Saturday, April 18, 2015

Topi knit

Assalamualaikum semua.... Projek knitting la pulak. 


Saya ambil benang lebihan projek lepas-lepas. Saya pun dah lupa benang apa ni. Tapi dulu pun saya pernah crochet topi, guna benang ni juga. 


Benang agak tebal. Jadi, saya guna circular needle saiz 6 mm. Jenis bamboo. Selesa pakai jarum bamboo ni. Beli kat daiso dulu-dulu. Tiba-tiba benang coklat habis. Saya bantai sambung guna benang polyester, warna mix purple+biru itu.


Sambil mengait, sambil tengok tv. Ok ler, gear rendah, jadi takde la salah kait ke apa. 


Masa gambar di atas, dah start decrease stitches. Dah hampir siap. 


Yeh... sudah siap. 

Topi knit, 2 color.

Dari belakang
Dari tepi
Topi knit ni saya tak masukkan dalam kedai online saya. Ni untuk saya sendiri pakai. Hehe.. saya dah 2 kali beli anak tudung. Tapi bila pakai, kepala rasa tak leh bernafas, dan saya start sakit kepala. Jadi, saya nak pakai topi atas, buat anak tudung. Lantak pi la besor, asal tak sakit kepala saya ni ha. Inner yang orang pakai sekarang macam jenis ninja tu, atau inner yang ada awning tu, bukan la pilihan saya, sebab saya lebih selesa pakai anak tudung budak sekolah. Dah biasa pakai anak tudung gitu sejak kecil. 

Walau pun tak masuk kedai sebagai ready stock, tapi saya terima order kait hat camni. Harga dari RM50 ke RM70, bergantung pada benang yang dipilih. Mahal sikit, sebab ni topi knit, time consuming. Kalau topi crochet, harga dari RM35+, bergantung pada pilihan benang. Email yatistitch@gmail.com kalau berminat.

Kawan-kawan apa cerita? Sihat ke semua? Harap anda semua dalam keadaan baik-baik belaka. Jumpa lagi, ye. Take care. ^_^

http://yatiandstitch.blogspot.com/


13 comments:

  1. Salam. Hee rajin kemas dan cantik topi knit mak buat ni. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, tiga lalat. :D

      Delete
    2. encik tiga lalat, profile anda pergi ke google+. Sebelum ni, saya boleh singgah blog anda dari google+, tapi sekarang, link blog anda sudah tak display, dia kata, restricted dari saya. Jadi, saya tak boleh komen balas kat blog tiga lalat. Cer set blogger profile biasa je, tak link ke google+, baru senang orang nak singgah balas. Cadangan saya saje, tau. :)

      Delete
  2. salam..wah ..cantik jadi nya..nampak kemas je jahitan tu:)

    ReplyDelete
  3. cantik & cute..
    ye la ank kepala ketat sgt.. smpai jd sakit kpala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Lya. Itu la, ntah kedai sekarang, buatan dia tak elok. Cakap saiz orang dewasa, tapi kecik juga bila kita pakai.

      Delete
  4. ana kpela plok..ank tudung la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... sama je maksudnya tu.. paham, :D

      Delete
  5. Topi knit nie nampak amat menarik sekali. Harap boleh share lebih banyak cara utk knit topi yang lain jenis jugak. Sukanya...

    ReplyDelete
  6. cantik... seronok pandai knit.. saya dulu belajar separuh jalan.. pastu jarum cikgu pun tak pulang2.. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Zila.
      Kan Zila boleh knit, kan. Buat topi ni pun sama je, knit and purl saja. Zila pun boleh buat. :)

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea