Tuesday, October 27, 2015

Beg bulat

Tiap-tiap bulan, ada kejadian curi kabel TM kat kawasan rumah saya ni. Adalah dalam 3-4 bulan juga benda ni berlaku. Tarikh kejadian lebih kurang time orang dapat gaji. Bila kabel kena curi, telefon takde dial tone, jadi tak boleh online, sebab saya online guna wifi. Setiap kali terjadi, lebih kurang 5-7 hari tak dapat check email dan sebagainya. Handphone saya tak boleh check email dan facebook. Orang curi kabel pun nak gaji juga tiap bulan. Bila tak dapat online, suka juga sebab saya ada lebih masa mengait. Tapi bila ada urusan dengan customer, susah juga. Tapi nasib baik boleh berurusan melalui whatsApp, beli paket data. Sekian berita terkini.

Saya ada buat satu bag ni. Base beg ni bulat, tu pasal nama beg ni beg bulat.

Haa... kan bulat tu, bahagian dasar beg.
Ni sebab terlampau banyak benang lebihan projek lepas-lepas. Jadi, saya campur-campur warna ala-ala kek lapis. :-)


Ni masa dah separuh siap. Heee... lambat bebenor mengait.


Tudiaaa... dah siap.


Bahagian dalamnya, saya jahit lining, beserta magnetic button. Tak pernah jahit lining untuk bag yang dasarnya bulat. Berjaya juga, dengan bantuan google.


Gitulah rupanya. Lama dah tak buat ready stock. Beg ni saya masukkan ke kedai online saya. Sila la singgah, kalau nak tengok hasil-hasil kerjatangan saya yang lain.

Jumpa lagi semua.... ^_^

http://yatiandstitch.blogspot.my/

8 comments:

  1. Replies
    1. Hobi dan cari makan dari rumah. :)

      Delete
  2. yati ....akak dpt hadiah dari kawan...crochet yg kiut miut....rasa macam teringin nya nak crochet....hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sila la, kak Suzie. Nanti bila dah try, baru tau, boleh addicted. :D

      Delete
  3. Yati.. nice.color combo... saya suka! Saya pun baru pegang balik jarum kait.. lama btol cuti.. hihi... jahit lining pun tak pandai2 lagi.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Zila.
      Takpe, kayuh pelan-pelan. Nanti boleh ler tu. :)

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea