Wednesday, April 29, 2015

Halo - Turtle comei

Semalam kan, tengok ada lingkaran bulat macam pelangi keliling matahari. 


Matahari terik. Nak ambil gambar tu, pakai spek hitam. Kakak Yati yang duduk KL pun boleh nampak juga halo ni. First time tengok. Subhanallah..

* haloa circle of white or coloured light around the sun, moon, or other luminous body caused by refraction through ice crystals in the atmosphere.

-----------------------------------------------------------------------

Yati ada crochet turtle ni. Projek selang-seli. Hari tu knit, kali ni crochet pulak. :)


Suatu masa dulu, Yati pernah bela turtle. Lepas tu, dia makin besar. Lepas tu, kami pi lepaskan turtle tu kat anak sungai. Masa tu, duduk kat Seri Iskandar. Dalam anak sungai tu ada banyak tumbuhan terapung la, macam kangkung, teratai. Apa khabar turtle tu? Hidup lagi ke, dia sepasang, jantan dan betina. Yang jantan namanya Mat, yang betina nama Minah.


Ada yang nak balik kampung ke cuti panjang ni? Meh kita tengok,

1 May, Jumaat - Hari Buruh
2 May, Sabtu - tak sekolah
3 May, Ahad - Hari Wesak
4 May, Isnin - move forward cuti hari Wesak
6 May, Selasa - Perak cuti, hari pertabalan Sultan Perak

Kami dok rumah je, tak ke mana. Ganti puasa, la. Nanti akhir bulan May dah cuti sekolah pulak, kan, lebih kurang 2 minggu, start dari 30 May hingga 14 Jun. Waiya, dok menghitung cuti je aku ni. 

Apa pun rancangan anda, harap kawan-kawan semua sihat dan ceria-ceria selalu. Jumpa lagi, take care! ^_^

http://yatiandstitch.blogspot.com/


12 comments:

  1. Salam. Hee kura kura atas perahu, pura pura tak tahu., hehe chomeyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. lama tak dengor itu simpulan bahasa. :)

      Delete
  2. Yati..saya pun suka kira cuti juga.. hihihi... ;)
    saya sibuk kenduri kendara hujung minggu ni.. makan nasi minyak je la.. (abis diet mak!) hihihi..

    comel turtle tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sama la kita. Best cuti. :D
      Takpe, nanti Zila swimming, bakor balik kalori tu. Tengok gambor Zila kat FB, slim je. :)
      Tq, Zila.

      Delete
  3. comellnya turtle tu kak... cute!
    wahh panjang jg cuti tu... kami kira 4hari cuti jer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timasih, aTie.
      Itu la dia. Boleh ler, habiskan masa ngan keluarga sambil berehat. :)

      Delete
  4. Replies
    1. Ha ah Aida. Yati suka sumbat fiberfill banyak-banyak. Bior gemuk. :)

      Delete
  5. salaam yatie, kak sal termiss nak tgk halo effect tu..ramai kawan upload kt fb masa tu..kejap je kan masa berjalan..rasa baru hari tu school holiday dah nak masuk bulan 6 maknanya puasa pun dah semakin dekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, yati pun tahu dari fb juga. Ramai yang upload, suruh tengok matahari.
      Betul tu, kak Sal. Cepat sangat masa tu.

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea