Friday, May 22, 2015

Brooch dan instant shawl 3Pu3's

Hi... Assalamualaikum...

Harap kawan-kawan semua sihat sejahtera hendaknya. Sekarang macam musim demam yek. Cuaca panas sangat. Demam denggi pun ye juga. Bila orang start fogging, memang ada kes la tu. 

Saya ada buat brooch ni. Atas request kakak saya. Dia nak buka booth, dan nak dipasangkan dengan produk dia. Brooch crochet. Meh tengok.


Bunga dengan sepasang daun. Kecik la juga. 


Selain brooch bunga, saya buat juga bentuk ribbon dan rama-rama. 

Saya nak promote sikit instant shawl budak, yang diusahakan oleh kakak sulung saya. Dia jahit dari rumah semua shawl budak ni. Under label 3Pu3's (cara sebutan: three puteri's). Ha ah, kami 3 orang adik beradik. Saya sumbangkan brooch comei-comei ni untuk instant shawl budak yang akan diniagakan di booth dia. Berikut stok shawl yang ada pada saya, dan saya poskan kalau berminat. Tolong bisnes kakak. :-)







Tudung budak ye ni. Bukan tudung dewasa. Maafkan saya, sebab saya takde patung budak. 

3Pu3's Intanst shawl for kids
Size: L
Umur: 7-10 tahun.
Material: Cotton
Cara pakai: Sarung terus. Tak perlu lilit-lilit.
Harga: RM35 tidak masuk kos pos.
Jika berminat, sila nyatakan gambar mana satu dari A-F, email yatistitch@gmail.com
whatsApp/wechat/Telegram 012-5326471

Semoga kawan-kawan semua sihat dan ceria-ceria selalu. Jumpa lagi ye...

http://yatiandstitch.blogspot.com/


4 comments:

  1. Cutenya brooch2 tu! Wah...hebat la kakak Yati, blh jahit shawl! Saya ni baru start pakai instant shawl sbb x reti lilit shawl. Selamat Menyambut Hari Raya! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Zurainny.
      Hehe, pakai yang instant senang, kan. :)

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea