Wednesday, December 09, 2015

Crocheted covered basket

Minggu pertama cuti sekolah, kami balik Kelantan. Kampung dah jadi lain, sebab tengah ada projek lebarkan jalan. Hari terakhir di Tumpat, hujan turun lebat sangat, tak henti-henti. Pukul 1 pagi bangun, suruh husband check kete, takut air naik. Dia pun pi la, mamai-mamai buka pintu. Hehehe... nasib air tak naik. Itu la first time saya rasa hujan lebat sangat masa dok kampung suami. Semoga orang-orang kampung selamat hendaknya di musim tengkujuh ni.

Masa perjalanan balik, hujan sepanjang jalan. Cuma bila dah sampai Grik je, hujan berenti. 
Anak-anak dah takde, sejak minggu lepas, dia orang pi KL, aunty dia orang ambik, tapi esok saya akan menyusul, naik ETS. Suami korje lagi. Projek apa kat KL tu? Hehehe... nanti saya citer ya, tunggu.... ^_^

----------------------------------------------

Projek kait mengait kali ni, saya nak buat bakul bertutup. Buat isi duit. Tabung dah bocoq. Letak banyak syiling. Simpan syiling ni nampak je tak banyak, tapi sekali masuk tabung haji, mesin kira syiling tu, 70 hinggit juga. Patutlah handbag berat nak rebeh. 

Gambor berikut masa saya mula kait bahagian tapak. Guna 3 benang, kait sekaligus. Bior tebal. Kena guna benang nona, ondori atau wina. Kalau benang minlon, dia lembut, tak jadi kang.

Mengait sambil dengor radio, lawan segelas kopi, wah... syok!
Sambil main game facebook pun boleh sambil kait menatang ni. Sebab semua single crochet je.

Time ni dah jadi ropa basket..

Suka bebenor guna crochet hook bamboo. Peberet.
Lepas tu, buat tutup bekas pulak. Suka hati je, pilih color lain. Yor lantak, sendiri mau pakai.

aik.. macam pelik je ropa dia
Ha.. dah siap pun. Ate.. tak sah la kalo tak tepek bunga sekuntum... 


Boleh tahan besor la juga.



Gitu ler hasil mengait kali ni. Untuk kegunaan sendiri. Tapi kalau berminat nak order, boleh je. Boleh request color apa nak, email ya.

Pi supermarket semalam, ramai dok beli barang sekolah. Kami belum lagi ni, tunggu anak balik baru pi beli. Yang boleh dipakai lagi, pakai la.
Selamat ye semua, jumpa lagi, take care... 

http://yatiandstitch.blogspot.my/


12 comments:

  1. Rajin dan kreatif Yati ni.
    CH pun belum beli baju sekolah anak lagi..
    Tunggu hero tu elok dari berkhatannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, CH. Takde la, cuma minat je mengait ni. :)
      Semoga anak dah baik khatan.

      Delete
  2. gigih n kreatip mak yati nih., kipidap ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, wak.
      Udah memang minat mengait. Tangan tu gatal je, kalau tak pegang jarum kait dan benang.

      Delete
  3. Cantikla Yati. Leh tiru ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik.. tak tinggal nama lagi. :)
      Mekasih. Hehe..

      Delete
  4. comelnyaaaa.. CT penah tngk org tu knit lebih kurang like this and then buat tempat utk kucing dia.. alahai comel =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih, CT.
      saya pun pernah crochet rumah untuk kucing dulu. Kalau nak tengok, ada kat sini :)
      http://homemakers-puteri.blogspot.my/2014/05/rumah-kucing.html

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea