Thursday, May 07, 2015

Pencil case la pulak...

Berikut hasil kerjatangan terbaru.

Pencil case. Projek crochet.


Cuba pattern baru. Simple je pencil case-nya. 

Zipnya Yati jahit tangan.

Bahagian dalam takde lining.


Selain 2 color kat atas, Yati terima tempahan pencil case macam ni. Boleh request color apa nak. 

http://yatiandstitch.blogspot.com/


Nak dengor cerita tak? Ada satu hari tu, saya pergi jogging. Kat sekitar kawasan perumahan saya ni juga. Tiba-tiba ada anjing potong saya yang sedang berlari anak dan terus berlari di depan saya. Ok... jadi saya pun slow down sikit speed saya. Dengan harapan anjing itu akan tinggalkan saya jauh dan saya boleh speed arah lain. Bila dah jauh dengan anjing tu, saya masuk jalan lain. Eh... boleh pulak anjing tu ikut saya joging masuk jalan saya juga, padahal dia dah jauh ke depan tadi arah sebelum ni. Ciss... bedebah punya anjing. Saya syooh, syooh dia, dia tak nak pi pun. Dia tak de la macam nak gigit saya. Tapi dia berada agak dekat dengan saya, lebih kurang 2-3 langkah dari saya. Saya jalan macam biasa dan duduk di tembok rumah orang, orang tu pulak tengah siram pokok, saya sembang-sembang dengan kakak tu. Sambil tanya dia, anjing sapa tu, nape dia ikut saya? Waaaaa.... aku takut, Tuhan je yang tahu. Anjing besor, color hitam, ok! Anjing tu still berlegar-legar around saya dengan kakak tu. Dalam 5-10 minit juga. Adoiiii.... awat anjing tu tak blah, wei? Huuuu.... last-last dia pergi juga. Saya pun minta diri, jalan ke arah rumah saya. Syukur anjing tu tak ikut saya lagi. Anjing tu tingginya paras pinggang saya. Jadi memang anjing besor. Itu lah kali terakhir saya joging di kawasan rumah saya. Semenjak tu, bila saya jogging je, saya drive ke tempat orang ramai jogging, yang lebih selamat. Itu la ceritanya...

19 comments:

  1. Berapa harga utk pencil case nie? Jika beli byk ade diskaun byk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencil case ni harga RM20 satu. Kalau beli banyak, saya boleh bagi kos poslaju percuma. :)

      Delete
  2. seriau yer ngan anjing besor gitu...

    ReplyDelete
  3. Rajinnya Yati jogging, saya ni jgnkan jogging, walking pun jrg2... Saya rasa anjing tu suka kat Yati, dia nak Yati jadi tuan dia tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga, Zurainny. Tengok mood dan cuaca juga kalau nak jogging. Hehe..
      Zurainny cakap macam husband yati cakap. Anjing tu nak kawan ngan kita. Tak nak la kawan ngan dia.. ;p

      Delete
  4. Kawasan rumah akak ni pun ...akak drive pagi2 boleh juga dia keja kereta ....cuak juga tau ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk... nasib dalam kete ye kak. Yati pernah tengok orang naik motor kena kejor anjing. Nasib tak kena gigit.

      Delete
  5. cantiknya pencil case tu yati..
    Alamak..kalau akak agaknya dah kecut perut dah...tgk anjing dr jauh pn akak takut. Nasib baik xde apa2 berlaku....ngeri je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih, kak Nza.
      Itu la dia, kak. Heee... takde la yati jogging kat situ lagi.

      Delete
  6. Wooo.. Saya dapat bayangkan anjing tu.. Macam anjing polis kan.. Naseb baek akak tak apa-apa..

    *cantek pencil case tu.. :>

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Asma. Hee.. seriau bila teringat.
      Mekasih. Asma pun bole buat juga. :)

      Delete
  7. cantik pensel case nya.. comel..
    klu sy memang takut dgn anjing tak kira lah besor kecik..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih, aTie.
      Hehe.. samalah kita.

      Delete
  8. sweet nye warna pencil box yg warna light pink tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka color camtu juga. ;)

      Delete
  9. huhuhu.. saya pun takut anjing.. kalau jumpa baca surah tabbat yada tu... hihihi... maybe anjing tu nak berkawan dgn yati tu..

    cantik pencil case yati tu.. sweet sgt..
    lamanya x pegang benang kait.. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ok. Insya-Allah yati akan coba ingat kalau ada close encounter ngan menatang tu lagi. Mekasih, Zila.
      Zila kan banyak projek jahit. Nanti boleh la kait semula. :)

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea