkan harga untuk bazaar ni.


Cotton batik. Nak rasa camana materialnya, jemput singgah ye. Ini partner kakak saya punya produk. :)


Blouse lengan panjang, with beading..

Booth 23...
Mari lah datang ramai-ramai...
3 hari je ada. Semua vendor bagi harga special untuk bazaar ni.

Mai, mai, mai....!

http://yatiandstitch.blogspot.com/

Friday, May 22, 2015

Brooch dan instant shawl 3Pu3's

Hi... Assalamualaikum...

Harap kawan-kawan semua sihat sejahtera hendaknya. Sekarang macam musim demam yek. Cuaca panas sangat. Demam denggi pun ye juga. Bila orang start fogging, memang ada kes la tu. 

Saya ada buat brooch ni. Atas request kakak saya. Dia nak buka booth, dan nak dipasangkan dengan produk dia. Brooch crochet. Meh tengok.


Bunga dengan sepasang daun. Kecik la juga. 


Selain brooch bunga, saya buat juga bentuk ribbon dan rama-rama. 

Saya nak promote sikit instant shawl budak, yang diusahakan oleh kakak sulung saya. Dia jahit dari rumah semua shawl budak ni. Under label 3Pu3's (cara sebutan: three puteri's). Ha ah, kami 3 orang adik beradik. Saya sumbangkan brooch comei-comei ni untuk instant shawl budak yang akan diniagakan di booth dia. Berikut stok shawl yang ada pada saya, dan saya poskan kalau berminat. Tolong bisnes kakak. :-)







Tudung budak ye ni. Bukan tudung dewasa. Maafkan saya, sebab saya takde patung budak. 

3Pu3's Intanst shawl for kids
Size: L
Umur: 7-10 tahun.
Material: Cotton
Cara pakai: Sarung terus. Tak perlu lilit-lilit.
Harga: RM35 tidak masuk kos pos.
Jika berminat, sila nyatakan gambar mana satu dari A-F, email yatistitch@gmail.com
whatsApp/wechat/Telegram 012-5326471

Semoga kawan-kawan semua sihat dan ceria-ceria selalu. Jumpa lagi ye...

http://yatiandstitch.blogspot.com/


Thursday, May 07, 2015

Pencil case la pulak...

Berikut hasil kerjatangan terbaru.

Pencil case. Projek crochet.


Cuba pattern baru. Simple je pencil case-nya. 

Zipnya Yati jahit tangan.

Bahagian dalam takde lining.


Selain 2 color kat atas, Yati terima tempahan pencil case macam ni. Boleh request color apa nak. 

http://yatiandstitch.blogspot.com/


Nak dengor cerita tak? Ada satu hari tu, saya pergi jogging. Kat sekitar kawasan perumahan saya ni juga. Tiba-tiba ada anjing potong saya yang sedang berlari anak dan terus berlari di depan saya. Ok... jadi saya pun slow down sikit speed saya. Dengan harapan anjing itu akan tinggalkan saya jauh dan saya boleh speed arah lain. Bila dah jauh dengan anjing tu, saya masuk jalan lain. Eh... boleh pulak anjing tu ikut saya joging masuk jalan saya juga, padahal dia dah jauh ke depan tadi arah sebelum ni. Ciss... bedebah punya anjing. Saya syooh, syooh dia, dia tak nak pi pun. Dia tak de la macam nak gigit saya. Tapi dia berada agak dekat dengan saya, lebih kurang 2-3 langkah dari saya. Saya jalan macam biasa dan duduk di tembok rumah orang, orang tu pulak tengah siram pokok, saya sembang-sembang dengan kakak tu. Sambil tanya dia, anjing sapa tu, nape dia ikut saya? Waaaaa.... aku takut, Tuhan je yang tahu. Anjing besor, color hitam, ok! Anjing tu still berlegar-legar around saya dengan kakak tu. Dalam 5-10 minit juga. Adoiiii.... awat anjing tu tak blah, wei? Huuuu.... last-last dia pergi juga. Saya pun minta diri, jalan ke arah rumah saya. Syukur anjing tu tak ikut saya lagi. Anjing tu tingginya paras pinggang saya. Jadi memang anjing besor. Itu lah kali terakhir saya joging di kawasan rumah saya. Semenjak tu, bila saya jogging je, saya drive ke tempat orang ramai jogging, yang lebih selamat. Itu la ceritanya...