Wednesday, January 14, 2015

Bag mat despatch

Sibuk tak? Letih, kan... anak-anak dah start sekolah ni. Pagi-pagi buta dah bangun buat breakfast, hantor anak sekolah, waktu rehat pi jenguk anak darjah 1 sat, tengok dia pandai beli makan tak, balik sekolah pi amik dia orang, petang balut buku, suruh anak buat homework, ngaji quran dan iqra', masak benda simple-simple, malam je pengsan tak sedor diri. Hahaha....

Ok ler... projek kait terbaru yati siapkan ialah... bag mat despatch.


Bag sandang ni macam bag yang selalu dibawa oleh mat despatch tu. Guna lebuh kurang 7 buku benang akrilik jepun.


Muat letak fail saiz A4 kat dalam.


Bahagian dalamnya, yati jahit lining dari kain cotton, dan ada poket berzip kat dalam.

Jemput singgah kedai online saya ye.. ^_^


Hari ni sekolah anak-anak bagi duit RM100 seorang, bantuan khas awal persekolahan tu. Alhamdulillah... 

Cuaca dah 2 hari panas terik. Semoga air di kawasan banjir semakin surut. Hari tu Yati sekeluarga pergi ke Teluk Intan. On the way sana, masa lalu lepas area Lekir camtu.. ada satu kampung dilanda banjir. Sebab rumah dia orang tepi jalan, jadi boleh nampak la macamana. Pertama kali Yati tengok depan mata, kampung dilanda banjir. Dia orang duduk dalam khemah tepi jalan je. Rumah separuh tenggelam dengan air. Bila siang mesti panas. Kalau malam pulak, mesti ada nyamuk, kan. Adoi.. cian tengok. Semoga segalanya dipermudahkan bagi dia orang.

Jumpa lagi ye. Take care semua.. 


14 comments:

  1. mmg penat sgt2 yati.....skrg ni terkejar2 dgn jln yg jem.....masa yg begitu cpt berjalan.....adeh....
    cantiknyahasil tangan yati ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la dia, ye kak. Sibuk, kerja banyak, kan.
      Terima kasih, kak Nza.

      Delete
  2. Salam. Hee sungguh kreatif beg mat despatch itu.

    ReplyDelete
  3. akak pun sibuk yati...rasa nak longgar lutut segala...

    ReplyDelete
  4. mmg cantik sgt.. sesuai jugak bdk2 bawa ke kafa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Lya. Ha ah, boleh jugak tu. :)

      Delete
  5. Cantik beg tu yati.. :)
    memang letih la yati bila sekolah dah mula... saya seminggu tengok anak kat sekolah pun balik terua pengsan.. hahaa... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Zila. :)
      hahaha.. sama la kita. Zila lagi lama ya, tengok anak. Yati 3 hari cukup la. Itu pun hari ketiga bapaknya yang pergi, ngintai balik pokok, sulaiman beli kat kantin.

      Delete
  6. Kemasnya hasil kait Yati. Saya baru belajar mengait dgn betul, sebelum ini kait hentam ikut sedap rasa ja - betapa la penatnya! Tak blh belajar dgn org sbb saya ni lembap no.1, buat cikgu bertambah tension. Belajar sendiri baru masuk, tapi berpuluh-puluh kali kait & tanggal, baru jari-jari ni paham jalan crita. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. You go girl! Usaha tangga kejayaan. Memang kena praktice banyak knitting ni. Teruskan usaha anda! :D

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea