Friday, January 09, 2015

citer cuti sekolah

Lamanya tak tulis sini. Anak-anak dah balik dengan saya. Saya pun jarang online. Habiskan masa dengan anak-anak. ^_^

Dah tahun baru 2015 dah kita ye. 

Dalam entri sebelum ni, saya ada sebut, nak buat projek untuk diri sendiri, kan. Masa bulan November, saya ada join kursus pendek menjahit tudung 2 layer, dengan Kolej Komuniti Manjung. Ini kelas kedua saya join dengan kolej komuniti. Kelas pertama, bulan sebelumnya, saya ambil kursus pendek asas jahitan.

Nak tengok tudung saya jahit? Malu tau, nak tunjuk. Sebab senget kat bawah tu. Saya tahu, silap kat mana. Saya tak de pengalaman handle kain jenis lembut dan licin ni. Selalu saya jahit lining bag kait saya, saya guna cotton. 


Cer tengok bahagian bawah tudung. Kan senget tu. Rasa tak puas hati, nak jahit tudung lain. Kain pun dah beli. Tapi mood jahit tudung pulak hilang, jadi lain kali saya jahit tudung lagi, saya tunjuk yek. Masa saya siapkan tudung 2 layer tu, baru saya sedar kenapa tudung mahal. Rupanya bukan senang yek nak jahit tudung layer-layer ni. 

Projek jahit untuk diri sendiri yang kedua, saya jahit hand socks.


Guna kain jersey. Beli kat nagoya. Selesa juga pakai. Cadang nak buat lagi.

Selain tu, ada juga saya alter seluar sekolah Hafizan dan Sulaiman. Sekali jahit, 3-4 hari saya tak online, sebab jahit slow, walau pun guna mesin jahit. Takut salah atau senget.

Lagi, seperti ibu-ibu lain yang punya anak sekolah, jahit lencana la, apa lagi.


Dah ada 2 orang dah PBSM rumah ni. Hafizan ikut jejak Amirul, PBSM juga. Kali ni, cikgu pulak yang assign kan, tak macam Amirul dulu, boleh pilih-pilih nak masuk persatuan uniform mana.

Sekian cerita projek jahit.

-----------------------------------------------------

Cuti sekolah, bila ada hari husband off kerja, kami pi la nyongket anak-beranak. 

Aeon Manjung pulak dah pun buka TGV Cinema. Kami pun pi la try tengok camna... 


Ok, skrin dia lagi besor dari skrin MBO Sitiawan. 

Lain hari, kami pi Gopeng pulak, beriadah di Gua Tempurung.


Cantik tau, dalam gua ni. Rasa sangat besarnya kuasa Tuhan, boleh jadikan macam-macam rupa kat dalam gua ni. Semput juga jalan dalam ni. Bagi yang dah biasa naik tangga, takpe kot. Kalau kome tak pernah datang lagi, pi la sana. 

Budak-budak suka!

Memang pengalaman yang best. 

Lain hari pulak, bawa Sulaiman daftar darjah 1.


Ala baby kecik mama ni dah masuk darjah 1. :-)

Lain hari pulak, pi nyongket Taiping pulak.


Kebanyakan hari kami jalan ni, hujan je. Pi Tepeng hujan. Pi Gua Tempurung pun hujan.

First time kami singgah Doli Kuetiau. 


Ok. Sedap-sedap.

Itu je la cerita kali ni. 

Terima kasih pada kawan-kawan yang bertanya. Rumah Yati kat Perak ni tak kena banjir, Alhamdulillah. Rumah mak mertua kat Tumpat, Kelantan, juga tak banjir. Cuma jalan hubungan dengan dunia luar terputus, sebab semua jalan masuk ke kampung dinaiki air. Bekalan makanan cukup, Alhamdulillah. Anak sedara suami yati ada sorang kerja nurse kat kuala krai, berulang setiap hari dari tumpat. Masa banjir teruk tu, dia ambil masa 7 hari untuk sampai rumah. Itu pun naik bot 2 kali, dan husband anak sedara datang jemput naik lori pasir untuk ambik dia. Dasyat, kan. 

Semoga mangsa banjir di Kelantan diberi kekuatan untuk hadapi ujian ini.

Jumpa lagi.

14 comments:

  1. Rajinnya yati menjahit.. memang susah sikit handle kain licin.. saya pun belun berani..
    sulaiman pun siap daftar ek. Tahun depan semua dah sekolah la ek.. dah besar2 semua..
    Senang ajak g tgk movie kan.. sedap nmpk k.teow tu..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah guna mesin jahit tu, rasa syok pulak, Zila. Tu yang buat projek jahit tu. :)
      Ooo.. ye ke Zila.. memang kena praktis banyak yek, kalau guna kain licin ni.
      Itu la dia, tiga-tiga boys kat rumah ni dah sekolah, senang juga, sebab satu tempat. :)
      Sedap juga Zila, kuetiau tu. Bagi Yati la. Tapi dengor review dari beberapa blogger, kuetiau tu tak sesedap masa dia masih buka warung dulu.

      Delete
  2. sikit lagi yati dh boleh ambil tempahan tudung....
    wah sulaiman dh naik darjah 1?????
    cpt sungguh masa berlalu...rasa baru je tgk dia bb lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. tempahan tudung tu tak kot, kak. Mungkin jahit sendiri pakai boleh la kot. :)
      Ha ah kan kak, cepat betul anak-anak ni membesor. Teringat dia masih baby lagi, tapi dah pandai dah ropanya bawak diri.

      Delete
  3. Berbakat akak menjahit. Semoga dipermudahkan kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Masih lagi merangkak dalam menjahit ni. :)

      Delete
  4. Keunikan tasik taiping ni ialah pokok2 rendang yang sangat cantik. Kena cari balik gambar2 lama ketika singgah situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul. Memang cantik pokok-pokok lama kat lake garden tepeng tu. Rasa tenang je bila pergi sana. :)

      Delete
  5. yati....hehehe...akak pun x suka jahit tudung tu...pakai pun x suka...tp x pernah try fareeda punya pla...besar dah sulaiman.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke... kak suzie. Yati semua tudung pakai je. Yang ni kita boleh adjust tutup dada, jahit sendiri, kan. Yang fareeda tu, kecik dan pendek. Orang le kata, yati pun tak pernah try fareeda.
      ha ah kak... sabor je la, melayan karenah dia darjah 1. Buku pun tak reti susun lagi, ikut jadual.

      Delete
  6. waa..pndai jugak jahit tudung ye..
    ramai kata citer hobbit tu best

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh le sikit-sikit, Lya. Buat pakai sendiri.
      Ha ah, ok citer hobbit tu. Kalau minat dan follow lord of the rings, hobbit latest ada citer sikit benda berlaku sebelum fellowship of the ring. (lord of the rings no 1).

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea