Sunday, June 22, 2014

Pencil case dan karipap

Lama betul tak update cerita kat sini.

Yati sekarang tengah usaha nak selesaikan semua unfinished project sebelum ni. Berikut salah satu projek terbengkalai yang berjaya disiapkan. Knitted pencil case. Takde la sepenuhnya knit, campur crochet sikit.

Pencil case: Depan

Ni cubaan pertama Yati kait pencil case bentuk bulat. Sebelum ni, buat bentuk 4 segi macam pouch tu je. Pattern juga ikut citarasa sendiri. Mengait ikut sesedap rasa.

Pencil case: Dalam

Bahagian dalam ada lining dari kain felt.

Yati dah masukkan dalam kedai Yati. Jemput singgah kalau nak tengok harga dan ukurannya ya.

---------------------------------------------------

Hari tu, Yati buat karipap. Hafizan suka sangat makan karipap. Selalunya, Yati beli karipap frozen di kedai 1 Malaysia. Malas dan nak cepat, kan. Tapi hari tu, mood rajin datang. Itu pun tak dirancang. Buat guna bahan yang ada di rumah. Minced beef dan kentang tak ada, jadi Yati buat karipap inti sardin, fresh dari dalam tin. Hehe..

2 jenis karipap

Karipap sardin untuk orang tua, dan karipap kosong (tak ada inti dalam) untuk budak-budak. Entah depa ni, suka sangat makan karipap kosong dari kecik.


Tu assistant Yati, Hafizan, tolong gelek karipap. 

Karipap kosong

Bukan saja karipap kosong, lebihan doh tu, Hafizan guna acuan kueh raya, dia buat bentuk lain.

Karipap sardin. Alamak, gambar kurang jelas pulak.
Sedap juga. Masuk bakul angkat sendiri. Hehe.. Dapat makan tea time untuk 2 hari. Budak-budak mintak buat lagi, tapi lain hari la pulak.

Tak lama lagi nak puasa. Selamat menyambut bulan puasa untuk semua muslimin dan muslimat. ^_^