Monday, January 26, 2015

Bag gemuk

Hahaha... belum apa-apa dah gelak. ^_^

Baiklah, mari kita tengok hasil kerja tangan terbaru Yati.


Inilah beg gemuk namanya. Saya pernah buat dulu, tapi versi kecik. Kali ni, besor sikit. Available di online store saya.


Gambar di atas menunjukkan bahagian dalam bag. Ada lining. Ada butang. Tiada poket. 
Ini pun ambil masa nak siapkan. Makcik busy, biasalah, kerja rumah dan kerja anak-anak.

Minggu lepas, 18 Januari, harijadi anak sulong saya, Amirul, yang ke 12 tahun. Ish ish... dah kena buat IC. Rasa macam baru hari tu dia baby.


Apakah maksudnya itu? Maksudnya, saya sudah tua. Hahahaha....

Ok la ye. Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk laksanakan tanggungjawap masing-masing. Take care semua....



Wednesday, January 14, 2015

Bag mat despatch

Sibuk tak? Letih, kan... anak-anak dah start sekolah ni. Pagi-pagi buta dah bangun buat breakfast, hantor anak sekolah, waktu rehat pi jenguk anak darjah 1 sat, tengok dia pandai beli makan tak, balik sekolah pi amik dia orang, petang balut buku, suruh anak buat homework, ngaji quran dan iqra', masak benda simple-simple, malam je pengsan tak sedor diri. Hahaha....

Ok ler... projek kait terbaru yati siapkan ialah... bag mat despatch.


Bag sandang ni macam bag yang selalu dibawa oleh mat despatch tu. Guna lebuh kurang 7 buku benang akrilik jepun.


Muat letak fail saiz A4 kat dalam.


Bahagian dalamnya, yati jahit lining dari kain cotton, dan ada poket berzip kat dalam.

Jemput singgah kedai online saya ye.. ^_^


Hari ni sekolah anak-anak bagi duit RM100 seorang, bantuan khas awal persekolahan tu. Alhamdulillah... 

Cuaca dah 2 hari panas terik. Semoga air di kawasan banjir semakin surut. Hari tu Yati sekeluarga pergi ke Teluk Intan. On the way sana, masa lalu lepas area Lekir camtu.. ada satu kampung dilanda banjir. Sebab rumah dia orang tepi jalan, jadi boleh nampak la macamana. Pertama kali Yati tengok depan mata, kampung dilanda banjir. Dia orang duduk dalam khemah tepi jalan je. Rumah separuh tenggelam dengan air. Bila siang mesti panas. Kalau malam pulak, mesti ada nyamuk, kan. Adoi.. cian tengok. Semoga segalanya dipermudahkan bagi dia orang.

Jumpa lagi ye. Take care semua.. 


Friday, January 09, 2015

citer cuti sekolah

Lamanya tak tulis sini. Anak-anak dah balik dengan saya. Saya pun jarang online. Habiskan masa dengan anak-anak. ^_^

Dah tahun baru 2015 dah kita ye. 

Dalam entri sebelum ni, saya ada sebut, nak buat projek untuk diri sendiri, kan. Masa bulan November, saya ada join kursus pendek menjahit tudung 2 layer, dengan Kolej Komuniti Manjung. Ini kelas kedua saya join dengan kolej komuniti. Kelas pertama, bulan sebelumnya, saya ambil kursus pendek asas jahitan.

Nak tengok tudung saya jahit? Malu tau, nak tunjuk. Sebab senget kat bawah tu. Saya tahu, silap kat mana. Saya tak de pengalaman handle kain jenis lembut dan licin ni. Selalu saya jahit lining bag kait saya, saya guna cotton. 


Cer tengok bahagian bawah tudung. Kan senget tu. Rasa tak puas hati, nak jahit tudung lain. Kain pun dah beli. Tapi mood jahit tudung pulak hilang, jadi lain kali saya jahit tudung lagi, saya tunjuk yek. Masa saya siapkan tudung 2 layer tu, baru saya sedar kenapa tudung mahal. Rupanya bukan senang yek nak jahit tudung layer-layer ni. 

Projek jahit untuk diri sendiri yang kedua, saya jahit hand socks.


Guna kain jersey. Beli kat nagoya. Selesa juga pakai. Cadang nak buat lagi.

Selain tu, ada juga saya alter seluar sekolah Hafizan dan Sulaiman. Sekali jahit, 3-4 hari saya tak online, sebab jahit slow, walau pun guna mesin jahit. Takut salah atau senget.

Lagi, seperti ibu-ibu lain yang punya anak sekolah, jahit lencana la, apa lagi.


Dah ada 2 orang dah PBSM rumah ni. Hafizan ikut jejak Amirul, PBSM juga. Kali ni, cikgu pulak yang assign kan, tak macam Amirul dulu, boleh pilih-pilih nak masuk persatuan uniform mana.

Sekian cerita projek jahit.

-----------------------------------------------------

Cuti sekolah, bila ada hari husband off kerja, kami pi la nyongket anak-beranak. 

Aeon Manjung pulak dah pun buka TGV Cinema. Kami pun pi la try tengok camna... 


Ok, skrin dia lagi besor dari skrin MBO Sitiawan. 

Lain hari, kami pi Gopeng pulak, beriadah di Gua Tempurung.


Cantik tau, dalam gua ni. Rasa sangat besarnya kuasa Tuhan, boleh jadikan macam-macam rupa kat dalam gua ni. Semput juga jalan dalam ni. Bagi yang dah biasa naik tangga, takpe kot. Kalau kome tak pernah datang lagi, pi la sana. 

Budak-budak suka!

Memang pengalaman yang best. 

Lain hari pulak, bawa Sulaiman daftar darjah 1.


Ala baby kecik mama ni dah masuk darjah 1. :-)

Lain hari pulak, pi nyongket Taiping pulak.


Kebanyakan hari kami jalan ni, hujan je. Pi Tepeng hujan. Pi Gua Tempurung pun hujan.

First time kami singgah Doli Kuetiau. 


Ok. Sedap-sedap.

Itu je la cerita kali ni. 

Terima kasih pada kawan-kawan yang bertanya. Rumah Yati kat Perak ni tak kena banjir, Alhamdulillah. Rumah mak mertua kat Tumpat, Kelantan, juga tak banjir. Cuma jalan hubungan dengan dunia luar terputus, sebab semua jalan masuk ke kampung dinaiki air. Bekalan makanan cukup, Alhamdulillah. Anak sedara suami yati ada sorang kerja nurse kat kuala krai, berulang setiap hari dari tumpat. Masa banjir teruk tu, dia ambil masa 7 hari untuk sampai rumah. Itu pun naik bot 2 kali, dan husband anak sedara datang jemput naik lori pasir untuk ambik dia. Dasyat, kan. 

Semoga mangsa banjir di Kelantan diberi kekuatan untuk hadapi ujian ini.

Jumpa lagi.

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea