Thursday, December 31, 2015

Hasil sepanjang tahun

Saya nak tulis satu entri di hari terakhir tahun 2015.

Semenjak dua menjak ni, sibuk dengan persiapan anak ke sekolah. Semalam Amirul ada orientasi Form 1 kat sekolah dia. Lepas tu, siapkan korje membalut buku teks Hafizan dan Sulaiman. Amirul boleh buat sendiri, lagipun dia kata buku teks dia semua ok, sudah berbalut. Esok nak pergi beli buku latihan Hafizan dan Sulaiman. Ada 2 hari je buka untuk dibeli. 

Sulaiman ada baki nametag dari tahun lepas, jadi dah boleh lekat terus.

Jahit nametag dan lencana
Amirul belum dapat lagi lencana. Hafizan tunggu dulu, tunggu dapat vest pengawas, mungkin tak perlu jahit lencana pun, macam Amirul tahun lepas.

Lepas ni rutin seperti biasa bermula semula. Huuuu... kuatkan semangat... 

Saya nak share hasil kraftangan yang terhasil sepanjang tahun 2015 ni. Marilah kita tengok...


Alamak, ketinggalan 1 gambar blanket ripple dalam collage di atas. 2 ripple blanket dalam setahun. Satu sebagai ready stock, satu lagi tempahan customer. Fuh... boleh tahan yek... saya nak cuba untuk hasilkan lebih banyak, tapi kederat tu kadang tak ada. Bila anak start sekolah, saya pun sibuk, jadi driver, urus rumahtangga, etc. Tapi akan cuba hasil lebih banyak kraf, seiring dengan stok benang yang semakin banyak...

Kiri benang local, kanan benang import. Masih ada ruang kosong untuk tambah stok benang import. Hehe... ops.. Astaghfirullahalazim...
Bestnya tengok benang. Saya suka. ^_^

Tahun 2016 ni lagi mencabar pada saya, sebab 2 yang kecik sekolah sesi pagi, manakala yang sulung sesi petang. Penuh 1 hari. Might be kelam-kabote mula-mula, tapi kena susun jadual elok-elok, yang pagi ngaji seperti biasa, tapi yang petang plan nak selit after maghrib untuk ngaji. 

Semoga Allah beri kita kekuatan, pada saya, pada kawan-kawan semua, ibu-ibu, bapa-bapa, untuk laksanakan tanggungjawab kita sebaiknya. 

Saya sangat bersyukur tahun ni, banyak kesenangan diberi, semoga Allah tetapkan hati untuk ingat yang kurang nasib baik di saat kita bernasib baik. 

Suatu hari, mengadap Nando's
Last sekali makan Nando's, lebih kurang 13 tahun dulu kot, masa masih kerja kat KL. Ish ish ish.. sedapnya.. 

Itu je la kot nak tulis. Selamat membuat persiapan kembali ke sekolah ye..
May the force be with us...

Jumpa lagi... 

http://yatiandstitch.blogspot.my/

Sunday, December 20, 2015

Knitted monster

Projek knit-a-long group knitting (kait 2 jarum) kat FB.

Dah lama siap. Masih on going projek ni. Tarikh akhir tak silap pada 30 ke 31 Disember ni, last untuk submit monster.

Tak pasti monster saya ni ada ropa monster tak. Monster tak berapa nak ganas. :)


Apa nama stitch kat atas ye? Ladder ke, mattress stitch ntah... Untuk cantum 2 knitted pieces, biasanya saya jahit seperti di atas, invisible jahitannya. 


Haa.. inilah monster yang sudah siap. Nama dia, monster jambu berambut blond. Hehe..


Rambut panjang tapi ciput je. 

Apa nak cerita lagi ye? Ha, semalam kami pi family day ofis suami saya. Terletak di Murni Camp, Gopeng, Perak. Pergi pagi, balik malam. Tak bermalam pun. Tapi the best family day ever, dapat cuba flying fox, dan white water rafting. Peh... saya sendiri pun tak sangka, seronok rupanya naik bot, mendayung menyusuri sungai yang berombak-ombak tu. Itu la dia, kalau kita tak cuba sendiri, tak tahu kan. Malangnya tiada gambor, sebab aktiviti pun memang basah, tak bawak segala gajet dan jam, juga hari pulak hujan. Nak kesana kena naik lori, ala pekerja estet. Anak-anak pun suka. Saya recommend bawa family pergi holiday sini. Chalet pun ada. Facebook depa ada, blog pun depa ada, youtube pun depa ada. Google je Murni Camp Kampung Jahang Gopeng Perak. Two thumbs up!! ^_^

Jumpa lagi ye.
Take care semua...

http://yatiandstitch.blogspot.my/


Tuesday, December 15, 2015

My 2nd Run dan Spotlight

Saya pergi KL hari Khamis lepas.


Cadangnya nak naik ETS dari stesen Batu Gajah. Tapi tiket habis. Full. Yang ada pukul 4 petang, padahal saya 1030 pagi dah tercongok kat situ. Kebetulan ada train KTM berenti situ dalam masa 10 minit, saya pun beli la. Ekspress Rakyat. Saya naik ketapi!!! Hehe.. arwah mak cerita, pernah bawak saya naik ketapi masa kecik, tapi manalah saya nak ingat. Excited naik ketapi. 

Laju, sebab dia berenti stesen yang besor je. Pukul 1 suku dah sampai KL Central. Backpacking. Sorang-sorang. Husband akan nyusul kemudian, dia korje lagi. Lepas tu, naik LRT pulak sampai stesen Kelana Jaya. Rindu naik LRT. Dulu masa korje kat Jalan Yap Kwan Seng, hari-hari LRT.

Saya stay rumah kakak di Subang. 

Nape saya datang KL ni? Sebab saya ada masuk run. 

Hari sebelumnya, nak amik mood, pi beriadah di FRIM. 


Kakak-kakak saya setiap minggu masuk run. Kali ni sebab cuti sekolah, saya pun join sekaki. Register dah lama dah.


Saya di depan, pegang handphone. Belakang kiri, kakak sulung saya, Kok, dia marathon pun pernah. Giler.. Belakang kanan, kakak tengah saya, Atam, pun selalu join Kok, banyak dah run masuk semenjak setahun dua yang lepas.


Ada ayor terjun kecik ye, kat FRIM ni. Kakak-kakak berdua ni dah banyak kali datang sini, praktis. Sini ada bukit kan, mencabor sikit. Saya baru first time datang sini.


Deme ni tak pernah kena pacat. Tapi saya hari tu, boleh la pulak kena gigit pacat. Itu pun tak sedor bila kena, pacat dah takde. Ada darah kering je kat kaki. Bertuah betul...

Keesokan harinya, hari yang ditunggu-tunggu. Hari Run. Kami bertiga masuk 12 km. 

Subuh kat parking lot. Lepas warm up, berlepas. 

Masa 3 km pertama run kan, saya semput. Wheezing. Napas heeee hok, heeee hok, macam donkey dah. Inhaler ada dalam poket, tapi tak guna pun. Saya control napas je, tarik napas dalam-dalam, tahan 4 saat, dan lepas ikut mulut. Sambil berlari tau. Sampai km ke 4, ada water station, lepas minum air, semput pun hilang dan terus ok sampai habis run. Alhamdulillah...

Bagus penganjur ni, ada marker tepi jalan, bagitau dah berapa km kita lari. Saya pendekkan cerita ya, banyak sangat gambor amik sepanjang larian.


Contohnya macam gambar di atas,  marker waktu dah sampai 5 km. Saya lari dengan Atam. Kok dah jauh ke depan. Sebab ni, saya punya first 12 km run, Atam jadi pacer. Kalau slow sikit, Atam tunggu dan suruh cepat, cepat. Huhuhu... cameraman pun dia juga.

Ada waktu, rasa kaki berat, bontot berat. Saya lebih banyak berjalan dari berlari. Tapi langkah besor-besor. 

Akhirnya habis juga, selamatttt....

Me - running

Kok dah sampai awal-awal, jadi dia tunggu. Dia 12 km, 1 jam je. Gila tak? Saya berapa lama amik masa untuk 12 km?
2jam 8 minit. Kah, kah.... macam makcik pun ada, pakai tudung soft awning ni. Lantak ler macam makcik pun.


Tudia.. bacaan Runkeeper saya. Ni free app, boleh download dari google playstore. Kalau kawan-kawan nak jogging, elok pakai Runkeeper ni. Tengok pace saya, tak laju pun. Semalam punya hiking, lupa pulak tukor ke run.


Alhamdulillah... selamat habiskan run. Takdelah di tempat terakhir. Ada orang lagi last. Heee.. suka, suka. 
Saya lari untuk sihat. Sebelum ni saya boleh lari non-stop. Tapi sejak simptom tiroid tu keluor, saya mudah letih. Tengok tu, alasan kan. Sebenornya, lari la boleh hilangkan sakit-sakit ni semua.


Ntah bila lagi dapat masuk run kat KL lagi. Cuti sekolah tahun depan la pulak, gamaknya.


First medal saya dapat. Masa first run yang saya join Jun lepas, takde medal, 5 km je.


Sijil penyertaan.
Sukanya dapat lari. 
Suka juga, sebab dapat pi Spotlight Ampang Point. Peh... gila yek, pergi sana. Kena bawak duit banyak la. Berikut barang kait yang saya beli di Spotlight. 


Benang yang saya tak pernah jumpa, double pointed needles, dan circular needles untuk knitting. Mata untuk amigurumi. 

Alhamdulillah... 
Saya dah balik Perak dah ni. Lepas ni kena beli barang sekolah anak pulak. 
Jumpa lagi, take care... ^_^


Wednesday, December 09, 2015

Crocheted covered basket

Minggu pertama cuti sekolah, kami balik Kelantan. Kampung dah jadi lain, sebab tengah ada projek lebarkan jalan. Hari terakhir di Tumpat, hujan turun lebat sangat, tak henti-henti. Pukul 1 pagi bangun, suruh husband check kete, takut air naik. Dia pun pi la, mamai-mamai buka pintu. Hehehe... nasib air tak naik. Itu la first time saya rasa hujan lebat sangat masa dok kampung suami. Semoga orang-orang kampung selamat hendaknya di musim tengkujuh ni.

Masa perjalanan balik, hujan sepanjang jalan. Cuma bila dah sampai Grik je, hujan berenti. 
Anak-anak dah takde, sejak minggu lepas, dia orang pi KL, aunty dia orang ambik, tapi esok saya akan menyusul, naik ETS. Suami korje lagi. Projek apa kat KL tu? Hehehe... nanti saya citer ya, tunggu.... ^_^

----------------------------------------------

Projek kait mengait kali ni, saya nak buat bakul bertutup. Buat isi duit. Tabung dah bocoq. Letak banyak syiling. Simpan syiling ni nampak je tak banyak, tapi sekali masuk tabung haji, mesin kira syiling tu, 70 hinggit juga. Patutlah handbag berat nak rebeh. 

Gambor berikut masa saya mula kait bahagian tapak. Guna 3 benang, kait sekaligus. Bior tebal. Kena guna benang nona, ondori atau wina. Kalau benang minlon, dia lembut, tak jadi kang.

Mengait sambil dengor radio, lawan segelas kopi, wah... syok!
Sambil main game facebook pun boleh sambil kait menatang ni. Sebab semua single crochet je.

Time ni dah jadi ropa basket..

Suka bebenor guna crochet hook bamboo. Peberet.
Lepas tu, buat tutup bekas pulak. Suka hati je, pilih color lain. Yor lantak, sendiri mau pakai.

aik.. macam pelik je ropa dia
Ha.. dah siap pun. Ate.. tak sah la kalo tak tepek bunga sekuntum... 


Boleh tahan besor la juga.



Gitu ler hasil mengait kali ni. Untuk kegunaan sendiri. Tapi kalau berminat nak order, boleh je. Boleh request color apa nak, email ya.

Pi supermarket semalam, ramai dok beli barang sekolah. Kami belum lagi ni, tunggu anak balik baru pi beli. Yang boleh dipakai lagi, pakai la.
Selamat ye semua, jumpa lagi, take care... 

http://yatiandstitch.blogspot.my/


Sunday, November 22, 2015

Result UPSR dan Ripple Blanket

Lambat sikit nak cerita. Amirul dapat 5A dalam UPSR dia. Alhamdulillah... syukur sangat. 

Slip result


Trial dia 3A,2B. Ingat ke, Pemahaman tu dia dapat B. Alhamdulillah...

Mama dengan Amirul
Apa la mama ni, amik gambar, tengok arah lain. Hehe.. ramai mak bapak yang datang ke sekolah masa hari result diumumkan tu. Saya tak hantar Amirul tuition, tapi dia tak pernah miss kelas tambahan yang sekolah dia buat. Usaha dia sendiri la, dengan tunjuk ajar cikgu-cikgu. Saya tolong dia sikit sangat, kalau ada soalan dia tak boleh buat, baru dia tanya saya. Syukur pada Allah.

*****************************

Baiklah, saya cerita pasal selimut pulak ya. Selimut ni antara 2 projek besar yang ditempah customer. Lagi satu projek, yang saya ada cerita dalam entri sebelum ni.

Projeknya, selimut ripple.


Ni masa mula start projek. Letak semua bahan dalam bakul. Senang dibawak ke hulu ke hilio. Sat depan tv, sat dalam bilik, ikut mood.


Itu keadaan masa mengait dalam bilik. 


Ni perkembangan, semakin besar nampaknya.


Gambar atas menunjukkan benang yang saya guna, semuanya benang local. Brand wina, nona, ondori dan minlon. Hampir nak siap.

Sulaiman kiri, Hafizan kanan, pegang selimut yang sudah siap

Bertuah betul si Sulaiman, suka buat muka waktu ambik gambar.
Dah siap dah pun blanket. 

Hafizan punya result periksa, dia kekal dalam kelas pertama, dan dia juga dapat offer jadi pengawas. Mama pun tak pasti Hafizan boleh jadi pengawas ke tak, badan keding sekeping tu. Takut kang budak lain tolak, tumbang. Tapi cikgu yang offer tu, jadi agaknya cikgu nampak kot potensi Hafizan.
Sulaiman pulak kekal kelas kedua. Tak naik, tak turun. Kena usaha lebih Sulaiman ni. 



Yeh.. dah siap. Alhamdulillah.. lega, customer pun dah dapat kedua selimut yang ditempah.

Sekarang dah pun cuti sekolah. Boleh la rileks sikit. Pada kawan-kawan yang nak pi bercuti, take care dan be safe. 
Jumpa lagi. ^_^

http://yatiandstitch.blogspot.my/

Friday, November 13, 2015

Selimut Bintang

Hari ni saya nak ceritakan tentang salah satu hasil kerja tangan besar yang baru saya siapkan. Besar pada saya, sebab ia adalah projek yang tak pernah saya terima tempahan, yakni blanket baby. Cabarannya pula, customer hendak design star tapi blanket bentuk square. Dari carian saya di internet ni, banyak sangat pattern star blanket yang tetap kekal bentuk star hingga siap. Tapi, ni dah lain, blanket star tapi bentuk empat segi. Takpe, kita cuba buat. Berusaha!

Berikut gambar-gambar sepanjang proses saya mengait... 

Ni masa baru start

Bertambah warna..
Lagi bertambah warna
Lagi bertabah besar...

Setakat gambar di atas, siap sudah bentuk star. Seterusnya, saya kait background pula. Saya google, tapi tak jumpa pattern square star blanket. Jadi, hasil kaitan berikutnya lahir sepenuhnya dari kepala otak saya ni. Ada 2 cara boleh kait backgorund supaya jadi square, 
1) Kait keliling star terus
2) Buat bahagian demi bahagian setiap sisi star

Saya pilih cara kedua. Nampak benor saya ni tak boleh multitasking, ye dak. Tapi saya lebih selesa siap bahagian demi bahagian. Saya nampak blanket ni macam bintang yang dilukis atas kertas dan perlu diwarna. Mesti kita color bahagian demi bahagian, kan. Jom...

Background bawah
Tudia, saya kait dari bawah, background star. Pattern? Sendiri punya, dengan teori bahawa slip stitch adalah stitches yang terpendek dan double treble adalah stitch yang tertinggi. 

Background tepi
Kalau saya terkurang, takpe, saya boleh cover. Kalau terlebih, kena buka balik kaitan. Itu pun bagi setiap sisi, tak tau la berapa ratus kali saya tarik, kait, tarik buka balik, kait balik. Camtu la ceritanya.

Background atas kiri
Saya kait ni, pembaris panjang duduk kat tepi. Guide supaya lurus segiempatnya.

Backgroung atas kanan
Bahagian kanan bawah
Ok, ada bahagian yang ada lebih stitches. Kalau tengok gambar di atas, ada bahagian saya kelepet kan. Boleh repair lagi nanti.

Background dah siap!
Mana stitches terlebih, saya kurangkan, supaya jadi se-segiempat yang boleh. Jadilah seperti gambar di atas.

Buat border pulak..
Border pun ikut color star.



Yeh.. dah siap.


Saya ambil masa hampir 2 bulan juga nak siapkan selimut baby ni. Terima kasih pada customer yang memahami. 

Satu lagi projek besar, saya akan ceritakan dalam entri akan datang. 
Minggu depan adalah minggu terakhir sekolah. Lepas tu cuti panjang. Bestnya... 
Jumpa lagi, dan take care... ^_^

http://yatiandstitch.blogspot.my/