Saturday, December 06, 2014

Purse dan rindu

Selalunya kan, saya kait purse in one piece. Tapi kali ni, purse ni ada 3 bahagian yang dikait berasingan dan dicantum. Meh tengok, projek crochet pulak.


Gambar di atas menunjukkan masa saya cantum bahagian purse tu. Projek ni 50% saya buat masa balik kelantan aritu. Bila-bila ada masa sikit, saya buat, walau pun sikit-sikit progress nya. 


Ini lah rupanya purse yang sudah siap. Bahagian dalam yati jahit lining kain felt, supaya keras. Macam purse makcik bawak pi pasor, kepit kat ketiak. Hehe..


Terang juga color benang tu. Benang akrilik tebal, color turquoise. Bila berenti kait jap, berbalam-balam jadinya pandangan mata. 


Itu gambor purse dari sisi. 

Ingat lepas ni, Yati nak buat projek untuk diri sendiri pulak. Break jap untuk ready stock kedai.  ^_^

-------------------------------------------

Anak-anak Yati di KL tu, kakak Yati masukkan dalam kem pra haffaz. 10 hari kem tu. Setiap hari Isnin hingga Jumaat. Kelas habis lepas solat zohor berjemaah. Jadi, dia orang macam pergi sekolah juga, walau pun tengah cuti sekolah. Dah habis dah kem tu semalam. 

Berikut gambar anak-anak yang di weChat oleh kakak Yati.

Dari kiri, Hafizan (8), Sulaiman (6) dan Amirul (11) .




Tersentuh hati tengok Amirul imamkan adik-adik dia. 

Rindunye dengan budak-budak masam ni.

Jumpa lagi ye.
Selamat berhujung minggu semua, dan take care....




16 comments:

  1. anak2 yatie pi bercuti kerumah kaka yatie ye..memang sunyi dan rindu anak2 tiada dirumah kan yatie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah Acik, dia orang setiap kali cuti sekolah yang panjang, selalu kena kidnap dengan kakak. Betul Acik, bosan kalau anak-anak takde. Tinggal dengan suami, dia tengok muka kita, kita tengok muka dia. Hehehe...

      Delete
    2. Aquarius, terima kasih singgah sini.

      Delete
  2. akak mmg kretip sgt..

    huhu..sejuk hati tgk anak2 mcm ni,alhamdulillah..semoga kekal semuani smpai ke bila2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Lya.
      Aminn... kak yati harap pun begitu juga. Insya-Allah.

      Delete
  3. Salam kenal, kreatifnyer....anyway saya blogwalking kat sini. Jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Rose, singgah sini dah follow.

      Delete
  4. Salaam yati.
    Cantik...handmade purse tu yang mahal..alhamdulillah didoakan anak2 yati istiqamah dan menjadi huffaz satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kak Sal.
      Yati pun harap macam tu, kak Sal. Semoga dia orang dapat terus solat lengkap 5 waktu.

      Delete
  5. cantik purse tu.. projek untuk diri sendiri? nak menjahit ke yati?
    ;)

    rindu ye kat budak3 comel tu.. cuti sek nak abis dah... umah yati banjir tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Zila. Ha ah, ada la jahit skit-skit. :)
      Umah yati tak banjir, Alhamdulillah. Perak tengah tu yang banjir, area Kg. Gajah dan Parit. Kalau gi Ipoh, boleh nampak air sungai perak tinggi sangat, dan deras pulak tu.

      Delete
  6. Sejuk perut ibu kalau dapat anak2 macam anak2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Harap anak-anak ni terus kekal dapat jaga solat dia orang.

      Delete
  7. Salam Tahun Baru, Yati. Sama la kita ni, lama x update blog... Keluarga Yati semua sihat? Saya hrp keluarga Yati yg kat Kelantan x affected oleh banjir besar baru2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tahun baru, Zurainny. :)
      Alhamdulillah, semua sihat. Harap keluarga Zurainny pun ok.
      Sedara kat Kelantan, selamat, Alhamdulillah. Dia orang well prepared untuk banjir. Walau pun banjir kali ni agak teruk banding tahun lepas-lepas.

      Delete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea