Saturday, February 22, 2014

Slouchy hats lagi dan pengumuman...

Topi yang pertama, untuk eldest sister Yati...


Benang ni campuran viscose 70% dan cotton 30%. Boleh tahan lembut, tapi tak selembut cotton elite yang Yati guna untuk knitted topi hari tu.


Topi ni ala-ala macam topi bob marley, dia punya slouch. Cuma warna je tak ikut. My sister pilih benang ni sendiri. Rainbow color yarn.

Topi yang kedua, untuk my second sister pulak. Hehe..


Masih pattern topi yang sama. Benang cotton aran. Benang ni ada weight sikit.


Kakak kedua Yati ni suka earth color. Tak coklat, hitam, peberet dia.
Untuk crochet slouchy hats macam ni, harga ialah RM70 kalau benang oversea dan RM50 kalau guna benang local. Interested? Boleh email yati_my@yahoo.com

Ada pengumuman penting Yati nak share kat blog Yati ni. Sebab majoriti customer datang dari sini juga. Copy and paste dari muka depan online store Yati.

Pengumuman Penting
Dukacita dimaklumkan bahawa Yati telah hentikan perkhidmatan tukar foto ke chart dan tidak lagi menerima tempahan cross stitch. Yati percaya, setiap apa yang kita buat, perlulah disertai dengan minat. Yati sedari yang minat Yati kini tidaklah ke arah itu. Setelah 6 tahun Yati transfer foto to chart, dan lebih 100 pattern yang Yati transfer, tidak termasuk tempahan cross stitch yang Yati share dan tidak share atas permintaan customer, Yati ingin ucapkan terima kasih atas sokongan anda semua. Maafkan Yati kalau pattern Yati tak sempurna. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari Yati sendiri. Terima kasih semua. ^_^


Cross stitch? Yati still akan buat, untuk diri sendiri. Cukup la tu, buat untuk orang je. Dah letih la. :-)

Have a great weekend semua....!!!

 


Wednesday, February 12, 2014

Slouchy hat dan makanan

Saya ada knit satu topi untuk kakak saya. 

Knitted slouchy hat - front view
Guna benang cotton. Kakak saya yang paling sulung ni request pattern, nak topi banyak lubang.

Knitted slouchy hat - dari tepi
Saya guna circular needles, knit in the round. Lembut benang cotton elite by Ice ni. Saya guna double strands, sebab dia agak halus.

Alhamdulillah, sudah pos dan sampai pada kok.

------------------------------------------------------

Hidup kita ni, ada ups and down nya. Kadang-kadang, mood kita boleh terjejas sebab faktor di luar kawalan kita, contohnya dari orang yang negatif. 
Kita tak boleh ubah orang, tapi kita boleh ubah penerimaan kita, atau respond kita dari tindakan negatif orang terhadap kita. 
Bagi Yati, untuk tukar semula mood kita yang down, dibuat dek orang negatif tadi, saya count my blessing. Buat senarai benda-benda yang kita syukuri. Contohnya...

Spagetti yang saya goreng satu petang
1) Syukur, Allah bagi rezeki makan spagetti. Walau pun resepi simple je, cuma goreng dengan udang, cili kering dan olive oil, tapi kenyang perut, Alhamdulillah.

2) Syukur, Allah kurniakan deria rasa, boleh rasa makanan yang kita masak, dengan lidah.

3) Syukur, Allah kurniakan kita tangan, boleh goreng spagetti.

Burger bakar daging
4) Sedapnya burger bakor, dah lama teringin, baru-baru ni dapat juga nikmati burger bakor yang sedap, rasa macam whopper Burger King pun ada. Patti daging yang lembut, nikmatnya masuk dalam mulut. Syukur ya Allah, atas rezeki ini.

5) Syukur ya Allah, di saat barang semua naik, kami satu family dapat makan luar lagi, bersama satu keluarga, dengan anak-anak dan suami.

6) Syukur ya Allah, di atas nikmat kereta, boleh pergi sana sini, jalan-jalan cari makan.

7) Syukur ya Allah, atas semua rezeki yang telah Engkau kurniakan setiap hari, untuk kami anak beranak, makan pakai semua cukup.

8) Syukur ya Allah, kerana bagi kami peluang nikmati hidup yang indah ini, dapat bernafas, udara, oksigen, percuma je.

9) Syukur ya Allah, kerana di saat ada orang dalam kebuluran atau tak cukup makan, kami masih cukup makan. Terlebih makan lagi.

10) Syukur ya Allah, di saat ada orang tak dapat nikmati makan, kena makan ikut tiub dan sebagainya, kita ada mulut, gigi untuk mengunyah, lidah untuk merasa, tangan untuk menyuap.

Itu baru dari segi aspek makanan. Belum lagi aspek lain. Tak ke bertuah tu? Kenapa nak komplen atau merungut lagi?  ^_^


Thursday, February 06, 2014

Kotak, pouch dan birthday Hafizan

Yati buat kotak aksesori crochet lagi. Kali ni, tempahan cousin Yati dari Kuantan, Pahang.

Kotak aksesori crochet

Cousin request nak color dark blue. Yati match kan dengan light pink untuk cover dia, dan bunga tu mesti merah maaa...

Bahagian dalam kotak aksesori

Selain tu, dia juga berkenan dengan produk knit dalam ready stock Yati, handphone pouch. Kebetulan, muat untuk ukuran samsung Duo nya. Cuma cousin request tambah strap untuk masuk tangan.

Knitted handphone pouch

Yeh.. Alhamdulillah. Siap buat dan delivered.

-------------------------------------------------

Pada 4 Februari lepas, birthday anak kedua Yati, Hafizan, yang ke-8. Both my sisters datang dari KL the day before.

Hafizan...

Celebrate pagi buta, sebelum budak-budak ke sekolah.

My three boys, dari kiri Amirul, Hafizan dan Sulaiman
Juga bawa ke sekolah cupcakes, untuk kawan-kawan Hafizan.


Dan lagi cupcakes.. buat makan kat rumah... aunty bawa dari KL.


Semoga Hafizan jadi anak yang soleh, dan rajin buat homework.

Tiap-tiap bulan makan kek ni. Punah diet mama. Hehe..
Wishing kawan-kawan semua sihat sejahtera dan berbahagia selalu.


 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea