Thursday, September 25, 2014

Amigurumi kucing duduk

Sape sini suka kucing angkat tangan. ^_^

Yati pun suka. Tapi kat rumah tak bela pun.

Dulu ada bela. Arwah mak punya kucing. Masa tu, Yati belum habis belajar gi. Itu la kucing terakhir bela.

Ha, kakak Yati yang duduk kat KL tu ada bela kucing. Tumpang manja kucing dia je la. Itu pun kalau pergi KL.

Kita kait amigurumi kucing je la. Kucing tengah duduk.


Agak susah nak kait bahagian kecil kucing ni, macam tangan, kaki dan ekor dia. Maklum ler, jari kita besor.


Suka kucing! Hehe.. nak juga ambil gambar kat luar, dengan kucing yang pernah buat dulu.


Yang ni pun masuk kedai juga. Jemput singgah ye, kalau nak tahu harga dan ukuran dia.

Bela kucing ni perlu komitmen yang tinggi. Macam jaga anak juga. Kalau kita nak bela, jaga dan didik la kucing kita baik-baik ye, jangan la sampai menyusahkan jiran tetangga seperti 'membuang' depan pintu orang. Tak pun, tak bawa kucing pergi neuter (bagi jantan) atau spay (bagi kucing betina), pastu dia beranak banyak-banyak, pastu tak boleh bela, campak kat pasar. Memandulkan kucing bukan la satu tindakan yang kejam ye, tapi membiarkan binatang ni beranak banyak-banyak dan mencampaknye atau tak mampu bagi makan, lagi ler kejam ye. Peh.. membebel pulak. Payah kalau ada jiran macam ni. Oppss.. 

Orait jumpa lagi... take care semua... 


Saturday, September 20, 2014

Brooch bunga crochet

Yati tengah cedok nasi, dari rice cooker ke dalam pinggan. Nak bagi anak-anak makan. Tiba-tiba ada zombie masuk dari pintu dapur.

Yati ambil pisau dapur, cucuk zombie tu kat dahi. Haa... mati kau.

Tiba-tiba bunyi telefon. Yati pun terjaga. Husband call, ajak breakfast kat luar.

Sampai mimpi la, hari-hari tengok Walking Dead.

Dia nak tunjuk season baru tak lama lagi. Jadi dari hari Isnin sampai Jumaat, kat channel Fox, 710, dia tunjuk dari season 1. Sekarang dah masuk season 4. Tak sabor le nak tengok yang baru. My favourite tv show. ^_^


--------------------------------------------

Lepas buat projek besor, rasa macam nak buat projek kecil-kecil. Jadi, Yati pun main la dengan bunga-bunga.


Kesemua bunga di atas adalah brooch. Yati terima tempahan, juga ada yang ready stock, sudah masuk kedai. Harga dari RM2 ke RM5 sebiji. Boleh la singgah ke kedai Yati ye, kalau nak tengok ukuran dan harga macamana. 

Jumpa lagi, take care semua...



Wednesday, September 10, 2014

Crocodile stitch shawl - Siap!

Tadaaa....


Fuh... lega dapat siapkan. Alhamdulillah...

Date start projek: 12 Disember 2013
Date siap projek: 9 September 2014

Tu dia... lebih kurang 9 bulan buat shawl ni. Ambil masa lama sebab sisik-sisik ni, lepas setiap satu siap, kena tarik-tarik sikit supaya terbentuk. Dah ler tu, patternnya berulang. Walau pun kita dah boleh hafal pattern nya, tapi buat benda yang sama berulang kali cepat buat kita rasa bosan.


Gambar menunjukkan ukuran shawl dalam inci. Sesuai dipakai di tempat sejuk. Guna 2 jenis benang.

Lilac and white yarn: 100% wool
Beige yarn: Acrylic

Guna habis 8 roll benang wool tu, ICE yarns, dari Turki. Benang acrylic tu pula local, brand Wina. Shawl ni Yati masukkan dalam ready stock kedai Yati. Ye, Yati suka buat barang ready stock banyak-banyak, supaya kalau ada jumpa offer buka booth lagi, boleh la join.


Yeh..  lepas ni boleh buat projek baru. Sukacita dimaklumkan, Yati punya work-in-progress projek semua dah siap. Shawl ni lah yang last sekali. Lega...

Lama juga tak update cerita kat blog ni. Kawan-kawan sihat ke? Harap semuanya sihat-sihat dan happy belaka. Pada kawan-kawan yang ada anak sedang periksa UPSR sekarang, good luck dan semoga berjaya.

Jumpa lagi. Take care semua... ^_^