Thursday, March 13, 2014

Crocheted container dan morning walk

Entri pertama bulan Mac. Sungguh kurang produktif. ^_^

Takde hasil sangat. Cuma, ada crochet container saje, buat kegunaan sendiri. Plan nye, nak buat banyak-banyak container ni, stand-by kot-kot nak join lagi mana-mana craft fair. Tapi setakat ni, baru siap satu. Produktif la sangat. Kui kui..


Yati guna benang tebal, thick acrilic yarn dari Daiso, dan ada tali nilon dikait bersama. Tak boleh nampak kalau tengok dari luar. Sebab benang daiso tu tebal.


Kait bersama tali nilon supaya container ni lebih kukuh. 

---------------------------------------------

Masa negara kita dilanda cuaca panas tu, Yati kurang sihat. Pulak tu, boleh 2 round pulak sakit tekak, batuk dan selsema. Bayangkan antara tugas kena masak for the family...

Kari ikan style utara Yati buat pada satu hari, letak bendi dan terung sekali. 

....sambil melawan rasa lemah-lemah anggota badan. Bukannya boleh mc pun, still kena jadi driver anak-anak juga. Most of the time, Yati letih. Itu pasal Yati tak update blog. Kadang-kadang Yati layan work-in-progress, crochet crocodile stitch triangle shawl...


... sebab pattern ni dah hafal, dalam kereta pun kita boleh buat juga, sambil menunggu anak-anak dan suami gunting rambut.

Tahukah anda... bermula akhir Disember tahun 2013, Yati start exercise jalan kaki? Hehe... progress Yati tidak lah seberapa, sebab Yati cuma berjalan, bukan berjogging pun. Masih berusaha ke arah tu. Sudah tentu matlamat nya, kalau dapat 1 round lari non stop pun, dah good enough for me. 

Yati berjalan di waktu pagi, lepas hantar anak pergi sekolah. Proud to say, bulan Januari hari-hari Yati pergi morning walk, cuma 2 hari terlepas sebab satu pagi, hari hujan, sementara satu hari lagi, routine trip to the hospital, amik darah for my thyroid.


Yati dah kurang kena asthma tau. Sebelum ni, Yati terjaga malam, semput, short of breath. Memang ingat nak mati dah. Tapi kuasa Allah, kan. Betapa hebatnya ciptaan Allah, badan kita ni. Yati tak makan apa-apa supplement, sebab atas nasihat doktor. Supplement tu boleh kacau ubat tiroid yang sensitif tu, jadi memang tak ambil apa-apa makanan tambahan. Tapi dengan izinNya, lepas yati exercise berjalan, Yati dapati, kahak sudah kurang, asma attack waktu malam sudah takde. Alhamdulillah. Melalui exercise, kita boleh melawan asthma, bukan exercise yang trigger asthma tu. Melainkan kita tak pantang, seperti kita still minum ais, atau duduk depan aircond. 

Morning walk ni juga seolah-olah macam satu escapism untuk Yati. Jalan-jalan tengok orang, tengok pokok, clearkan minda dari segala keserabutan jaga anak. Kih kih. 


Cantik tak pokok tu? Sape tahu apa nama pokok tu bagitau Yati ya, rasa macam nak cari, nak tanam kat rumah. Ada bunga pink, dan ada juga bunga putih.

Yati ada juga download free app, saje, nak tengok progress my morning walk. Application ni google punya, masa dulu mula download, dia takde function berapa kalori burn lagi. Sekarang ni baru ada. Berikut beberapa hasil morning walk yang Yati bangga sangat dengan pencapaian diri sendiri. ^_^

5.19 km!!! On 25th Februari 2014
Ni ada lagi satu..

6.52 km!!! Aaargh!! I feel great!!! ^_^  On 2nd February 2014
Tapi lepas 2 round kurang sihat tu, baru slowly nak catch up balik bulan Mac ni. Sebab kepala pun macam ting tong je waktu jalan.

Ni progress hari ni, 12th March 2014


Pelan-pelan kayuh balik. Sejak tak sihat hari tu. Mesti ada kawan yang tengah baca ni, tertanya-tanya, berapa berat yati sekarang, kan? Yati tak boleh share lagi la part berat tu. Sebab yati on thyroid medication ni. Jadi, Yati punya weight memang naik, tak turun, sebab Yati hyperthyroid. Means, kalau tengok yati gemuk, makna yati sihat. Kalau Yati kurus, makna yati tak sihat, hormon tsh dan t4 ada problem. Don't worry sangat about that, sudah 8 tahun yati ada masalah thyroid ni. 

So gitu la ceritanya semenjak dua menjak ni. Sekarang ni, hari ni, kita dah start jerebu balik. So tengok la camana, kalau bau asap kuat sangat, Yati tak rasa yang yati akan kuor buat morning walk ni. 

Hari ni juga sudah 6 hari kita tunggu berita tentang MH370 yang hilang tu. Hopefully, semuanya akan selamat. Apa-apa yang berlaku, tentu ada hikmah di sebaliknya.

Take care semua... ^_^