Saturday, October 03, 2015

Bantal kenit kucing hitam

Semalam cuaca ok. Sudah 2 hari hujan waktu pagi kat Lumut ni. Hari ni tiba-tiba bau asap kembali. Jerebu. 

Baru-baru ni saya ada siapkan bantal kenit. Customer nak kucing hitam. Projek knitting, atau kait 2 jarum.

Masa baru tampal mata dan hidung kucing

Bila kait guna benang hitam ni, mata jadi berbalam-balam. Waktu malam tak boleh buat, sebab tak nampak.

Telinga baru siap sebelah
Perasan tak... kebanyakan kucing hitam, whiskas dia tak pernah hitam. Kalau tak color putih, kelabu. Ha ah, saya google cari gambar kucing hitam, tak tau mula-mula nak guna benang warna apa untuk misai tu.

Yeh.. dah siap!
Sumbat fiberfill banyak-banyak, bagi gemuk. ^_^

Pandangan sisi
Bantal kenit kucing hitam ni dah selamat sampai pada tuannya.

Sekarang ni kadang-kadang conpius dibuatnya. Ada hari, waktu pagi, tak tau sama ada kabus dari hujan atau asap jerebu. 

Selamat hujung minggu semua, dan take care.... 

http://yatiandstitch.blogspot.my/


10 comments:

  1. Comel lah...kalau kaler putih, mata hijau mesti comel juga. Ha'ah lah Yati..selalu confuse mendung nk hujan ke jerebu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, betul-betul. Dulu Yati ada kucing putih, tapi mata biru. Rasa macam nak buat lagi bantal kucing ni. :)

      Delete
  2. Comelnya... mesti peminat kucing tu... doalah jerebu cepat pergi... risau esp kat budak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah Zila, customer yang suka kucing.
      Sekarang dah ok dah jerebu kan, hujan hari-hari. Alhamdulillah.

      Delete
  3. assalammualaikum yati....lama gak x jenguk sini...hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam warahmatullah, kak Suzie. :)

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea