Wednesday, October 29, 2014

Amigurumi kucing kecik

Yati pernah buat amigurumi kucing kenit ni dulu, untuk ready stock. Tapi tak bertahan lama dalam stock, sudah dibeli orang. Kali ni, Yati buat color oren pulak.

Pada saya, part paling mencabar adalah masa nak embroider muka dia.


Harap-harap jahitan mulut atau hidung tu tak senget. Yati lakar sikit guna pen. Tapi nipis la, asal nampak.

Masa nak mencantum kaki, tangan, pun mencabar juga. Juga takut senget. Yati pin dulu dengan jarum peniti kat tempatnya.


Bila dah siap, memang rasa syok. ^_^


Itu meow, melepak di luar rumah.


"Panjangnye rumput. Apa punya tuan rumah daa, malas potong rumput," cakap Meow. Hehe...

Ada dengor radio THR Gegar tak? Permata Pantai Timur. Saya tak dapat siaran tu, tapi saya dengor melalui astro radio. Pasang time buat kerja rumah, sambil memasak, sambil menyapu. Dia ada pasang satu lagu ni, tajuknya Ngape Bior Semak, nyanyian Anak Semantan. Lagu ni dalam lorat Pahang. Antara liriknya...

Ngape bior semak?
Ngape bior semak?
Tanah sekangkang kera, ngape bior semak?

Ha, kan dah terkena sebijik atas batang hidung. Sekadar peringatan pada diri sendiri juga, sebab malas cabut rambut. Kalau tak pernah dengor, ni link dia kat youtube. Hehe.. 

Jumpa lagi, bye....



Thursday, October 16, 2014

Owl Plushie

Projek terbaru, gabungan knit dan crochet. Bantal kecik burung hantu. :)

Owl plushie - pandangan depan

Badan owl ni yati knit. Manakala bulu 3 lapis kat depan tu di crochet. Lepas tu tepek mata dan hidung guna kain felt.

Owl plushie - pandangan sisi

Berikut gambar meja kerja Yati masa buat projek ni.


Situ la Yati online, situ juga Yati menjahit. Itu pasal Yati tak boleh ada banyak projek pada satu masa, sebab dikhuatiri akan menyemakkan ruang tamu. Namun begitu, saya menyimpan hasrat untuk punya billik jahit atau bilik kraf sendiri, supaya boleh kekalkan keadaan semak semasa ada projek atau tiada projek tanpa mengganggu ketenteraman awam. Hehe...

Sibuk tak? Saya sibuk sikit. Hujung minggu ni anak-anak ada sukan. Apa?? Hari Ahad kena pi sekolah bersukan? Aiyaaa.... layan je la... ^_^



Thursday, October 09, 2014

Felt keychain - Turtle

Dah lama tak buat felt crafts. Asyik mengait je. Hari tu, Yati pun buat la felt keychain.

Turtle pink and blue

Tak pernah buat lagi keychain bentuk turtle ni. ^_^

Pagi tadi kan, pergi kedai. Selalunya, kalau Yati pergi beli roti, husband duduk dalam kereta. Tapi pagi ni dia keluar, pergi kedai lain. Yati boleh lupa pulak nak letak kupon parking kat atas dashboard. Tengok-tengok ada 'inspektor gadget' tampal surat kompaun kat wiper kereta. Pergi tak sampai 5 minit, dah kena. Sakit juga hati kita ni, sebab orang lain yang parking kat garisan kuning, yang kat tempat tak dibenarkan parking, boleh pulak lepas. Tapi kita ni, tak sampai 5 minit sudah kena sebab tak pamerkan parking kupon. Nasib.... huhu... 

Ok ler... semoga hari anda semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. ^_^



Thursday, October 02, 2014

Topi Puff Stitch

Assalamualaikum...
Hello semua...

Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan gembira. Semangat! Semangat! Walau pun cuaca agak mendung dan rasa macam nak tidor. :-)

Ok la. Projek kait Yati yang seterusnya, ialah topi puff stitch.

Dari depan

Coraknya agak berlubang-lubang.

Pandangan sisi
Guna benang akrilik. Agak slouchy di belakang.

Dari belakang
Kait topi ni tak ambil masa yang lama sangat. Tapi sebab Yati salah kait, kena buka semula. Puff stitch ni, mula-mula tricky juga. Sebab ada banyak benang di hook pada satu masa masa nak kena tarik tu. Tapi lama-lama boleh la.

Hujung minggu ni, Raya Korban. Yati tak balik Kelantan. Husband tak cuti. Kalau balik, meriah raya sana. Hari-hari makan daging. Hehe..

Jumpa lagi. Selamat melakukan ibadah korban sempena Raya AidilAdha ni. Hati-hati di jalanraya kalau balik kampung.

Take care... ^_^



 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea